Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, November 20, 2010

::Berbasikal::

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tahukah anda menunggang basikal? Ingatkah lagi, saat anda mula-mula belajar menunggang basikal? Mesti pelbagai kenangan sama ada sedih mahupun gembira terbayang-bayang di ingatan anda ketika ini. 

Jika ditanya kepada saya kenangan menunggang basikal, memang banyak kenangan saya ketika menunggang basikal. Kenangan mula-mula belajar berbasikal dengan menggunakan roda tambahan, kemudian sudah boleh berbasikal tanpa roda tambahan dan seterusnya mula beranikan diri berbasikal tanpa memegang pemegang basikal. Bila diingatkan kembali, beraninya saya jika dulu pernah berbasikal tanpa memegang pemegangnya. 

Sila jangan meniru kelakuan ini ya. Bahaya sangat bile diambil kira sekarang, bukannya tidak pernah jatuh tetapi bak kata orang 'tak pernah serik'. Sebenarnya saya bercerita mengenai basikal kerana semalam saya bersama ibu dan rakan-rakannya berbasikal mengelilingi kampung sebagai salah satu aktiviti riadah di waktu petang. 

Apabila berbasikal seperti itu, teringat pula kenangan berbasikal bersama rakan-rakan. Berbasikal mengelilingi kampung, berbasikal untuk pergi ke kelas tusyen dan lain-lain lagi. Seronok sangat walaupun tidak lari daripada rasa penat mengayuh basikal. Semoga aktiviti berbasikal ini dapat diteruskan untuk memastikan badan sentiasa sihat serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...