Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 20, 2010

CuKupkaH apa Yang kita PelajAri ....


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Agak lama juga saya tidak menulis dalam blog saya ini. Ini berikutan pertukaran peranan sebagai pelatih latihan industri kepada pelajar tahun akhir. Walaupun jadual kelas saya pada semester ini agak relax tetapi saya tidak berani untuk membuat andaian bahawa semester ini saya relax. Mungkin banyak yang saya perlu lakukan sebagai persediaan sebelum menamatkan pengajian saya untuk mendapat segulung ijazah.

Apabila memikirkan perkara ini terasa takut pula untuk melangkah ke alam pekerjaan yang saya tahu penuh pancaroba. Semua perkara perlu difikirkan dan dilakukan sendiri. Bukanlah maksud saya,, tiada orang lain yang boleh bantu tetapi apabila kita melangkah ke alam pekerjaan, kita mencari duit atau rezeki kita sendiri. ketika inilah peluang kita untuk membalas jasa kedua ibubapa kita yang selama ini tanpa rungutan membantu serta memberi segala keperluan yang kita inginkan. Bersediakah saya...?

Semasa kelas beberapa hari yang lepas, seorang pensyarah kelas saya bertanya, 'Kamu akan menamatkan pembelajaran kamu tahun hadapan, kamu rasa banyakkah ilmu yang kamu dapat dan kamu peroleh di sini.?' Nak tahu kenapa pensyarah saya bertanya demikian, ini kerana pada pendapat beliau, para pelajar sekarang kekurangan ilmu pengetahuan am. Beliau berpendapat pelajar sekarang terlalu berasaskan peperiksaan iaitu belajar untuk peperiksaan dan bukan untuk mendapat ilmu atau menambah pengetahuan.

Oleh itu, sila fikir-fikirkan la, pelajar seperti bagaimana semasa kita menjalani hidup di institut pengajian tinggi. Adakah cukup apa yang kita perolehi. ???

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...