Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 11, 2011

::IkhLas kAH? ::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

IKHLAS... sejauh manakah keikhlasan seseorang itu boleh di ukur. Adakah alat pengukur untuk menilai tahap keikhlasan itu? Boleh kah ia di ukur?



Kadangkala saya terdengar kata-kata yang mempersoalkan perbuatan seseorang itu ikhlas atau tidak? Entah bagaimana keikhlasan seseorang itu dinilai oleh mereka. Mungkinkah dengan harga barangan tersebut, saiz pemberian tersebut mahupun cakap-cakap besar yang dilontarkan.

Saya tahu manusia ini berbeza citarasa, penilaian dan keadaan. Pada pandangan saya keikhlasan itu boleh dirasai oleh empunya diri itu sendiri dengan hati dan perasaan. Kadangkala, sesuatu perkara atau pemberian itu keikhlasannya kita terasa sampai ke hati walaupun ia tidak memerlukan belanja yang besar untuk melakukannya.

Pernahkah dalam hidup anda, anda terkesima sebentar apabila sesuatu itu diberikan khas untuk anda dengan seikhlasnya oleh pemberinya dan anda merasanya.

Fikirlah, mungkin kita meragui keikhlasan seseorang kerana mungkin kita sendiri tidak pernah ikhlas dalam melakukan sesuatu.  =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...