Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 13, 2011

::Sebelum KO gigit AKU::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Lama juga saya tidak tulis entri baru. Ye la memandangkan tuntutan assignment dan tesis yang meronta-ronta untuk di siapkan. Sampaikan My LuVLy LuV tanya  'kenapa dah lama tak update entri baru, bosanla, update ar entri baru' Oleh itu, hari ini setelah mendapat ilham, tambahla satu lagi entri di blog saya ini untuk sesiapa yang sudi membacanya.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai gigitan. Kenapa la pulak dah lama tak update blog tetiba ingin bercerita mengenai gigitan lak kan. Tapi ini bukan mengenai gigitan manja, gigitan marah mahupun gigitan saja-saja. 

Gigitan yana saya ingin katakanlah ialah gigitan kasut. Aik, kasut pun ada gigi ke? Sebenarnya begini, beberapa hari lepas, saya dan rakan pergi berjalan-jalan di pusat membeli belah (sempat lagi berjalan sedangkan assignment memanggil-manggil). Walaupun pada mulanya konon-konon tak nak terpengaruh dan tak ingin membeli, akhirnya saya tewas. Terpengaruh juga dan TERBELI sepasang kasut. 


Setelah penat membuat tawaf keliling pusat membeli-belah, kami pun pulang. Apabila sampai ke bilik, saya pun keluarkan kasut yang baru beli. Sebenarnya, masa itu, kalau boleh hendak terus sahaja pakai kasut yang baru beli, berkobar-kobar sungguh. 

Sebelum sarung kasut tersebut tiba-tiba saya teringat, kene gigit dulu ini, kalau tidak melecet pula. Saya pun ambil dan gigit belakang kasut tadi. Ha, AMik ko!, sekali gigitan di kasut kanan dan sekali gigitan di kasut kiri. 

Tiba-tiba saya terasa diri diperhatikan, rupa-rupanya teman bilik. Dia dengan muka hairan pun bertanya 'Buat ape tu?, kenapa gigit kasut? Saya pun menjawab (dengan tersengih-sengih), 'Selalu kalau beli kasut mesti akan melecet belakang kaki kan, orang tua-tua ada cakap, kalau tak nak kasut gigit kaki baik kita yang gigit dulu'. 

Dia pun dengan muka antara percaya dengan tidak ' Betul ke, tak pernah dengar pun tapi nak buat juga la dengan kasut yang baru beli.' Dia pun amibil kasut dan cakap 'Sebelum ko gigit aku, baik aku gigit ko dulu.' 

Sebenarnya antara percaya dengan tidak, rakan saya pun menggigit kasut barunya itu. Ini bukan rekaan tau, memang betul-betul. Saya tidak pasti samada anda pernah mendengar dan melakukannya tetapi itulah yang sering saya lakukan lebih-lebih lagi apabila membeli kasut bertutup penuh. 

Selain itu, ayah saya pernah juga memberitahu, jika membeli kasut kulit dan takut melecet di belakang kasut, dia suruh ambil lilin dan gosokkan di bahagian belakang kasut agar tidak melecet. Ye la, kasut kulitkan agak keras dan sering menyebabkan kaki melecet lebih-lebih lagi jika masih baru, 

Mungkin jika sesiapa yang tidak ingin kakinya melecet, bolehla mencuba petua ini, mungkin berguna buat anda. Sebelum menghabiskan entri ini, tiba-tiba saya terfikir, selalunya asyik dengar perempuan sahaja yang merungut mengenai kaki yang melecet akibat kasut. Tetapi tidak pula pernah mendengar kaki lelaki melecet. Agak-agaknya kaki lelaki tidak pernah melecet ketika membeli kasut baru agaknya.???

Akhir kata, biar cantik dan bergaya tetapi jangan merana. =) 

3 comments:

Alynna said...

saya pun penah dgr tips sal geget kasut nih..
n still amalkan sampai skang if beli kasut baru..
huhu..

kpah k-poh Sharifahnor said...

huh..!!! beli kasut dgn penuh dendam...dpt jer kasut..terus je gigit..??? gigit kasi koyak jer lah dik...hee

Unknown said...

alynna: oye, saye pun mmg slalu amalkan.

nor: hehe...kak, kalau gigit sampai koyak tak merasa la nak pakai kasut baru..hehe =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...