Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 18, 2011

::RadiatoR?::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sebelum ini saya pernah berkongsi sedikit cerita mengenai kereta kan. Kali ini saya ingin berkongsi sekali lagi. peristiwa ini berlaku semasa saya menjalani latihan industri di ampang. Semasa praktikal, saya memandu kereta sendiri pergi ke tempat kerja, lagipun jarak rumah sewa yang dekat memudahkan lagi.

Satu hari, semasa dalam perjalanan hendak pergi kerja tiba-tiba saya perasan 'temperature' naik agak tinggi, saya pun dah pelik. Mulalah menggelabah, mana tak menggelabah, pandai bawa tetapi tidak tahu mengenai kereta langsung.



Sampai ke tempat kerja, saya tanya My LuVly Luv kenapa, kemudian die suruh periksa air radiator. Makin la kepala pusing, kat mana pulak tu. Saya cakap tak apa, nanti saya minta rakan sekerja tolong periksa. Oleh kerana ketika waktu makan,rakan pejabat mengadakan jamuan hari lahir rakan sekerja dan di desak tuntutan penghantaran tugasan, maka saya pun terlupa untuk mengajak rakan memeriksa kereta.

Kemudian ketika hendak pulang, saya menganggap mungkin perkara biasa dan kereta masih boleh bergerak seperti biasa, saya pun memulakan pemanduan. Tetapi tidak sampai beberapa minit perjalanan tiba-tiba 'temperature' naik lagi, makin menggelabah saya. Saya pun berhenti kat tepi jalan sebelum saya masuk dalam jem dan tersangkut tengah-tengah jalan.

Saya pun mulalah menelefon pakar-pakar kereta dan semua suruh mencari radiator kereta, tetapi malangnya saya tak tahu. Dah buntu dan tak ada orang yang boleh saya tanya sebab kebetulan hujan renyai-renyai, saya pun main agak mana satu radiator dan mula isi air. Ayah kata, isi jangan penuh sangat. Baik bos, dengan yakin, lepas isi saya pun masuk kereta. Dengan senang hati, teruskan perjalanan.

Mula-mula ok, tiba-tiba 'temperature' naik lebih-lebih lagi bile naik bukit. Menggelabah balik. dipendekkan cite yang semakin panjang. Saya pun sampai umah, tetapi bawa pelahan sahaja. Lepas sampai My LuvLy Luv suruh buat ini dan ini tetapi semua saya tak paham sebab tidak tahu yang mana satu. Esok pagi My LuvLy Luv sampai, dan dia tanya isi kat mana, saya pun tunjuk la. Kemudian My LuVLy luV dah senyum, dia pun cakap, itu bekas wiper la sayang oit, ini baru radiator. Masa tu, bukan main malu, terasa nak nyorok kepala dalam enjin.

Lepas itu bermulalah kelas tutorial enjin kereta oleh My LuvLy Luv, untuk pengetahuan sekurang-kurangnya bila ada masalah. Semenjak itu, saya seboleh-bolehnya merajinkan mulut bertanya hal kereta. Untuk pengetahuan, mana la tahu satu hari nanti berhadapan dengan masalah dan orang yang rapat semua jauh dari tempat kita. Masa itulah terpaksa berdikari.

Oleh itu, jangan pandai memandu sahaja tetapi mesti mengetahui juga serba sedikit mengenai kereta.Terima kasih My LuvLy Luv kerana sentiasa ada untuk saya.

p/s: My luvly Luv, bila nak buat tutorial tukar tayar kereta lak? (",)y

3 comments:

Myluylylove said...

hehehehe..sgt yg plng kelakar...

sy akan sentiasa utk kamu xkira susah senang yg penting nk kamu selamat n bahagia selalu.. love u sayang..

AmariSS said...

terima kasih...love u tooo... =)

BLADE EDGE said...

Salam..

saya just blogwalking..baru tahu pasal blog ni..

Anyway kalau ada masa, silalah menjelajah ke blog saya.

happy blogging :-D

regards,
BLADE EDGE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...