Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, December 4, 2011

:KuCing itu TeManku:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…



Baiklah, hari ini saya tidak mahu mukadimah yang panjang berjela, bak kata ‘orang potih’, kita ‘straight to the point’. Jika sebelum ini saya ada entri , SuaTu PerMulaan Tanggung JaWab, kali ini saya ingin berkongsi sedikit bagaimana ini merubah kehidupan saya. Semenjak memelihara kucing, saya mulakan hari dengan membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya dahulu. Setelah itu barulah anak-anak kucing yang diberi nama Jerry dan Jenny di beri perhatian pula. Selalunya pada waktu pagi, saya hanya sempat untuk meletakkan makanan mereka dibekas makanan sahaja serta hanya sempat bermain untuk seketika.

Ibulah yang akan mengambil alih memberikan susu kucing kepada Jerry dan Jenny. Inipun kerana mereka masih kecil dan ibu suka bermanja dengan mereka ketika memberikan susu. Jika dilihat cara ibu memberi kucing susu sudah seperti seorang emak memberikan anaknya susu. Kadang-kadang terasa lucu pun ada juga bila dilihat. Kemudian, pada waktu makan tengahari , saya akan pulang kerumah untuk makan memandangkan ibu merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan lokasi tempat saya bekerja memang dekat dengan rumah. Ketika inilah saya akan bermanja dengan Double J saya iaitu Jerry dan Jenny.  Setelah bermanja barulah melantak sepuas-puasnya masakan ibu, tetapi tidak boleh makan banyak-banyak tau, nanti mengantuk di pejabat pula.

Setelah makan dan solat, kembali semula ke pejabat dan bermula tugas-tugas yang perlu disiapkan =( . Tik Tok Tik Tok, dah pukul lima pun, apa lagi rumahku syurgaku lah destinasiku. Kucing-Kucing pasti sudah menanti. Kadangkala saya rasakan Double J saya ini bagaikan mengerti perasaan saya. Setiap kali pulang dari kerja, pasti mereka akan menenung saya dengan mata yang bulat dan hanya melihat sehinggalah saya masuk ke dalama rumah dan hilang disebalik pintu bilik.

Apabila saya keluar dari bilik barulah Double J saya akan mengeow seperti memanggil saya untuk dibelai. Mereka bagaikan mengerti perasaan penat yang dialami tuannya dan membiarkan saya berehat dulu dan tahu yang saya pasti akan melayan mereka apabila saya keluar semula. Selalunya pada waktu petang, saya akan membersihkan bekas najis dan menambah pasir yang baru. Ini untuk mengelakkan bau yang kurang enak dan menjaga keselesaan Double J saya.

Bekas makanan dan minuman pula perlulah dibersihkan setiap hari dan di isi pada waktu makan yang ditetapkan. Selalunya saya akan mengisi makanan kucing sebanyak dua kali iaitu pada waktu pagi dan waktu petang. Sebulan sekali pula saya akan membasuh kesemua bekas dan sangkar Double J saya agar kebersihan tempat tinggal Double J saya terjaga. Double J pula saya akan mandikan dua kali dalam sebulan. Tetapi doktor haiwan kata, kucing jangan dimandikan ketika musim hujan kerana bimbang terkena demam.

Inilah rutin yang sering saya lakukan agar terasa setiap masa ada perkara yang saya lakukan. Mungkin ada sesetengah orang yang berkata membela haiwan seperti kucing dan agak leceh. Mungkin betul tetapi jika dilakukan dengan sabar, ikhlas dan kasih sayang, pasti segalanya terasa mudah. Kepada saya, sebenarnya ibu yang banyak membantu saya menjaga Double J saya. Selain itu, tanpa nasihat dan ilmu menjaga kucing yang My Luvly Luv kongsikan dengan saya, pasti kelam kabut juga.

Oklah, sampai sini sahaja, saya ini budak baru nak belajar menjaga kucing, jika ada silap dan salah sila tunjukkan.  =) 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...