Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 10, 2011

:: Coklat + Saya Suke::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Ahad = 9/1/2011, saya gembira dan seronok sekali, kerana dapat bertemu dengan My LuvLy Luv. Pertemuan yang di atur sekadar bersarapan di sekitar Stadium Shah Alam bersama keluarga My LuvLy Luv bertukar kepada 'dating' selepas itu. Kebetulan di Mid Valley diadakan 'Malaysia 4th Chocolate Fair 2011, lagilah panjang langkah kami berjalan.

Ketika sampai di kawasan tersebut memang ramai pengunjung yang baru tiba. Kemudian kami membuat la beberapa kali tawaf di sekitar pameran tersebut. Semua coklat yang berada di situ begitu menggoda hati ini untuk membelinya. 


Memang saya akui, godaan coklat di situ amat kuat sekali dicampur dengan 'tester' yang diberi. Agak banyak jugalah saya dan My LuvLy Luv berbelanja di situ. Saya dan My LuvLy Luv ini memang gila coklat. Bagi saya, jika mereka yang sedang mencari-cari barang yang ingin dijadikan hantaran, coklat-coklat ini memang sesuai sekali dijadikan hantaran.

Keunikan dari segi bentuk dan rasa, disamping memberi peluang kepada pelanggan untuk memilih bentuk mengikut citarasa mereka memberi kelebihan kepada pengusaha-pengusaha ini. Saya nak promote untuk datang pun sudah terlambat kerana saya datang untuk hari terakhir. Hanya beberapa gambar yang sempat saya tangkap, saya kongsikan di sini. 











Jika anda tension, coklat merupakan salah satu makanan yang boleh membantu mengurangkan sedikit tekanan. Tetapi ingat, jangan makan secara belebihan. Jaga permakanan untuk hidup sihat =)

*Seronok menghabiskan masa bersama kamu dan coklat wahai My LuvLy Luv. 

3 comments:

MOH KEMBARA said...

Salam Adik, selamat berkenalan! Wah ada expo coklat! Tentu best bagi yg suka coklat! MyLuv My Luv tu suka coklolat tak?

AmariSS said...

salam...selamat berkenalan gak...memang best sangat expo tu...macam-macam coklat dapat rase..hehehe...My Luv tu memang suke coklat...MOH KEMBARA suka coklat tak?

Anonymous said...

: http://www.nextcubes.com/index.php?rid=4d1f2efc982d3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...