Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Friday, January 7, 2011

::Jom Cuba::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Setiap insan pasti inginkan badan yang sihat dan cantik tidak kira luaran mahupun dalam. Kadangkala demi mengejar ini semua ada yang sanggup berdiet sehingga menyakiti badan sendiri tanpa disedari. Ada juga yang sanggup berhabis duit.

Disini saya ingin kongsi sedikit cara saya berdiet, mungkin boleh membantu sesiapa yang juga berusaha untuk hidup secara sihat. Diet ini dipanggil ‘Low Carbo Diet’.

Saturday, November 20, 2010

::Berbasikal::

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tahukah anda menunggang basikal? Ingatkah lagi, saat anda mula-mula belajar menunggang basikal? Mesti pelbagai kenangan sama ada sedih mahupun gembira terbayang-bayang di ingatan anda ketika ini. 

Jika ditanya kepada saya kenangan menunggang basikal, memang banyak kenangan saya ketika menunggang basikal. Kenangan mula-mula belajar berbasikal dengan menggunakan roda tambahan, kemudian sudah boleh berbasikal tanpa roda tambahan dan seterusnya mula beranikan diri berbasikal tanpa memegang pemegang basikal. Bila diingatkan kembali, beraninya saya jika dulu pernah berbasikal tanpa memegang pemegangnya. 

Sila jangan meniru kelakuan ini ya. Bahaya sangat bile diambil kira sekarang, bukannya tidak pernah jatuh tetapi bak kata orang 'tak pernah serik'. Sebenarnya saya bercerita mengenai basikal kerana semalam saya bersama ibu dan rakan-rakannya berbasikal mengelilingi kampung sebagai salah satu aktiviti riadah di waktu petang. 

Apabila berbasikal seperti itu, teringat pula kenangan berbasikal bersama rakan-rakan. Berbasikal mengelilingi kampung, berbasikal untuk pergi ke kelas tusyen dan lain-lain lagi. Seronok sangat walaupun tidak lari daripada rasa penat mengayuh basikal. Semoga aktiviti berbasikal ini dapat diteruskan untuk memastikan badan sentiasa sihat serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan. 

Tuesday, November 2, 2010

Tak Nak...!!!

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

TAK NAK!!! Perkataan ini sudah sering kita dengar dan lihat samada dicorong radio, televisyen mahu iklan. Bukan sehari mahupun baru setahun kempen itu dijalankan. Sejak Februari 2009 lagi kempen ini telah dilancarkan tetapi hasilnya? Saya sedih dan marah melihatkan mereka yang tidak menyayangi diri sendiri. Bukan tiada orang disekeliling saya yang merokok. Sudah berbuih mulut ini berkata-kata. Mereka bukannya kanak-kanak yang tidak faham, yang perlukan penerangan lebih terperinci.

Di kotak-kotak rokok dan iklan di televisyen juga sudah cukup untuk menunjukkan kesan rokok kepada mereka serta orang sekeliling. Jika tiada rasa sayang pada diri sendiri, sayangilah orang sekeliling anda. Saya seringkali melihat bagaimana seorang ayah yang MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dengan merokok ketika anak yang masih kecil di dukungannya. Tidak sedarkah mereka bahawa anak mereka itu masih kecil dan baru sahaja ingin mengenal dunia. Kenapa cemari mereka dengan udara yang tidak sihat.

Tabiat merokok boleh membunuh 1 billion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 billion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Tidak cukupkah lagi dengan bahaya dan kesan yang akan diterima untuk dijadikan motivasi kepada para perokok ini berhenti merokok serta memulakan hidup yang lebih sehat. Cuba tanya kepada diri sendiri. Sedapkah rasa rokok itu sehingga tidak dapat meninggalkan ketagihan rokok itu? Jika dikira dan dihitung, apakah yang dapat dibeli dengan duit pembelian rokok tersebut setiap tahun?

Fikir-fikirlah, jika tidak menyayangi nyawa anda, sayangilah insan sekeliling anda

Thursday, October 7, 2010

D.I.E.T...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

D.I.E.T...perkataan ini merupakan perkataan agak popular kepada golongan wanita. Tetapi betul ke, hanya perempuan yang lebih menekankan perkara ini? Pada saya, bukan setakat wanita tetapi ada juga lelaki yang mengambil berat akan hal ini.

Jika ditanya mengapa mereka mengamalkan diet bagi pemakanan mereka pasti pelbagai jawapan yang diterima. Antaranya, saya nak jaga penampilan saya, saya dah gemok, saya nak badan sihat dan macam-macam lagi lah. Namun, boleh dikatakan majoriti yang mengamalkan diet kerana hendak menurunkan berat badan.

Ermm.., tidak kisah la hendak badan sekurus mana pun tetapi yang penting perlulah sihat kan. Kadang-kadang saya lihat kerana begitu tekad untuk menguruskan badan sehingga sanggup membuat perkara drastik dan menyeksa diri sendiri. Jangan la sampai begitu sekali, bukankah kita patut menghargai apa yang ada asalkan kita masih memiliki badan yang sihat. Tidak salah untuk berdiet tetapi lakukanlah dengan cara yang betul.

Sekali-sekala rajin juga saya melaburkan sedikit wang untuk membeli majalah yang berunsur kesihatan dan memang terdapat pelbagai tips yang terkandung di dalam nya. Mungkin kepada yang hendak berdiet secara sihat memang dapat membantu. Ada juga orang sekeliling saya yang berjaya melakukan diet secara sihat dan saya tahu kenapa mereka berjaya. Mereka mempunyai Displin dan Tekad yang sangat tinggi.

Bayangkan mereka yang ingin berDiet boleh menahan diri dan nafsu makan daripada untuk menjamah nasi dalam tempoh masa yang kadangkala boleh mencecah sehingga berbulan-bulan. Entah bagaimanala agaknya sehingga begitu tekad untuk melakukannya. Kalau sayalah, sehari tak mencari nasi, memang tak lengkap hidup rasanye.

Namun itu semua bergantung kepada diri sendiri kan dan yang penting kita berbahagia dan gembira dengan apa yang kita lakukan. Bagi saya, semuanya perlukan DISPLIN yang KUAT serta TEKAD yang TINGGI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...