Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

::MeraJuk::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Dalam suatu perhubungan, pasti tidak akan lari daripada pertengkaran yang kadangkala akan mewujudkan situasi dimana salah seorang merajuk dengan pasangannya. Kadangkala ia berlaku tanpa pertengkaran tetapi wujud apabila ada yang terlanjur kata-kata. 

Apabila pasangan kita merajuk, apakah cara yang paling baik untuk memujuknya, adakah dengan membiarkan pasangan kita begitu sahaja akan merubah keadaan kekasih kita yang sedang merajuk. 

MAAF ... Kata-kata kemaafan mungkin membuatkan keadaan yang tegang kendur sedikit dan walaupun mungkin rajuk yang hadir tidak hilang serta merta tetapi mungkin meredakan sedikit ketegangan antara anda. 

MASA...Jika pertengkaran membawa kepada rajuk pasangan anda, mungkin masa merupakan ubat yang baik. Berilah masa kepada pasangan anda itu tetapi yang pasti janganlah membiarkan pasangan anda berada dalam keadaan merajuk yang lama. Takut masa yang diberik akan mengakibatkan pergaduhan yang lebih besar jika di abaikan. 

MENGABAIKAN...Jangan mengabaikan pasangan anda. Walau sebesar mana pun pergaduhan itu berlaku, jangan sesekali mengabaikannya jika anda mencintai pasangan anda. Selain itu, jika anda adalah orang yang sedang merajuk, janganlah mengabaikan pasangan anda sehingga pasangan anda berputus asa dan tawar hati untuk memujuk anda. Pertimbangkanlah, jika masalah yang wujud tidaklah sebesar mana, janganlah menjadikannya sebesar dan setinggi gunung everest. 

KETAWA... Kata orang, ketawa itu ubat segala duka dan senyum itu wabak yang merebakkan kegembiraan dalam diri. Jika pasangan anda sedang dilanda wabak merajuk, cubalah sebarkan wabak senyuman pula dengan menyelitkan cerita lawak ataupun sesuatu yang gembira supaya menceriakan sedikit keadaan. Mungkin pada mulanya pasangan anda tidak terpengaruh dengan cerita tersebut tetapi pasti lama-lama dia akan terjebak juga. Tetapi, pastikanlah lawak yang anda ingin kongsi itu tidak menjerumus kepada masalah yang lain pula.

HADIAH...Bagi sesetengah individu, mungkin hadiah merupakan cara yang terbaik untuk memujuk pasangan anda. Tetapi mungkin juga ada yang tidak termakan dengan sogokan hadiah yang diberikan. Semuanya bergantung kepada individu tersebut. 

KEJUTAN... Siapa yang tidak suka akan kejutan. Saya suka akan kejutan. Jika pasangan anda sedang merajuk, mungkin anda boleh memikirkan untuk memberikan kejutan.

Saya bukanlah seorang yang bijak bestari dalam perhubungan tetapi mungkin ada antara tips ini yang boleh membantu sesiapa yang membacanya. Semuanya terpulang kepada individu tersebut dan personaliti seseorang itu. Rasanya antara lelaki dan wanita siapakah yang kuat merajuk. Siapakah antara lelaki dan wanita yang paling mudah kendur rajuknya. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...