Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label My LuvLy Luv. Show all posts
Showing posts with label My LuvLy Luv. Show all posts

Wednesday, August 21, 2013

#Kahwin : Tarikh Majlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga anda semua sentiasa diberkati olehNYA.

Selepas ikatan pertunangan telah termeterai pasti pasangan yang bertunang akan memulakan misi untuk sebuah ikatan yang halal pula kan?

Setelah selesai majlis pertunangan, saya dan En. Tunang banyak berbincang serta cuba mencari tarikh yang sesuai. Yela, macam mana perancangan majlis ingin dilakukan jika tiada tarikh. Kami merupakan orang tengah untuk keluarga masing-masing. Tarikh-tarikh diusulkan oleh pihak keluarga saya setelah memeriksa kekosongan jadual aktiviti kampung. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan daripada wujudnya majlis kahwin yang bertindih dan dilakukan serentak pada hari yang sama.

Walaupun pada dasarnya persetujuan tarikh seperti telah ada tetapi kami masih mementingkan adat dan hak orang tua. Pada kami, biarlah penetapan tarikh dilakukan dengan lebih formal dan dibincangkan secara bersemuka antara kedua-dua belah ahli keluarga.

Akhirnya pada 4 Syawal yang lepas, ahli keluarga pihak lelaki telah hadir untuk berbincang dan beraya dirumah saya. Perbincangan ini juga sebenarnya salah satu cara untuk merapatkan hubungan antara satu sama lain. Selepas ini kan kedua-dua keluarga akan menjadi besan. 

Keluarga En. Tunang banyak berkongsi pengalaman dan tips mengendalikan majlis perkahwinan, memandangkan saya merupakan anak sulung dan keluarga saya tidak ada pengalaman lagi mengendalikan majlis kahwin sendiri.

Insyaallah, walaupun tiada pengalaman namun saya yakin dengan pembacaan, pertanyaan dan bantuan dari orang sekeliling terutamanya keluarga En.Tunang pasti dapat membantu saya melakukan dan membuat keputusan yang terbaik. 

Dua keluarga bakal menjadi satu

Semoga ikatan ini berkekalan hingga ke Syurga...amin

Sampai sini sahaja, doakan kami ya. Semoga semua urusan kami dipermudahkan dan kami tabah menghadapi setiap ujian yang hadir. 


Thursday, July 25, 2013

Pertunangan; DIY Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga semuanya diberkati dan dirahmati oleh-NYA,

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai hantaran pertunangan saya. Saya ingat lagi, semasa berbincangan dengan Encik Tunang tentang barang yang ingin diletakkan, macam -macam yang kami ingin letak diletakkan di dulang hantaran. Selalunya kami akan bincang berdua dulu kemudian baru diminta pendapat orang tua, kalau boleh kami tidak ingin membelakangkan orang tua. 

Selalunya untuk hantaran tunang di syorkan untuk melebihkan makanan dari barang-barang. Kami membuat keputusan untuk meletakkan 7 dulang dibalas 9 dulang. Antara masalah yang saya hadapi untuk membuat hantaran ialah mencari warna turquoise, tetapi memilih bunga dan renda-renda pun boleh tahan pening gak. 

Tetapi saya berterima kasih sangat-sangat kepada ibu yang banyak membantu dan makcik-makcik saudara. Bayangkan pagi-pagi hari majlis tu sempat lagi mereka menambah baik sireh junjung, bakul buah dan pelamin. Memang saya tabik spring atas bantuan yang telah dihulurkan.   

Jom layan sedikit gambar hantaran sebagai cuci mata. 
Aktiviti mengubah sireh junjung dan bakul buah
Sireh junjung, bakul buah dan coklat
Kek baju, jam tangan, dan apam polka dot 
Tuala bentuk kasut, kain baju melayu dan samping
Hantaran dari pihak lelaki

Akhir sekali, sebentuk cincin belian sebagai tanda pertunangan dan secara rasminya saya menjadi tunangan orang.
Cincin tunang tanda satu ikatan secara rasmi. 

Pertunangan: 25.5.2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini diberi kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.

Akhirnya, muncul juga sikap rajin untuk menulis setelah lama idea untuk berkongsi majlis pertunangan, saya peram lama-lama. Agak-agak kalo pekasam, dah boleh makan rasenye sebab lama sangat peram. 

25.5.2013, terikatnya tali pertunangan antara saya dan My Love. Setelah lama bercintan cintun akhirnya kami bersepakat untuk melangkah setapak kehadapan. Tapi saya cakap dengan My Love kalau boleh tak nak ikat pertunangan lama-lama. Asal cukup masa untuk buat persediaan kahwin sudah memadai. 

Dalam tempoh selepas merisik dan menunggu majlis bertunang memang banyak masa yang saya ada sebenarnya tetapi biase la, orang suke buat kerja main-main. Kunun-kunun semua benda nak buat sendiri, ditambah pula dengan saya anak sulung, nasib amibil cuti seminggu. banyak juga benda nak kene settle. Ye la, walaupun balik kampung setiap minggu tetapi kalau tak buat betul-betul memang tak siap. Nasib la ayah decide nak ambil katering je. 

Antara perkara yang saya dan ibu buat sendiri; baju tunang, veil, hantaran, cupcakes sebagai doorgift, dan pelamin tunang. Mula-mula rancang nak buat kecil-kecil je tetapi ibu decide untuk mengadakan kenduri doa selamat lagi, memang ramai dan meriah sangat sampai rase macam dah kahwin pulak. Agak agak kahwin macam mana la nanti. Nak lihat ramai ke tak cer lihat gambar bawah ni. 

Keluarga dan saudara pihak lelaki yang hadir

Ramai kan yang datang, tetapi apa yang penting Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya hujan turun membasahi bumi pada waktu pagi. Saudara dan rakan-rakan juga ramai yang hadir dan turut berkongsi memeriahkan majlis saya ini. 

Inilah sahabat, adik dan sepupu saya.

Tema saya pada majlis tersebut ialaha turquoise, tetapi saya tidak suka semua memakai baju sama warna dengan saya jadi saya minta rakan-rakan dan saudara memakai warna pink jika anda. sebenarnya untuk menaikkan warna dalam gambar je. Biar nampak ceria dan meriah sikit. 

Okla, sampai sini dulu saya cerita keadaan majlis, nanti saya sambung yang lain pula ya. 
Terima kasih kepada yang sudi membaca. 

Thursday, March 21, 2013

#Start: Persediaan Bertunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan diberkati oleh-NYA.

Setiap hari dan setiap kali niat untuk mengemaskini laman blog hadir, jari pula malas hendak menaip. Hari ini saya gagahkan juga untuk menaip, kalau tidak memang blog saya ini akan sepi balik la jawabnya. 

Hari ini nak update sikit pasal persediaan bertunang la. Tiba-tiba perasaan teruja tu datang bile selak-selak kalendar dan majlis dalam dua bulan je lagi. My love dah pesan awal-awal, kalau boleh barang semua jangan buat last minute, nanti kelam kabut. Walaupun hanya majlis bertunang tapi kami kalau boleh tak nak la kelam kabut bile majlis tu nanti.

Tuesday, March 12, 2013

Peringkat Pertama : Misi Terlaksana!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan diberkati.

Setelah sekian lama menanam impian dan harapan, akhirnya fasa pertama sudah berjaya kami tempuhi. Sempena hari lahirku pada 8 Mac, rombongan dari pihak lelaki telah datang. Tetapi pada keesokkannye la sebab 8 mac tu hari jumaat.

Lama juga kami bercinta, akhirnya pada tahun ke 5 ini, suatu ikatan yang direstui oleh keluarga kedua2 belah  telah terpatri. Semasa merancang untuk mengadakan majlis merisik, terasa masih di alam mimpi. Ye la, macam2 dugaan dan cabaran terpaksa ditempuhi. Tapi disaat keluarga pihak lelaki datang dan cincin sudah berada ditangan, barulah terasa di alam realiti. 

Akhirnya jariku ini sudah ada tanda, hanya perlu melepasi beberapa peringkat lagi. Persediaan untuk majlis merisik hanya perlu mencari cincin. Untuk majlis bertunang, macam2 yang perlu difikirkan dan dibeli.

Semalam saya dah berbincang dan membuat senarai semak mengenai majlis kami dengan bakal tunang, harap semuanya berjalan seperti yang dirancang. Yang penting, jangan belakangkan orang tua. Setiap perbincangan harus dirujuk kepada orang tua gak. Agar tiada masalah dikemudian hari sehinggakan mengecilkan hati sesiapa nanti. 

Doakan untuk kami ye... =)

Thursday, December 15, 2011

:no title:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Kosong….mungkin kerana lepas hujan, dengan keadaan bilik yang sejuk, jari-jari pun mula membeku untuk menaip seperti tiada idea yang ingin dilontarkan oleh fikiran ini.Cuma hati sahaja yang mengatakan rindu. Ya, rindu pada dia seorang.

Kekasihku, aku rindu padamu.... <3

Friday, March 18, 2011

::RadiatoR?::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sebelum ini saya pernah berkongsi sedikit cerita mengenai kereta kan. Kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi. peristiwa ini berlaku semasa saya menjalani latihan industri di ampang. Semasa praktikal, saya memandu kereta sendiri pergi ke tempat kerja, lagipun jarak rumah sewa yang dekat memudahkan lagi.

Satu hari, semasa dalam perjalanan hendak pergi kerja tiba-tiba saya perasan 'temperature' naik agak tinggi, saya pun dah pelik. Mulalah menggelabah, mana tak menggelabah, pandai bawa tetapi tidak tahu mengenai kereta langsung.

Tuesday, March 15, 2011

::08.03.11 TerIndaH::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya kembali, kembali untuk mengemaskini blogku tercinta, setelah hampir seminggu. Hampir-hampir nak berabuk jugalah blog ini. 

Hari ini saya ingin bercerita mengenai Hari Lahir saya, tetapi kali ini disambut oleh My LuvLy Luv pula. Kali ini My LuvLy Luv kata nak jadi orang yang pertama bagi ucapan, oleh itu 7 Mac, My Luvly Luv datang dan ajak makan malam. 

Sebelum naik kereta, rupa-rupanya My LuvLy Luv sudah bersembunyi dulu dan terus tangkap gambar bertubi-tubi. Masa itu terasa macam artis pula yang dikejar paparazi. Perasan la pulak. Mana tak nye, flash menusuk-nusuk mata ini.  Buruk betul bila tengok gambar saya yang terkejut, sebab tu tak upload =). Selepas terperasan menjadi artis, destinasi kami ialah kedai Pak Ali di Shah Alam. 


Nyum..nyum..memang sedap sangat makanan kat situ.. 

Saturday, March 5, 2011

::Itu MIliKnya;;

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Akhirnya, bunga yang saya gubah untuk My LuvLy Luv, sudah sampai ke tangan empunyanya. Seperti yang disangka, My LuvLy Luv, tak sangka pun akan dapat bunga. Katanya, bufday org tu yang dah nak dekat tetapi orang lain lak yang dapat hadiah. 

Memang pelik la kalau lelaki yang dapat bunga, tetapi bila lihat muka yang gembira, terasa walau tidak cantik pun bunga yang saya gubah tetap dihargai. 


Friday, March 4, 2011

::PenanTian::


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Penantian itu memang satu penyiksaan. Hari ini saya rasakan masa bergerak amat lambat sekali. Asal teringat sahaja, mata mencari jam. Kalau boleh mata tu memang memandang jam sahaja. nasib baik jam tu tak retak sebab asyik direnung sahaja.

Sebenarnya, saya menanti kepulangan My LuvLy Luv. Apabila kita menanti sesuatu pasti kita akan merasakan masa amat lambat sekali. Cuba jika kita sibuk membuat kerja pasti kita tidak sedar akan waktu yang bergerak itu. Walhal, tahap kepantasan masa bergerak itu tidak berubah sama sekali. Sama setiap hari.

Walau apa pun, saya berharap My LuvLy Luv memandu berhati-hati dan selamat dalam perjalanan. Oklah, nak pergi bersiap, nanti kelam kabut pula =)

::PasaR vs BunGa::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya melakukan satu aktiviti yang agak lama saya tidak lakukan, apa dia? Hari ini saya mengikut ibu pergi ke pasar. Saya tidak la seorang yang suka akan keadaan yang sesak, lebih-lebih lagi pergi ke pasar untuk membeli barang-barang basah seperti sayur, ikan, udang dan sebagainya. Agaknya, kalau dah kawin dan kene beli barang basah, macam mana la nanti. =)

Bukan apa, sudah la kawasan yang agak sempit, dicampur dengan keadaan lantai yang basah. berfikir dua kali juga la saya pagi tadi hendak mengikut ibu. Kalau bukan kerana ibu minta teman dan ingin membeli bunga segar untuk membuat sirih junjung, rasanya tidak sampai saya ke pasar tersebut.

 Tetapi bila sampai ke sana, terus hilang perasaan tidak suka pasar, sebab awal-awal lagi sudah nampak kedai bunga dan terus terjah. Cantik sangat-sangat bunga kat sini, lagi-lagi bunga ros. Saya ini memang suka bunga, dah namanya perempuan. Tetapi ada tak perempuan yang tidak suke bunga. Tetapi, nasib baik tak ada bunga ros oren, kalau tak memang bankrup ibu kat situ. =)

Setelah beli bunga yang dikehendaki dan beli sedikit barang basah, kami pun pulang. Kemudian, bermulalah operasi mengubah yang diketuai oleh ibu dan saya sebagai penyibuknya. Saya hanya tolong menyibuk dan kutip bunga-bunga lebih dan buat gubahan sendiri. Padahal, tangan tak berseni dan tak pandai mengubah langsung. 

Jom tengok hasil tepak sireh ibu dan bunga yang saya gubah.

Gubahan saya yang tak berseni =)

sireh junjung yang ibu buat =)

Nampak sangat perbezaan yang nyatakan. Sekurang-kurangnya bunga saya itu jadi perhiasan dirumah juga walau tidak seberapa. Sebenarnya, saya juga ada menyediakan bunga untuk My LuvLy LuV. Orang yang terlebih rajin memang macam itu, lagi-lagi dah mengadap dengan bunga yang banyak berlebih. Mesti pelik bile perempuan yang beri bunga kepada lelaki. Takpela, daripada membazir dan selalunya My LuvLy Luv je yang bagi bunga, kali ini giliran saya.  Tapi gambar bunga itu tak boleh nak upload lagi sebab kene bagi tuan punya tengok dulu =)

Thursday, February 24, 2011

::Untukmu My LuvLy Luv::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tadi semasa membuat assignment sambil mendengar radio, 'Lagu Akim - Janji', asyik berkumandang di radio. Pada saya, saya suka akan lirik lagu ini, sekali dengar saya terus jatuh cinta dengan lagu ini.

Tetapi ketika mendengar lagu ini, saya teringatkan My LuvLy Luv. Tengok tu, tengah buat assignment pun sempat lagi melayan perasaan.

Sebenarnya ketika mendengar lagu ini saya teringat yang suatu ketika dahulu saya pernah membuat silap terhadap My LuvLy Luv. Mungkin masih ada jodoh antara kami dan kami bertemu semula dan memulakan kisah cinta yang baru

Walaupun kadang-kadang dalam perhubungan ada lidah yang tergigit, dan ada hati yang terasa, namun saya harap hubungan ini akan berkekalan selamanya, jika diizinkan tuhan saya mahu sampai ke syurga.



My LuvLy Luv, saya cinta dan sayang padamu =)

Monday, February 21, 2011

::KejuTan RinDu::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya terasa ingin menyanyi dan mendengar lagu Baik-Baik Sayang sahaja. Kenapa ya? Apa-apa pun, layan lirik lagu ini dulu. 

Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Thursday, January 27, 2011

::Rasa ItU ~ VrOoom::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entah mengapa hari ini tiba-tiba terasa rindu kepada perasaan itu, perasaan ketika tangan itu melekap pada stereng kereta, kaki itu menekan pedal minyak dan melepaskan perlahan-lahan pedal clutch itu. 

Tuesday, January 25, 2011

::CinTa Kita::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Agak lama juga saya tidak 'post' entri baru. Hari ini semasa sedang jalan-jalan melayan lagu-lagu di You Tube tiba-tiba terjumpa lagu di atas. Saya terus jatuh cinta dengan rentak dan lirik lagu ini. Mungkin ada yang pernah mendengarnya, tetapi saya tetap ingin berkongsi dengan sesiapa yang sudi mendengarnya.

Teuku Wisnu feat Shireen Sungkar ~ CinTa Kita ~

Inilah aku apa adanya

Yang ingin membuatmu bahagia
Maafkan bila ku tak sempurna
Sesempurna cintaku padamu
Ini cintaku apa adanya

Yang ingin selalu di sampingmu
Ku tahu semua tiada yg sempurna
Di bawah kolong langit ini

Jalan kita masih panjang

Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi

Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga

Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya
Jalan kita masih panjang

Ku ingin kau selalu disini
Biar cinta kita tumbuh harum mewangi

Dan dunia menjadi saksinya
Untuk apa kita membuang-buang waktu
Dengan kata kata perpisahan
Demi cinta kita aku akan menjaga

Cinta kita yg telah kita bina
Walau hari terus berganti hari lagi
Cinta kita abadi selamanya

Lagu ini saya tujukan khas untuk My LuvLy LuV. Semoga hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat walau apa pun badai yang melanda. 
Bak kata My LuvLy Luv
 ~kadang-kadang langit tak sentiasa cerah, kadang-kadang hujan turun tanpa kita duga..tetapi lepas hujan turun, bunga-bunga akan mekar disirami hujan.~  Saya Sayang Kamu, My LuvLy Luv.

Monday, January 10, 2011

:: Coklat + Saya Suke::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Ahad = 9/1/2011, saya gembira dan seronok sekali, kerana dapat bertemu dengan My LuvLy Luv. Pertemuan yang di atur sekadar bersarapan di sekitar Stadium Shah Alam bersama keluarga My LuvLy Luv bertukar kepada 'dating' selepas itu. Kebetulan di Mid Valley diadakan 'Malaysia 4th Chocolate Fair 2011, lagilah panjang langkah kami berjalan.

Ketika sampai di kawasan tersebut memang ramai pengunjung yang baru tiba. Kemudian kami membuat la beberapa kali tawaf di sekitar pameran tersebut. Semua coklat yang berada di situ begitu menggoda hati ini untuk membelinya. 

Thursday, January 6, 2011

::penCuri HatiKu::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entri kali ini saya hanya ingin berbicara tentang pencuri hati saya ini iaitu My Luvly Luv. Kenapa saya ingin berbicara mengenai My LuvLy Luv kerana dia sangat rajin mengelap motor kesayangan saya ini. Sebenarnya saya yang meminta pertolongannya. Tetapi bak kata orang kerana cinta bukan hanya mengelap motor, tetapi satu motor sayang basuhkan..hehehe

Monday, December 27, 2010

::Saya Suke Bunga::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya suka bunga. Anda suka bunga tak? Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling anda suka? Saya suka bunga ros lagi-lagi kalau ada yang memberinya. Saya seronok sangat, kerana saya baru sahaja dapat bunga daripada My LuvLy LuV. 

Thursday, December 9, 2010

::Mereka MenjeLing::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Comel tak plushies di atas tu, Comel kan, sudah lama saya menunggu kedatangannya akhirnya siap juga plushies yang saya tempah ini. Jika ada yang berminat mungkin boelh melihat di blog sini. Tetapi selalu tuan punya blog mengambil tempahan ketika cuti semester sahaja. 

Saya suka sangat plushies ni kerana cute sangat siap saling menjeling gitu. Yang penting My Luvly Luv pun suka. Terima kasih Kisz. Lepas ini tido memang tak lepas la. Macam budak-budak pula, yang penting ceria-ceriakan hidup anda. =)

Tuesday, November 16, 2010

::SedaPnYe Aiskrim::



Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya sudah kembali. Segala kesedihan serta jiwa yang kacau hilang dibawa angin pantai. Hari ini saya rasa ingin bercerita mengenai aiskrim lah. Siapa suka makan aiskrim angkat tangan? Siapa tidak suka makan aiskrim? Tidak kisah lah sama ada anda suka makan aiskrim atau tidak, saya tetap ingin bercerita mengenai aiskrim kerana saya suka makan aiskrim.

Saya suka makan aiskrim kerana nikmatnya apabila aiskrim masuk ke dalam mulut dan ia cair dalam kehangatan mulut. Lazatnya, terasa nak makan aiskrim pula. Walhal, beberapa sebelum ni pun saya baru sahaja makan aiskrim dengan My LuvLy Luv. Sedap sangat walaupun aiskrim tu cepat sangat cair sehingga tangan comot dan yang malangnya kasut My LuvLy Luv terkena aiskrim. Dah la kasut berwarna putih, kesian My LuvLy Luv terpaksa membasuhnya pula.

Saya pernah terbaca di sebuah majalah bahawa jika anda mengalami tekanan, aiskrim boleh menjadi ubat terbaik menghilangkan tekanan. Tetapi jangan lah makan secara berlebihan pula, saya takut tekanan hilang tetapi sakit gigi pula yang datang. Baiklah, sampai disini saja, terasa nak makan aiskrim lak. 


'Sebelum melakukan sesuatu perkara, ingatlah orang tersayang. Mungkin ada hati yang akan terluka jika terlalu mengikut kata hati. Yang pasti, makan aiskrim tidak akan menyakiti hati sesape...hehe' 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...