Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…
Setelah tamat pengajian, alam pekerjaan pula pasti akan mengambil tempatnya. Ketika itulah seribu satu cabaran mula menghimpit kehidupan kita. Bermulalah persoalan seperti; di mana kita hendak mencari kerja? Perlu merantau atau bekerja di kampung halaman? Apa pekerjaan yang ingin kita mohon? Berapa gaji yang ingin kita inginkan? dan lain-lain lagi. Seribu satu persoalan yang akan bermain di minda.
Tetapi dua perkara yang nyata yang sering kita perdebatkan dalam mencari pekerjaan ataupun ingin menukar pekerjaan ialah jumlah gaji yang akan diterima dan persekitaran tempat kerja. Ada orang lebih mementingkan persekitaran tempat kerja berbanding gaji yang akan diperoleh.
KENAPA? Kenapa persekitaran tempat kerja lebih penting untuk sesetengah orang. pada saya, ia ibarat motivasi. Jika kita sukakan persekitaran tempat kerja kita, pasti setiap hari saat kita ingin melangkah ke tempat kerja, kita melangkah dengan ceria serta semangat yang baru.
PERSEKITARAN yang bagaimana saya maksudkan. Ada orang menganggap persekitaran tempat kerja seperti mempunyai rakan sekerja yang seronok. Jika rakan sekerja pun satu kepala dengan kita pasti hendak melakukan sesuatu kerja berjalan dengan lancar. Ada pula insan yang suka diberi pengiktirafan atas hasil kerja bagus yang telah dilakukan. Selain itu, kawasan kerja yang tidak perlu menempuh kesesakan jalan raya juga antara salah satu faktornya.
Opss…terlupa lagi satu ‘point’, bagaimana dengan persekitaran kerja yang dipenuhi TEKANAN akibat kerja yang banyak berbanding dengan kerja yang bersenang-lenang. Bak kata Nabil ‘LU PIKIR LA SENDIRI’, tepuk dada dan tanyalah apa yang anda inginkan sebenarnya.
Bagaimana pula kepada individu yang tidak mengambil kira dengan persekitaran tempat kerja tetapi hanya jumlah gaji yang akan diterima menjadi ukuran. Pada saya individu yang begini mungkin seorang yang fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja serta boleh mengawal tekanan-tekanan yang akan dilalui.
Cuba anda fikir, jika kita hanya ingin persekitaran tempat yang menyenangkan hati tetapi gaji yang hanya cukup makan pasti akan mengalami tekanan juga. Bandingkan pula dengan gaji yang lebih dari yang kita terima sekarang tetapi persekitaran kurang memuaskan. Pada saya ia bergantung kepada individu. Berubahlah jika perlu dan kadangkala perubahan itu pasti mengejutkan serta membuatkan anda mengetahui tahap kemampuan anda.
Berubahlah kearah yang lebih baik, semoga hari esok lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya.
No comments:
Post a Comment