Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, June 12, 2010

Sejauh Manakah...


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua..

Hari ini macam biasa saya mulakan hari saya dengan rutin harian iaitu membaca akhbar. Saya ada terbaca satu artikel mengenai 'Cemburu Melampau Merobek Kebahagiaan'. Cubalah Baca. Artikel tersebut betul-betul membuat saya berfikir. Sampai begitu sekali hebatnya Cinta dan Cemburu menguasai hidup manusia. Manusia hingga hilang pertimbangan kerana cinta dan cemburu. Mungkinkah kerana terlalu menyerahkan cinta kepada manusia dan bukannya lebih menyerahkan cintanya kepada Tuhan.

Kadangkala cemburu itu perlu, sebagai rencah dalam kehidupan dan perhubungan tetapi haruslah pandai mengawalnya. Cemburu boleh mendatangkan kemarahan, kemarahan itu api syaitan, tanpa pertimbangan yang baik, ia boleh memusnahkan diri sendiri. Kadangkala kerana marah kita sendiri tidak sedar apa yang kita lakukan, apatah lagi apa yang kita katakan. Kata-kata itu sebenarnya lebih bisa daripada sebilah pedang yang baru diasah, lukanya amat dalam dan meninggalkan parut yang entah bila akan hilang.

Kita lihat dan bacalah sendiri, begitu banyak kes pembunuhan yang terjadi. Entah apa sebabnya dan di manakah silapnya hanya Tuhan dan empunya diri itu sendiri yang tahu. Manusia seperti hilang belas kasihan, hilang sifat berperikemanusiaan, hilang sifat kasih dan sayang. Saya sedih sendiri apabila terbaca di akhbar, bayi yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa dibuang dan dibunuh begitu sahaja. Tidak ada rasa bersalahkah dalam jiwa mereka.

Saya bukanlah insan yang sesempurna mana, tidak lari daripada membuat kesilapan. Namun saya masih ingin juga cuba berusaha agar tidak jauh daripada rahmat-NYA.
Hidup kita di dunia ini entah berapa lama lagi. Kita sendiri tidak tahu bila kita akan pergi menemui-NYA. Cukupkah amal yang telah kita lakukan di dunia sebagai bekalan kita disana. Panas di dunia ni pun walau sekejap berjemur saya sudah tidak sanggup menahan, apatah lagi azab di sana tidak sanggup untuk saya bayangkan. Semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan-NYA.

Maafkan lah saya, jika ada kata-kata saya yang pernah membuat anda terasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...