Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…
Jika entri sebelum ini 'Bercuti' saya ada menceritakan perancangan untuk bercuti. Entri kali ini saya akan berkongsi keterujaan saya untuk bercuti. Langkawi! Here i Come… tak sabar rasenya ingin bercuti, seperti sudah lama pula tidak bercuti. Ini kali pertama saya ingin bercuti setelah berkerja dan mempunyai gaji sendiri untuk bersuka ria.
Tarikh percutian…..tet….tidak boleh diberitahu. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Mana la tau jika perompak semakin maju dan membaca entri saya serta tahula pula saya tidak ada dirumah, pasti licin rumah saya dikerjakan. Nauzubillah, minta-minta dijauhkan.
Tetapi seharusnya, maklumat ketiadaan anda dirumah perlu dirahsiakan serta tidak dikongsikan secara umum di Facebook, Twitter mahupun sebarang laman sosial yang individu lain boleh mengetahui bahawa rumah anda dalam tempoh tertentu tiada penghuni. Ialah bukan apa, kadangkala ada juga bukan rakan yang anda telah ‘approve’kan menjadi rakan dilaman sosial anda. Oleh itu, lebih baik berjaga-jaga sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Berbalik semula kepada keterujaan saya yang ingin bercuti bersama keluarga, Ohhh. Tidak sabarnye. Terasa ingin membeli belah macam-macam. Terasa ingin membuat senarai serta bajet tetapi agak-agak boleh ikut ke? Silap-silap bila dah sampai limit bajet yang ditetapkan minta pula dari ayah. Hehehe….
Ada orang yang bertanya, “kenapa tidak pergi Langkawi naik kapal terbang, bukannya mahal pun, sekejap sampai pula tu”. Oleh kerana sekejap sampai la saya tidak suka. Memang perjalanan agak jauh tetapi keseronokkan amat berbeza. Jika memandu sendiri, pada saya boleh mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami sekeluarga dengan berbual serta bergurau senda sepanjang tempoh perjalanan.
Tambahan pula boleh berhenti dimana-mana lokasi yang ingin kita singgah sepanjang perjalanan. Keterujaan itu berbeza sekali berbanding menaiki kapal terbang. Bercuti itu kan merehatkan serta tiada waktu yang perlu dikejar mahupun janji waktu yang perlu dipenuhi. Walau apa pun, ia hanya sebuah pendapat, mungkin ada yang tidak setuju dan lebih suka cepat sampai ke destinasi tanpa perlu penat lelah akan perjalanan destinasi yang jauh.
Baiklah, sampai disini sahaja, doakan saya selamat sampai dan selamat pulang sepanjang tempoh percutian saya nanti ya. Saya hendak sambung berangan bercuti ke Pulau Langkawi dulu. =)