Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

:DiaLaH SegalaNya:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Sejak kecil kita sering di mendengar dan membaca buku mengenai kisah dongeng puteri, si cantik dan cinta yang membawa kebahagiaan. Tanpa kita sedari, cerita-cerita sebegini banyak mempengaruhi kehidupan kita dan membuat kita memasang impian untuk mencari cinta sejati.

Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan? Siapa yang tidak ingin mencari cinta sejati? Kadangkala kita seringkali mencari seseorang yang sempurna sehinggakan kita buta akan cinta yang dihadapan kita. Ciri-ciri yang bagaimana kita inginkan supaya seseorang itu layak dipanggi cinta sejati kita. Adakah perlu pada fizikalnya, kewangannya mahupun sifatnya.

Saya sendiri pernah membaca bahawa kita perlu tetapkan ciri-ciri insan yang bagaimana kita inginkan tetapi bolehkah diikut seratus peratus. Jodoh dan pertemuan ditangan tuhan, tiada siapa yang tahu perjalanan hidup ini. Kita boleh mencari cinta mengikut ciri-ciri yang kita inginkan, tetapi jangan lah buta dengan tetapan yang kita buat hingga pinggirkan apa yang ada, ibarat mencari rumput yang cantik dipadang yang luas.

Pada saya, untuk mencari cinta sejati, tanyalah hati sendiri. Ini kerana insan itulah yang akan berkongsi segalanya dengan kita. Cinta hati kita itu ibarat kekasih yang mencintai , abang yang melindungi, adik yang ingin bermanja, ibu bapa tempat bergantung, rakan tempat luahan rasa dan segala-galanya buat kita.

Mungkin akan ada pada satu saat, kamu merasakan bahawa yang bersama kamu itu adalah cinta sejati kamu.Tetapi segalanya hancur apabila ia terkandas di tengah jalan tanpa kamu sempat berjalan bersama ke penamatnya. Janganlah dikesalkan, jangan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Anggaplah ia suatu mimpi kehidupan yang banyak memberi pengajaran kepada kamu. Apabila sampai masanya dan kamu berjumpa dengan insan yang merupakan jodoh kamu pasti kamu tidak menyesal dan akan memberikan yang terbaik untuk perhubungan yang baru itu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...