Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…
“Aku nak bercuti la, Jom kita pergi cuti”. Itulah permintaan seorang teman baikku. Caranya seperti inginkan sebuah percutian yang menenangkan. Mungkin dia sudah tertekan dengan persekitarannya barangkali yang menyebabkan dia perlukan sebuah percutian.
Percutian memang jawapan yang diperlukan jika kita bertanya kepada diri sendiri apakah caranya yang boleh buat kita lari dari tekanan. Pada saya, sekurang-kurangnya dalam setahun kita perlu bercuti walau hanya untuk sekali dan tempoh percutian tersebut, tidak perlulah terlalu panjang.
Kenapa kita perlu bercuti?
I. Menghilangkan tekanan kerja @ belajar setelah berhempas pulas mengerah tenaga dan fikiran
II. Lari sekejap dari kehidupan realiti
III. Sebagai ganjaran kepada diri sendiri.
IV. Mengeratkan lagi perhubungan bersama teman mahupun keluarga.
Sebab untuk bercuti sudah tertera, tetapi, apakah perkara yang perlu diambil kira sebelum kita bercuti?
1. KEWANGAN! Itu yang paling penting. Jika tiada bajet serta kewangan yang sepatutnya, bimbang pulang dari bercuti, semakin tertekan pula hidup kerana sudah habis digunakan bercuti. Oleh itu, Bajet amat penting dan berbelanjalah mengikut bajet yang anda mampu dan yang telah ditetapkan.
2. LOKASI! Dimana agaknya lokasi pilihan anda. Semuanya terpulang kepada apa yang anda inginkan. Samada ditepi pantai, di dalam hutan, di kawasan taman tema, dalam negara mahupun diluar negara. Pastikan juga tempat penginapan untuk anda bermalam. Namun segalanya mengikut cita rasa dan bajet yang telah anda peruntukan.
3. PENGANGKUTAN! Selain lokasi dan kewangan, pengangkutan juga amat diambil kira. Ini semua bergantung kepada lokasi percutian dan bajet. Jika anda bercuti di luar negara, maka penerbangan la kemudahan pengangkutan yang nyata anda perlukan.
4. TARIKH! Ya, sejak cuti sekolah akhir tahun ini, semua berlumba-lumba ingin bercuti dan kepada yang bekerja pula, inilah masanya menghabiskan cuti tahunan yang tinggal. Pada saya, bercuti yang paling seronok ialah ketika bukan cuti sekolah, tidak ramai orang dan tidak perlu bersesak dengan orang ramai. Tetapi memandangkan masih ada lagi adik saya yang bersekolah, terpaksa jugalah bercuti ketika cuti sekolah. Apa yang penting, pilihlah tarikh yang sesuai mengikut jadual anda.
5. PERSEDIAAN! Setelah semuanya dirancang dan dikira mengikut kemampuan, masanya tiba juga saat untuk bercuti. Bawalah barang-barang keperluan secukupnya. Janganlah membawa barang yang tidak peting dan hanya memberatkan bagasi anda sahaja. Jangan dilupakan ubat-ubatan, mana tau disaat kecemasan dan anda memerlukannya. Beringat sebelum kena.
Alasan untuk bercuti sudah ada, rancangan sudah terbina, apalagi yang ditunggu, laksanakan sahaja impian bercuti anda. Lupakan segala masalah dan tenangkan minda anda. Ingin tahu dimana lokasi bercuti saya dan keluarga, di dalam entri yang lain akan saya kongsikan.
Ceria-ceria selalu =)
p/s: to my bff, nanti kita bercuti ye, kita enjoy sama-sama. =)
No comments:
Post a Comment