Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, November 20, 2011

:: Sayangku Jenny & Jerry ::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sudah agak lama blog saya ini menyepi. Semenjak habis belajar dan melangkah ke alam pekerjaan, nampaknya tangan ini semakin malas ingin menekan papan kekunci untuk mencurahkan rasa. Tetapi entah kenapa hari ini tangan ini terasa begitu ringan untuk menaip semula. 

Jika entri sebelum ini saya berkongsi dengan kehilangan kucing, kini saya muncul kembali dengan kucing juga. Sejak bila meminati kucing pun saya tidak tahu, sedangkan jika dahulu saya amat gelikan kucing dan takut dicakar. Sekarang, semua itu bagaikan hilang entah dibawa kemana. 

Semenjak bekerja di kampung halaman, saya mula membela dua ekor kucing yang diberi nama Jerry dan Jenny. Nama macam manusia kan. Itu semua nama pilihan ibu. Saya membela si comel ini sejak kucing-kucin ini masih berumur sebulan setengah. 

Pada mulanya saya berminat membela kucing kerana bosan tetapi lama kelamaan seperti sudah jatuh sayang pula kepada si Jenny dan Jerry ini. Setiap kali pulang makan tengahari dan balik dari kerja, kucing merupakan perkara pertama yang saya cari. Terasa bagaikan hilang segala kepenatan setelah sehari bekerja melihat keletah mereka. 

Jika pada awalnya mereka agak takut akan kami, tapi setelah agak lama, mereka mula bermain-main dan seperti mengetahui bahawa kami merupakan tuan mereka dan kadangkala ingin bergurau. Benarlah kata orang, haiwan ini walaupun tiada akal tetapi berperasaan dan boleh menjadi teman rapat manusia. 

 jenny tengah menyusu, masa nie baru lagi nak menyesuaikan dengan susu kucing. 

Comel je si Jerry cium Jenny...sweetnye... =)


Baiklah,sampai disini sahaja, nanti saya akan berkongsi pula pengalaman pertama membawa kucing ini untuk disuntik Vaksin setelah 2 bulan... =)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...