Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 20, 2010

::: MenGApa iNi TerjaDi :::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Selamat berpuasa buat semua, hari ini genap 10 hari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa. Puasa ini bukan setakat mengajar kita untuk menahan lapar dan dahaga tetapi turut menuntut kita daripada melakukan perbuatan yang tidak elok dengan menjaga pandangan, hati, kata-kata dan perbuatan. Tetapi alangkah baik jika kita dapat mempraktikkan perkara tersebut terus walaupun Bulan Ramadhan yang mulia ini telah berlalu. Saya bukanlah bertujuan untuk mengajar tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Sebenarnya, pada tulisan saya kali ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu yang seperti tiada penamatnya. Isu pembuangan bayi, yang bagaikan tiada belas kasihan dari manusia yang melahirkannya. Saya tidak boleh untuk memanggil mereka yang membuang anak mereka sebagai ibu. Panggilan ibu itu sangat mulia dan tidak patut diberikan kepada mereka yang tidak berhak. Apakah perasaan mereka agaknya apabila anak yang dikandung dibuang begitu sahaja selepas mereka mengandungkan mereka selama 9bulan. Tidak sedihkah mereka ?

Kita selalu melihat di dada-dada akhbar bagaimana bayi dibuang dengan begitu kejam seperti tiada perikemanusiaan. Bukankah bayi itu masih suci dan berhak untuk melihat dunia. Bukankah bayi yang baru dilahirkan amat comel sekali. Mungkin bayi itu tidak perlu melihat dunia untuk mengetahui siapakah keturunan dan asal usulnya nanti.

Jika mereka tidak mahukan anak, kenapa melakukan perbuatan tersebut. Ada insan lain yang sudah bertahun-tahun berkahwin dan menunggu dengan sabar namun belum lagi dikurniakan cahaya mata. Tetapi mereka yang tidak mahukan anak mendapat anak hasil daripada perbuatan yang tidak elok. Air mata ini kadangkala menitis apabila melihat dan membaca bagaimana anak-anak yang tidak bersalah ini diperlakukan sebegitu rupa.

Walaupun kerajaan sudah mengatakan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada siapa yang membuang bayi, tetapi kenapa masih banyak kes seperti ini terjadi. Dimanakah akhirnya? Kenapa kita hanya mengikut nafsu untuk kepuasan dunia yang sementara tetapi tidak cuba mengumpul pahala untuk tiket di akhirat sana. Saya harap mereka akan insaf dan diberikan hidayah oleh-Nya. Sementara pintu Taubat masih terbuka.

Ini juga untuk peringatan diri saya, kerana saya tahu saya bukanlah sesempurna mana. Saya hanya manusia biasa yang membuat kesilapan dan yang tidak lari dengan keinginan yang bermacam. Dunia sekarang sangat mencabar, persekitaran kita merupakan dugaan yang terpaksa kita tempuhi. Jika kita kuat, kekallah kita dijalan yang benar dan diredhai-NYA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...