Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 27, 2011

::RM29.70::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Malam ini, saya masih keliru dan masih tertanya-tanya. ini semua gara-gara kejadian tengahari tadi. Di mana silapnya saya sendiri tiada jawapan untuk persoalan itu. 

  Sebenarnya begini, tengahari tadi saya pergi untuk memperbaharui tempoh peminjaman buku di perpustakaan memandangkan tempoh peminjaman telah tamat dan saya tidak boleh memperbaharuinya secara online.


Kebetulan ketika ingin meminjam, keahlian saya di perpustakaan tersebut telah tamat tempoh, saya pun pergi ke pejabat yang menguruskannya untuk memperbaharuinya. Kebetulan staf yang menguruskannya memang berada di meja tersebut. 

Saya:  Assalamualaikum akak, saya ingin memperbaharui keahlian perpustakaan saya ini. 
Staf:   Sila bagi kad matrik.
(Saya pun menghulurkan kad matrik saya... tidak lama kemudian)
Staf:   Adik, akak dah perbaharui keahlian adik tetapi adik ada hutang ni.
Saya:  Berapa kak?
Staf:   Banyak ni, RM29.70
(Bulat juga mata saya yang sepet ini  mendengar jumlah hutang yang saya ada)
Saya: Kalau tak bayar hutang tu, tak dapat pinjam buku kan kak? Tapi, apa tajuk buku tu ya? 
Staf:  A'ah. Amalan Protokol...kalau ikut dari sistem, adik pinjam dari bulan 3 tahun lepas dan 17/1/2011 baru adik hantar.
(Lagi bulat dan semakin keliru la saya)
Saya: Tapi kak, rasanya saya tak ada simpan buku begitu lama. Tahun ini pun saya belum pernah   memulangkan apa-apa buku lagi.
Staf:  Cuba adik fikir dan ingat betul-betul.mungkin terlupa kerana buku itu baru sahaja dihantar.
(Saya pun cubalah berfikir dan mengingat sedalam-dalam yang boleh untuk mengingatinya. Namun..)
Saya:  Memang tak ada lah kak, Lama sangat kalau saya nak simpan buku tu kak. Hampir setahun. Tak pe lah akak, saya bayar sahaja lah. Kalau tak bayar tak dapat pinjam pula.
(Dengan berat hatinya, saya pun hulurkan RM30 kepada staf tersebut memandangkan saya amat memerlukan buku yang ingin saya pinjam ketika itu.)

 Saya bukan berat hati kerana jumlah yang terpaksa saya keluarkan sahaja tetapi kerana kesalahan atau perkara yang tidak saya lakukan. Sudah puas sejak tengahari tadi saya cuba mengingati dan berfikir sedalam-dalamnya. Hendak mengatakan diri sendiri nyanyuk, saya rasa saya masih muda dan belum lagi digelar pelupa. 

Saya sendiri bingung memikirnya. Tetapi, jika saya ada jawapannya, apa lagi yang boleh saya lakukan. Hendak marah, saya sendiri tidak tahu dengan siapa saya ingin marah. Pasrah sajalah yang boleh saya lakukan, bukan mengambil jalan mudah dengan berputus asa tetapi seperti tiada jawapan untuk pencarian saya ini. 

Mungkin saya perlu lebih berhati-hati agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Bukan berhati-hati ketika memandu sahaja tetapi dalam setiap perbuatan dan jangan cuai. Mungkin kecuaian saya juga menjadi salah satu faktor yang saya sendiri tidak tahu dimana permulaanya. Tabahlah wahai hati =(

2 comments:

Ain Zulaikha said...

tu lah.... kena hati2.. jangan sesekali bagi kawan no kad matrik or kad matrik .. kadang2.. kawan kita yang dajalnya.. dan kadang2 jgk lah org office tu silap key in kot... kalau sy dah tak bnyak bunyi.. saya tak pinjam dan saya tak kan bayar.. hheehhehe garang tak?

Ila said...

niat untuk sedekah lah yang dah bayar tu... moga2 dapat balasan kelak :)

perlu juga berhati2 untuk masa akan datang...
semoga perkara begini tidak berulang :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...