Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 6, 2010

AkaN MerIndui Kalian...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini saya rasa ingin berkongsi sedikit perasaan dan pendapat saya pada ketika ini. Minggu ini merupakan minggu terakhir saya sebagai pelatih latihan industri di syarikat yang saya bekerja sekarang. Pada mulanya saya rasa tidak sabar untuk habis bekerja disini dan kembali semula menyambung belajar. Tetapi entah kenapa rasa berat hati ini untuk meninggalkan syarikat ini.

Walaupun kadangkala kebosanan melanda diri ini apabila tiada kerja yang diberikan, namun persekitaran tempat kerja yang boleh saya katakan tidak memberi tekanan dan santai serta gurau senda dan gelak tawa antara kami pasti membuatkan saya merindui tempat ini. Kami bagaikan sebuah keluarga, walaupun pada hakikatnya kami hanyalah rakan sekerja yang berjumpa sekitar waktu kerja dan bekerja demi melunaskan amanah yang diberikan.

Saya akan merindui mereka semua, entah bila saya akan bertemu mereka lagi setelah saya tamat menjalani latihan industri disini dan esok merupakan hari terakhir saya. Sekarang saya perlu cuba mencari 'mood' untuk memulakan hari-hari sebagai pelajar semula. Saya masih mempunyai setahun pengajian sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar. Saya tahu bukan mudah apabila kita sudah melangkah ke alam pekerjaan, banyak yang perlu difikirkan dan kehidupan kita semakin rumit serta banyak keputusan yang perlu kita lakukan.

Memang betul lah kata orang-orang yang saya temui, belajarlah selagi mampu kerana apabila sudah bekerja kita akan merindui zaman belajar dan waktu bersama-sama rakan-rakan. Oleh itu, sila fikirkan betul-betul sebelum membuat sesuatu keputusan, semoga setiap keputusan dan pilihan yang dibuat merupakan keputusan yang betul.

Kepada rakan-rakan sekerjaku, saya akan sentiasa mengingatimu. Semoga kita akan berjumpa lagi dan terima kasih atas segala tunjuk ajar serta ilmu yang dicurahkan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...