Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, October 8, 2013

#Family : Sayang dan Rindu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Semoga hari anda ceria-ceria selalu dan diberkati oleh-NYA

Minggu depan, pada hari selasa seluruh umat islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Apa perancangan anda? Pasti ada yang merancang untuk pulang ke kampung halaman kan? Saya, seperti tahun-tahun sebelum ini masih akan menyambut raya di rumah sahaja. Yela, rumah nenek di sebelah rumah sahaja. Tetapi apa yang berbeza pada tahun ini buat pertama kalinya kami akan menyambut Hari Raya Aildiladha tanpa ibu dan ayah. Ibu dan ayah yang mengerjakan haji pasti menyambutnya dengan lebih gembira. 

Kelmarin masa berborak dengan ibu cuaca disana sudah mula sejuk dan kebanyakkan jemaah disana ramai yang batuk-batuk. Semoga ibu dan ayah disana dipermudahkan urusan dan diberi kesihatan yang sempurna untuk memudahkan mereka menjalani ibadah haji. 

Semoga dipermudah urusan ibu dan ayah. Rindu dan sayang ibu dan ayah.. =(

Friday, August 23, 2013

#Family : Lambaian Haji

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat kerana akhirnya impian ibu dan ayah untuk mengerjakan haji bakal tercapai. Beberapa hari lepas mereka telah mendapat pengesahan dan tarikh penerbangan untuk menjalani ibadah haji. Saya yakin, setiap umat islam pasti memasang impian untuk ke tempat suci iaitu Mekah dan Madinah sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Sebelum saya bertunang lagi, ibu selalu nyatakan ingin pergi haji sebelum saya berkahwin. 

Allah itu maha mendengar doa hambanya dan tahun ini nama ibu dan ayah terpanggil untuk ke sana. Mujurlah tarikh perkahwinan saya ditetapkan pada tahun depan, masih banyak masa untuk membuat persiapan setelah ibu pulang dari mengerjakan haji. Jujur saya katakan, separuh hati ini ingin membuat persiapan perkahwinan tetapi separuh hati lagi ingin menunggu ibu pulang baru persiapan perkahwinan dibuat dengan terperinci. Sementara waktu ini, saya akan mulakan persiapan untuk majlis di pihak lelaki dulu. 

Ibu dan ayah bakal diterbangkan pada 19/9/13 iaitu hari khamis dan berkumpul di Kelana Jaya. Hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan hati ini setiap kali mata terpandangkan tarikh dan kalendar. Tempoh perjalanan mereka disana mengambil masa selama 51 hari. Lama kan! Tidak tahula macam mana saya ingin menguruskan rumah dan membantu adik-adik. Selama ini ibu dan ayah yang banyak membantu dan walaupun bekerja saya akan memastikan setiap minggu pulang kerumah. Macam mana la untuk tempoh 51 hari tidak berjumpa.

Saya sentiasa doakan semoga semuanya dipermudahkan dan keselamatan mereka terjaga. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga mereka di sana. Okla, baik saya behenti disini dulu sebelum hujan turun membasahi pipi ini. Doakan keselamatan ibu dan ayah saya ya !

Ibu dan ayah terbaik di kurniakan Allah untukku. Sayang mereka sangat-sangat. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...