Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 10, 2010

~ The LasT AirBender ~

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Apa agaknya filem yang terkini yang anda baru sahaja tonton. Saya rasa sekarang begitu banyak filem yang sedang rancak dipertontonkan di panggung wayang. Saya baru sahaja selesai menonton filem 'The Last Airbender' bersama My LuvLy Luv pada ahad lepas. Teringin sangat My LuvLy Luv untuk menonton filem tersebut. Katanya memang die minat sangat dan mengikuti cerita tersebut sebelum di jadikan filem lagi.

Oleh itu, kami pergi la menonton filem tersebut dalam bentuk 3D. Kalau dilihat pada masa sekarang, memang kebanyakkan filem terbitan luar negara, semuanya menjad 3D. Apabila menonton filem tersebut dalam 3D, cerita tersebut mengambil masa selama 120minit berbanding dalam format biasa yang hanya mengambil masa selama 103minit.

Setelah menonton filem 'The Last Airbender' tersebut, apa yang dapat saya simpulkan ialah kami kecewa. Kecewa kerana apa yang kami harapkan tidak kesampaian. Boleh dikatakan hampir tiada langsung aksi 3D yang dipertontonkan kepada kami. Malah yang lebih mengecewakan ialah terdapat beberapa bahagian dalam filem tersebut yang agak gelap dan tidak jelas. Saya ingat lagi pertanyaan daripada My LuvLy luv, 'Ada nampak kesan 3D tak? Tak de kan?. Itulah pertanyaan yang ditanya kepada saya setelah selesai filem tersebut.

Setelah menontonnya hanya 3 bintang sahaja yang dapat saya berikan. Mungkin jika saya menonton filem tersebut dalam format biasa, mungkin saya dapat berikan lebih bintang untuk filem tersebut. Pada pendapat saya, filem tersebut agak lambat pada permulaannya, namun masih ada aksi yang menarik di pertengahan cerita.

Kepada sesiapa yang meminati cerita tersebut, cubalah menontonnya, mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...