Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 4, 2010

Sekadar Renungan kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua..

Sepanjang minggu ini pihak media sama ada media cetak dan elektronik giat menyiarkan serta memperkatakan isu serangan komando israel terhadap kapal 'Mavi Marvara' membawa misi kemanusiaan ke Gaza.

Masih ingat saya lagi, pada 31.05.10, seorang teman menghantar sms meminta menyebarkan berita untuk berdoa dan bersolat hajat. Pada mulanya saya ingatkan hanya sekadar sms berantai, namun semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas habis kerja barulah mengetahui yang sms tersebut benar-benar berlaku. Setiap hari saya membaca berita di akhbar untuk mengetahui keadaan aktivis kita disana disamping mendoakan keselamatan mereka.

Alhamdulillah, kesemua aktivis Malaysia selamat sampai ke Jordan setelah mengalami episod pahit setelah di tahan askar israel. Mereka yang ditahan untuk beberapa jam sudah mengatakan tidak sanggup menerimanya lagi, bagaimanakah rakyat Palestin dapat bertahan dan bersabar dengan ujian yang diberikan Allah s.w.t. Dimanakah hilangnya sifat berperikemanusiaan Israel. Dulu, pernah adik saya bertanya " Jika diberi pilihan antara memiliki sebuah kerajaan tetapi tiada rakyat dengan memiliki rakyat tetapi tiada kerajaan, mana satu yang ingin dipilih?" fikir-fikirkan la ye...

Oleh itu alangkah bersyukurnya kita yang dilahirkan dan dapat hidup di negara Malaysia yang aman dan makmur. Kadangkala kita mudah untuk mengeluh apabila di beri ujian tuhan. Hadapilah ujian itu dengan tabah dan sabar. Ingatlah bahawa ada insan lain yang lebih besar ujiannya jika dibandingkan dengan kita.

'Sabar itu sebahagian daripada Iman'



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...