Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, July 2, 2010

:::MelangKah Ke Alam Baru:::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...


Tiba-tiba hari ini teringin nak bercakap mengenai cinta dan melangkah ke alam baru. Mungkin kerana kawan baik aku nak kahwin esok, itu yang tiba-tiba terasa nak kahwin juga. Hehehe... Sementara tunggu kawan saya sampai dan bergerak pergi melaka dengan dia, saya nak berkongsi sedikit di sini. Sebenarnya ramai juga kawan-kawan yang rapat sudah melangkah ke alam perkahwinan dan dimurahkan rezeki dengan kehadiran orang baru dalam hidup mereka.

Mesti seronok dan bahagiakan, mula-mula kita hidup seorang, kemudian berdua bersama pasangan kita dan setelah itu dimurahkan rezeki dengan kehadiran orang ketiga apabila sudah melangkah ke alam rumah tangga. Tetapi saya tahu, bukan mudah untuk berkongsi hidup dengan seseorang, ia memerlukan pengorbanan, tolak ansur dan kompromi dalam mengekalkan suatu perhubungan.

Walaubagaimana pun, saya harap setiap pasangan yang mengambil keputusan untuk melangkah ke alam rumah tangga, persiapkanlah diri dan banyakkan bersabar kerana mengekalkan sesuatu hubungan itu bukannya mudah. Semoga hubungan yang terbina itu akan kekal hingga ke akhir hayat, sebagaimana ibu dan bapa kita yang boleh mengekalkan rumah tangga mereka bertahun-tahun sehingga akhir hayat mereka.

Cintai lah mereka yang mencintaimu seikhlas hati, semoga impian anda tercapai. Semoga gembira di hujung minggu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...