Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts
Showing posts with label Pertunangan. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Pertunangan; DIY Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga semuanya diberkati dan dirahmati oleh-NYA,

Entri kali ini saya ingin berkongsi sedikit mengenai hantaran pertunangan saya. Saya ingat lagi, semasa berbincangan dengan Encik Tunang tentang barang yang ingin diletakkan, macam -macam yang kami ingin letak diletakkan di dulang hantaran. Selalunya kami akan bincang berdua dulu kemudian baru diminta pendapat orang tua, kalau boleh kami tidak ingin membelakangkan orang tua. 

Selalunya untuk hantaran tunang di syorkan untuk melebihkan makanan dari barang-barang. Kami membuat keputusan untuk meletakkan 7 dulang dibalas 9 dulang. Antara masalah yang saya hadapi untuk membuat hantaran ialah mencari warna turquoise, tetapi memilih bunga dan renda-renda pun boleh tahan pening gak. 

Tetapi saya berterima kasih sangat-sangat kepada ibu yang banyak membantu dan makcik-makcik saudara. Bayangkan pagi-pagi hari majlis tu sempat lagi mereka menambah baik sireh junjung, bakul buah dan pelamin. Memang saya tabik spring atas bantuan yang telah dihulurkan.   

Jom layan sedikit gambar hantaran sebagai cuci mata. 
Aktiviti mengubah sireh junjung dan bakul buah
Sireh junjung, bakul buah dan coklat
Kek baju, jam tangan, dan apam polka dot 
Tuala bentuk kasut, kain baju melayu dan samping
Hantaran dari pihak lelaki

Akhir sekali, sebentuk cincin belian sebagai tanda pertunangan dan secara rasminya saya menjadi tunangan orang.
Cincin tunang tanda satu ikatan secara rasmi. 

Pertunangan: 25.5.2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini diberi kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.

Akhirnya, muncul juga sikap rajin untuk menulis setelah lama idea untuk berkongsi majlis pertunangan, saya peram lama-lama. Agak-agak kalo pekasam, dah boleh makan rasenye sebab lama sangat peram. 

25.5.2013, terikatnya tali pertunangan antara saya dan My Love. Setelah lama bercintan cintun akhirnya kami bersepakat untuk melangkah setapak kehadapan. Tapi saya cakap dengan My Love kalau boleh tak nak ikat pertunangan lama-lama. Asal cukup masa untuk buat persediaan kahwin sudah memadai. 

Dalam tempoh selepas merisik dan menunggu majlis bertunang memang banyak masa yang saya ada sebenarnya tetapi biase la, orang suke buat kerja main-main. Kunun-kunun semua benda nak buat sendiri, ditambah pula dengan saya anak sulung, nasib amibil cuti seminggu. banyak juga benda nak kene settle. Ye la, walaupun balik kampung setiap minggu tetapi kalau tak buat betul-betul memang tak siap. Nasib la ayah decide nak ambil katering je. 

Antara perkara yang saya dan ibu buat sendiri; baju tunang, veil, hantaran, cupcakes sebagai doorgift, dan pelamin tunang. Mula-mula rancang nak buat kecil-kecil je tetapi ibu decide untuk mengadakan kenduri doa selamat lagi, memang ramai dan meriah sangat sampai rase macam dah kahwin pulak. Agak agak kahwin macam mana la nanti. Nak lihat ramai ke tak cer lihat gambar bawah ni. 

Keluarga dan saudara pihak lelaki yang hadir

Ramai kan yang datang, tetapi apa yang penting Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun pada mulanya hujan turun membasahi bumi pada waktu pagi. Saudara dan rakan-rakan juga ramai yang hadir dan turut berkongsi memeriahkan majlis saya ini. 

Inilah sahabat, adik dan sepupu saya.

Tema saya pada majlis tersebut ialaha turquoise, tetapi saya tidak suka semua memakai baju sama warna dengan saya jadi saya minta rakan-rakan dan saudara memakai warna pink jika anda. sebenarnya untuk menaikkan warna dalam gambar je. Biar nampak ceria dan meriah sikit. 

Okla, sampai sini dulu saya cerita keadaan majlis, nanti saya sambung yang lain pula ya. 
Terima kasih kepada yang sudi membaca. 

Tuesday, July 16, 2013

I'm Back.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak dan selamat berpuasa. Agak lama saya tidak kemaskini blog saya ini. terlalu sibuk dengan majlis pertunangan dan lain lain hal sehingga blog ini terabai. 

Niat dihati sebenarnya ingin berkongsi cerita sedikit mengenai majlis pertunangan, saya bagi teaser dulu ye sementara merangka cerita. hehe. Ada juga sedikit DIY yang saya lakukan semasa majlis tersebut. 


Tuesday, April 2, 2013

#Tunang : Bunga Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua. 

Pejam celik pejam celik, bulan april pun dah masuk. Cepat betul terasa masa yang berlalu kan?

Okla, saya malas nak taip panjang-panjang, kali ini saya ingin berkongsi hasil tangan saya. Kalau dulu waktu malam cepat je saya tido tetapi sekarang tiap malam saya buat kraf sikit..hehe..

Tengokla gambar-gambar hasil tangan saya dari felt untuk bunga tangan time tunang nanti. Maaf ye kualiti gambar tidak telalu jelas.






Nanti kalau dah siap saya tunjukkan hasil yang lengkap ye. Sebab saya nak gabungkan dengan bunga dari reben juga. 

Oklah..nanti saya update lagi ye. Nak sambung buat kerja..

Thursday, March 21, 2013

#Start: Persediaan Bertunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan diberkati oleh-NYA.

Setiap hari dan setiap kali niat untuk mengemaskini laman blog hadir, jari pula malas hendak menaip. Hari ini saya gagahkan juga untuk menaip, kalau tidak memang blog saya ini akan sepi balik la jawabnya. 

Hari ini nak update sikit pasal persediaan bertunang la. Tiba-tiba perasaan teruja tu datang bile selak-selak kalendar dan majlis dalam dua bulan je lagi. My love dah pesan awal-awal, kalau boleh barang semua jangan buat last minute, nanti kelam kabut. Walaupun hanya majlis bertunang tapi kami kalau boleh tak nak la kelam kabut bile majlis tu nanti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...