Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 30, 2010

jaNgan muDaH MengAlah...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...
Fikirkan Boleh

Jika kau fikirkan kau boleh
Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan
Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau boleh

Lirik lagu di atas mesti setiap daripada kita pernah mendengarnya, ia bagaikan lagu yang memberi semangat kepada siapa yang mendengarnya. Memang benar seperti apa yang dikatakan dalam rangkap lagu di atas, kita adalah siapa yang kita fikirkan kerana kitalah yang akan menentukan jalan hidup kita.

Jangan la mudah untuk mengalah, jangan la mudah menyerah kalah. Hidup ini bagaikan roda kadangkala kita akan berada di atas dan kadangkala kita akan berada di bawah. Memang, memang bukan mudah untuk kembali bangun setelah jatuh namun mengalah bukanlah jalan penyelesaiannya. Saya sendiri pernah jatuh, memang ketika kita menghadapi masalah, kita sering membuat keputusan terburu-buru. Ketika itulah kita inginkan seseorang yang setia mendengar dan cuba memberi kata-kata semangat kepada kita.

'Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get'. Pernah dengar tak barisan ayat ini, hidup ini memang seperti sekotak coklat. Jika kita diberi sekotak coklat yang terdapat pelbagai rasa, kita tidak tahu yang ,mana sedap dan yang mana tidak. Tetapi jika ada yang tidak sedap dan kita tidak mahu memakannya, apa yang akan kita lakukan. Begitu jugalah dengan kehidupan, kita tidak akan tahu apa yang akan kita hadapi di masa akan datang. Kita tidak akan lari daripada membuat pilihan dan mencari yang terbaik.

Oleh itu, tabahkan la hati dan jangan mudah mengalah dalam kehidupan ini. Ini semua ujian buat kita dan menjadikan kita orang yang lebih matang dan kuat.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...