Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 20, 2011

:: KeliRu? RisiKo? ::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Semakin meningkat usia semakin banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan dan kadangkala memerlukan kita membuat keputusan. Bukan mudah untuk membuat pilihan.

Kadangkala, semakin kita fikirkan pilihan yang ingin dibuat, semakin buntu untuk membuat keputusan. Selalunya kita akan semakin buntu apabila ia melibatkan masa depan yang kita sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan.



Kita semakin takut untuk mengambil risiko kerana kita sering bertanya ' Jika aku mengambil jalan A, tetapi semuanya tidak menjadi seperti yang dirancang bagaimana, Jika aku mengambil jalan B, tetapi aku merana bagaimana pula'.

Andaikan anda seorang peniaga, jika anda ingin menjadi jutawan tetapi takut untuk membuat perubahan dalam peniagaan. Anda hanya menanti sesuatu perubahan berlaku seperti tiba-tiba selautan pembeli datang ke kedai, yakinkah anda, dengan sehari selautan pembeli datang akan membuatkan anda menjadi jutawan.

Begitu jugalah dengan kehidupan dan cinta. Saya sendiri mengalami keadaan di mana perlu membuat pilihan, tetapi kadangkala kita perlu berani untuk mengambil risiko kerana jika kita takut mengambil risiko, sampai bila kita hanya ingin menunggu dan menunggu.

Memang benar, ada yang takut membuat keputusan apabila terdapat pilihan kerana takut gagal. Bukankah kegagalan itu yang akan menjadi pengajaran di lain hari dan akan mematangkan kita dalam melayari kehidupan ini. Saya akui, ketika gagal, terasa dunia seperti menghempap di atas kepala dan merasakan susah untuk bangkit kembali. Tetapi sekurang-kurangnya kita akan lebih tabah dan percayalah kita pasti akan bersyukur dengan apa yang telah berlaku dan menjadikannya sebagai pengajaran apabila masa berlalu.

Kehidupan ini memerlukan kita melayarinya untuk mematangkan diri. Memang kita belajar untuk mendapat ilmu, tetapi walau sebanyak mana pun buku yang kita baca, belum tentu kita dapat belajar sesuatu yang hanya dapat dirasai dan diketahui apabila belajar menjalani kehidupan.

Seseorang pernah berkata; ' Sepandai mana pun kita, belajar setinggi mana pun kita, walau anda profesor dan sebagainya, IBU BAPA tetap lebih pandai, ini kerana ada perkara yang tidak perlu dipelajari tetapi di layari dalam kehidupan. '


* Jika sudah ada pilihan, tetapkan hati, lakukan yang terbaik. =)

1 comment:

tomato said...

yupp betul tu.. sebab tu kita kena hargai and dgr cakap org tu kan.. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...