Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 29, 2010

::SelaMat TinGGal::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita menjengah ke tahun baru. Setelah selama 365 hari kita menjalani hari-hari pada tahun 2010 ini. Setiap kali munculnya tahun baru, setiap orang pasti akan mula memasang azam baru.

Tetapi,

Tuesday, December 28, 2010

::Misi MenYelamat::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sejak kecil lagi, kita diajar untuk menyayangi sesama manusia dan tidak dilupakan juga untuk menyayangi haiwan dimuka bumi ini. Beberapa hari lepas, saya bersama adik bongsu saya menjalankan misi menyelamat seekor burung.

BaroNgan???



 Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Pernahkah anda mendengar atau melihat di kenduri kahwin, terdapat sekumpulan yang membuat persembahan untuk menghiburkan jemputan yang hadir dengan ‘Barongan’. Barongan ini selalunya akan mengiringi pengantin dari rumah persinggahan ke rumah pengantin.

Monday, December 27, 2010

::Saya Suke Bunga::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya suka bunga. Anda suka bunga tak? Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang paling anda suka? Saya suka bunga ros lagi-lagi kalau ada yang memberinya. Saya seronok sangat, kerana saya baru sahaja dapat bunga daripada My LuvLy LuV. 

::JOM MenJALA::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya ingin menjadi chef sementara boleh tak? Saya ingin berkongsi sedikit resepi untuk menjala, bukan menjala ikan tetapi membuat roti jala. Pada mulanya, saya ingatkan menjala roti ini susah sangat tetapi tidak la sesukar mana asalkan ada bahan-bahannya yang tak seberapa itu.

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah

Friday, December 17, 2010

::Tarik Pusat::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya ingin menulis mengenai pusat boleh tak? Ada ke orang yang akan melarang saya menulis mengenai pusat. Saya yakin anda pasti tahu apa itu pusat dan di mana kedudukannya. Ye la, pusat itu lah yang dengan bantuan tali pusat menjadi tempat penyambung antara ibu dan kita semasa kecil lagi. Dari situlah kita menerima makanan yang diperlukan ketika masih dalam kandungannya.

Sebenarnya saya mempunyai pengalaman yang cukup menarik mengenai pusat.Ceritanya begini,

Monday, December 13, 2010

:Lambat La::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya teringin berkongsi sedikit pengalaman sewaktu saya dan sahabat saya makan di suatu kedai. Saya pasti bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya tetapi anda juga pasti pernah mengalami. Apa yang saya merepek mengenai perkataan 'mengalami' ini. Sebenarnya saya ingin mengatakan tentang servis atau layanan yang lambat oleh sesetengah kedai makan. Bayangkan ketika kami sampai di kedai tersebut lebih kurang pukul 9.30 malam, mula-mula sampai kami terus ditanya oleh pelayan tentang menu yang ingin di order. Kemudian tidak sampai 5 minit, air pun sampai. Saya sudah berkata-kata dalam hati 'Bagus juga, cepat juga servis kedai ini'. 

Tetapi yang saya tidak sangka rupanya

Saturday, December 11, 2010

::Dapur Ku?:

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit hari saya yang mungkin berkaitan sedikit dengan dapur. Kenapa hendak bercerita mengenai dapur pula ye, mungkin kerana sudah beberapa hari semenjak cuti semester saya sudah menjadi chef baru kat rumah ini agaknya. Jangan sangka pula, saya menggunakan perkataan 'chef', ada yang ingat saya pakar masak. Hendak dikatakan pakar, belum sampai ke tahapnya tetapi kalau memasak untuk mengisi perut yang lapar memang macam pesta la dapur ibu saya kerjakan. Hehehe. =)

Friday, December 10, 2010

::Oh 352::


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Mesti kalau lihat gambar di atas, masing-masing tertanya-tanyakan. Ada apa dengan nombor 352 ni. Jangan difikirkan sebagai nombor ekor atau perkara yang tidak elok ye. Sebenarnya ketika buka blog petang tadi terbaca yang blog saya ini terpilih untuk menyertai Blog Baru Pilihan Malaysia 2010. Jika pernah membaca entri sebelum ini memang ada entri khas untuk Blog Baru Pilihan Malaysia ini.

Alhamdulillah, memang tidak disangka kerana penyertaan ini hanya suka-suka sahaja dan dihasut oleh adik saya Mr. Turtle untuk menyertainya. Adik saya pun terpilih juga, jika nak melihat blognya bolehlah klik sini. Dah alang-alng terpilih ini, hendak promote gak..hehe...Jika suka dengan blog ni, sila-sila la undi bila sudah di buka nanti. 

Ingat-ingat nombor 352 ni eik. 'Ceria-ceria selalu' 

Thursday, December 9, 2010

::Mereka MenjeLing::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Comel tak plushies di atas tu, Comel kan, sudah lama saya menunggu kedatangannya akhirnya siap juga plushies yang saya tempah ini. Jika ada yang berminat mungkin boelh melihat di blog sini. Tetapi selalu tuan punya blog mengambil tempahan ketika cuti semester sahaja. 

Saya suka sangat plushies ni kerana cute sangat siap saling menjeling gitu. Yang penting My Luvly Luv pun suka. Terima kasih Kisz. Lepas ini tido memang tak lepas la. Macam budak-budak pula, yang penting ceria-ceriakan hidup anda. =)

Wednesday, December 8, 2010

BLOG PILIHAN MALAYSIA(BPM) 2010

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Agak lama juga saya tidak membuat entri baru untuk blog kesayangan saya ini. Hari ini tiba-tiba terasa hendak menyertai Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 ; Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah klik sini. 

Sebenarnya pada awalnya blog saya ini ditubuhkan sebagai mengisi masa lapang tetapi tiba-tiba terasa ingin berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Entri pertama saya bermula pada 3 Jun 2010 dengan tajuk entri Inilah Permulaan. 

Baiklah, sampai disini sahaja, kepada sesiapa yang berminat, anda masih ada masa. Ini kerana tarikh untuk menyertai telah dilanjutkan sehingga hari ini 8 Disember 2010 sehingga 3 petang. 

Jom ramai-ramai bersama-sama memeriahkannya. 

Friday, December 3, 2010

::Senyum::

Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya hanya ingin berkongsi lagu ini dengan semua. Saya suka sangat lagu ini, sweet sangat. My LuvLy LuV yang cadangkan lagu ini kepada saya. Layan...



'Jangan lupa senyum ye, bukan perlu membayar pun untuk senyum. Senyum itu kan sedekah.'

Thursday, December 2, 2010

::TaKut DigunTing::


Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya ingin bercerita sikit mengenai rambut. Dalam dunia ini, rambut manusia terdiri daripada macam-macam jenis, ada yang lurus, ada yang kerinting, ada yang ikal mayang, ada yang botak : opps, botak ada rambut ke? Jangan marah ya.

Saya ini bukanlah pakar penafsir yang boleh memberitahu makna disebalik rambut, tetapi saya nak berkongsi pengalaman di kedai rambut ketika saya menemani My LuvLy Luv memendekkan lagi rambutnya. Ketika sedang menunggu di sofa yang empuk yang membuatkan saya terasa hendak tido itu, tiba-tiba masuk satu keluarga ini yang membawa anak kecil mereka dalam lingkungan mungkin 8- 10 tahun. Anak lelakinya itu seperti ketakutan untuk masuk ke kedai rambut tersebut, terlintas di hati saya ini ‘Rupanya bukan adik saya seorang rupanye yang tak suka pergi kedai rambut dan menangis setelah rambut digunting’

Tidak lama selepas itu, memang betul apa yang saya sangka, budak lelaki itu membuat bising dan takut ingin digunting rambut. Saya tengok-tengok juga, mana la tahu gunting yang digunakan oleh tukang gunting itu, gunting rumput ke. Gunting biasa sahaja, mungkin apabila semakin dewasa hilanglah ketakutannya itu. Itu baru seorang pelanggan, belum lagi ditambah dengan pelanggan yang kalau boleh hendak bawa satu keluarga menggunting rambut tetapi hanya seorang yang ingin menggunting rambut.

Macam-macam perangai kan, agaknya kalau makin lama saya dikedai tersebut semakin banyak la perangai manusia yang dapat saya lihat. Boleh jadi pengkaji manusia macam ini. Sebelum saya menutup entri ini, saya ingin bertanya ‘Adakah anda mempunyai tukang gunting rambut kesukaan anda dan sanggupkah anda menunggu lama hanya untuk digunting oleh tukang gunting rambut tersebut?’

MERDEKA !



Assalamualaikum & selamat sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya telah merdeka. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Hari ini merupakan kertas peperiksaan yang terakhir buat semester ini. Walaupun tidak sampai dua minggu, tetapi tahap tekanan peperiksaan amat tinggi.

Bak kata Kak U, ‘tak pernah-pernah jerawat muncul di dahi ni sampai macam ini sekali’. Peperiksaan pun boleh menyebabkan jerawat ye? Mungkin semuanya terpulang kepada individu, yang penting saya sudah Merdeka! Yeiiii....

Jangan ditanya keadaan semasa peperiksaan. Yang berlalu biarkan ia pergi. Yang penting, berusaha sudah, sekarang hanya perlu bertawakal agar mendapat keputusan yang elok. Amin. 

Selepas ini saya ada masa sebulan untuk bersenang-lenang membesarkan badan dirumah pula. Ada misi yang menunggu saya di rumah. Harap-harap berjaya la. Okeylah, jumpe lain kali...

‘Semoga ceria-ceria selalu’

Monday, November 22, 2010

: Ia Semakin Hampir::



Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Oh... Hari peperiksaan semakin dekat, tiba-tiba terasa tertekan pula. Mana tidak tertekan kalau banyak lagi yang perlu dibaca sebelum menduduki peperiksaan.  Hanya tinggal beberapa hari saja lagi masa yang saya ada untuk menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran.
Harap- harap semuanya berjalan dengan lancar ye. Doakan saya.

Saturday, November 20, 2010

::Berbasikal::

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tahukah anda menunggang basikal? Ingatkah lagi, saat anda mula-mula belajar menunggang basikal? Mesti pelbagai kenangan sama ada sedih mahupun gembira terbayang-bayang di ingatan anda ketika ini. 

Jika ditanya kepada saya kenangan menunggang basikal, memang banyak kenangan saya ketika menunggang basikal. Kenangan mula-mula belajar berbasikal dengan menggunakan roda tambahan, kemudian sudah boleh berbasikal tanpa roda tambahan dan seterusnya mula beranikan diri berbasikal tanpa memegang pemegang basikal. Bila diingatkan kembali, beraninya saya jika dulu pernah berbasikal tanpa memegang pemegangnya. 

Sila jangan meniru kelakuan ini ya. Bahaya sangat bile diambil kira sekarang, bukannya tidak pernah jatuh tetapi bak kata orang 'tak pernah serik'. Sebenarnya saya bercerita mengenai basikal kerana semalam saya bersama ibu dan rakan-rakannya berbasikal mengelilingi kampung sebagai salah satu aktiviti riadah di waktu petang. 

Apabila berbasikal seperti itu, teringat pula kenangan berbasikal bersama rakan-rakan. Berbasikal mengelilingi kampung, berbasikal untuk pergi ke kelas tusyen dan lain-lain lagi. Seronok sangat walaupun tidak lari daripada rasa penat mengayuh basikal. Semoga aktiviti berbasikal ini dapat diteruskan untuk memastikan badan sentiasa sihat serta dapat mengeratkan silaturrahim sesama rakan. 

Wednesday, November 17, 2010

::Selamat Hari Raya Aidiladha::

Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sempena hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua. Dalam asyik sibuk mengorbankan haiwan, fikir-fikirkan juga apa pengorbanan yang kita telah lakukan sepanjang tahun ini...

Tuesday, November 16, 2010

::SedaPnYe Aiskrim::



Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya sudah kembali. Segala kesedihan serta jiwa yang kacau hilang dibawa angin pantai. Hari ini saya rasa ingin bercerita mengenai aiskrim lah. Siapa suka makan aiskrim angkat tangan? Siapa tidak suka makan aiskrim? Tidak kisah lah sama ada anda suka makan aiskrim atau tidak, saya tetap ingin bercerita mengenai aiskrim kerana saya suka makan aiskrim.

Saya suka makan aiskrim kerana nikmatnya apabila aiskrim masuk ke dalam mulut dan ia cair dalam kehangatan mulut. Lazatnya, terasa nak makan aiskrim pula. Walhal, beberapa sebelum ni pun saya baru sahaja makan aiskrim dengan My LuvLy Luv. Sedap sangat walaupun aiskrim tu cepat sangat cair sehingga tangan comot dan yang malangnya kasut My LuvLy Luv terkena aiskrim. Dah la kasut berwarna putih, kesian My LuvLy Luv terpaksa membasuhnya pula.

Saya pernah terbaca di sebuah majalah bahawa jika anda mengalami tekanan, aiskrim boleh menjadi ubat terbaik menghilangkan tekanan. Tetapi jangan lah makan secara berlebihan pula, saya takut tekanan hilang tetapi sakit gigi pula yang datang. Baiklah, sampai disini saja, terasa nak makan aiskrim lak. 


'Sebelum melakukan sesuatu perkara, ingatlah orang tersayang. Mungkin ada hati yang akan terluka jika terlalu mengikut kata hati. Yang pasti, makan aiskrim tidak akan menyakiti hati sesape...hehe' 

Saturday, November 13, 2010

::Jiwa Kacau::

Assalamualaikum & salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya tidak ingin menulis banyak. Hanya buat sementara waktu ingin cuba mencari diri yang hilang dan ketenangan semula. 

Jiwa kacau
Hati beku
Langkah sumbang
Suara nyaring
Fikiran dan hati berserakan

Monday, November 8, 2010

:::JangaN BerSedih SayangKu:::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Dalam hidup ini kita tidak boleh lari daripada merasa suatu perasaan yang menyakitkan iaitu SEDIH... Siapa yang suka besedih, siapa yang suka menangis? Jika ditanya soalan ini pasti jawapannya TIDAK. Tiada siapa suka dirinya dibelenggu perasaan sedih. 

Kita menangis apabila melihat orang lain menangis dan kesedihan tetapi apabila orang yang kita sayangi itu bersedih, ia bukan setakat kita menangis sama tetapi sakit hingga ke hati yang kita rasai. Saya tidak suka melihat orang yang saya sayangi bersedih, tetapi kita ini manusia biasa yang tidak dapat lari daripada rasa sedih. Semoga kekasih hatiku lebih tabah menghadapi ujian ini. Anggaplah ini dugaan buat hubungan kita. 

Jika ada sesiapa yang sedang bersedih juga, mungkin tips di bawah ini serba sedikit dapat membantu meringankan rasa yang dialami itu. Mungkin bukan semua tip ini dapat digunakan kerana punca sedih yang dialami oleh setiap orang bukanlah serupa.



 Latih Minda Melupakan Kenangan Pahit.    
                                     
Bunyinya senang nak dibuat, tapi perlu diaplikasi berterusan. Mengaku saja Anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam yang lalu, betul tak? Kita kena cut connection feeling kita dengan emosi yang lalu. Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! Bulatkan azam untuk memfokus kepada masa depan Anda, cita-cita Anda, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan. Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.                           
                                                                  
                 
 Buang Sikap Risau.              
                                               
Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal


Belajar Rajin Bersyukur.  
                                                     
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur (dan bukannya bangun terus sakit jantung mahpun sudah berada di ALAM KEDUA), Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunya hanphone kesayangan Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. Buat banyak kali dalam sehari.    
    



Belajar Menjadi Pemaaf.  
                                                     
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati dari perasaan negatif dan emosi-emosi negatif (takut, sedih, kecewa. gusar, menyampah, marah, geram, cemburu, tak puas hati, dendam, busuk hati). Seterusnya, meneutrakan gekombang fikiran negatif yang melekat bersarang di minda Anda. Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.          
                                                       
                                                                                   
 Ketawa, ketawa dan terus ketawa.                        
                       
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda girang. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…
                       
                                                            
Ubah Fikiran                     
                                              
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara  bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya. Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan. Buat apa fikir yang buruk sedangkan Anda boleh tarik semua yang baik-baik? Fikir yang buruk, Anda dapat yang buruk jawapnya. Ini hukum alam dinamakan hukum sebab dan akibat. Dalam kata yang lebih advance, itu hukum Law Of Attraction.           
 
                                                                                  
Hati Mesti ‘Keras’.    
                                                       
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka. Allah menurunkan musibah, permasalahan dan macam-macam lagi bukan sekadar dugaan, tapi balasan pada perbuatan-perbuatan Anda di masa lalu. Buat baik, dibalas baik, begitu juga sebaliknya. Cuba ingat balik kejahatan kecil yang Anda lakukan pada orang lain, mungkin ada walau Anda tak sedar. Itulah perlunya kita bersikap baik dan berfikir yang baik-baik pada semua orang, benda, perkara, situasi dan keadaan.                                                     
                                                                                   
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada keesokan harinya. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.                       
                                                                                   
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.     
                                                                                   
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.



'Semoga kesedihan itu hilang dan hari baru yang membawa sinar kebahagiaan pula mewarnai hidup anda'

Sunday, November 7, 2010

::TahuKah Anda::

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

TAHUKAH ANDA ?

TAHUKAH ANDA ? Air yang dimasak di atas dapur dapat mendidih dengan cepat jika dimasukkan gula kedalamnya.

TAHUKAH ANDA ? Paus biru boleh menghasilkan bunyi yang kuat sehingga 188desibel. Ini adalah bunyi paling kuat pernah dihasilkan oleh haiwan dan boleh dikesan sejauh 852.9 kilometer.

TAHUKAH ANDA ? Tulang paling kecil dalam tubuh manusia adalah tulang yang terletak di telinga tengah berukuran 0.28 sentimeter panjang.

TAHUKAH ANDA ? Dengan hanya menggunakan sabun buku mandi ia lebih mudah menanggalkan dakwat pen yang terpalit pada pakaian.

TAHUKAH ANDA ? Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

::Dia Itu...:


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

HIPOKRIT ! Saya, kamu, mereka, semuanya hipokrit. Seseorang pernah berkata kepada saya 'Manusia di muka bumi ini merupakan pelakon, pentasnya kehidupan dan penontonnya; mereka-mereka yang berada di sekeliling iaitu saya, kamu dan mereka...'

Kenapa manusia selalu menuduh orang lain hipokrit kerana sikap mereka yang berubah, adakah mereka tidak pernah hipokrit. Cuba renung dan fikirkan, adakah sikap anda bersama ahli keluarga 100% serupa ketika anda bersama rakan-rakan. Cuba juga fikirkan, adakah anda pernah hipokrit dengan diri sendiri.

Bukankah hipokrit itu ialah berpura-pura, tidak pernahkah anda berpura-pura semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Tidak pernahkah anda berpura-pura semata-mata untuk dipandang baik atau diterima oleh orang lain, walhal anda bukanlah orang yang sebegitu. Janganlah suka menunding jari kepada sesiapa kerana satu jari kita tunding kepada orang lain, empat jari kembali semula menunding kepada kita.

Tiada niat di hati saya untuk menujukan entri ini kepada sesiapa. Hanya menyatakan pendapat sahaja. Maaf jika ada menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Friday, November 5, 2010

:::Mata itu:::


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Mata itu
Pandangan mata itu
Panahannya terus sampai ke hati
Tidak tersasar
Tepat ke situ
Tepat letaknya hatiku

Orang kata, dari mata jatuh ke hati. Saya pasti semua orang pernah bercinta. Tidak kira sama ada cinta itu terbit sebelum kahwin mahupun selepas kahwin. Masih ingatkah anda, detik ketika anda menyedari bahawa anda sudah jatuh cinta. Detik ketika hati itu berdegup kencang melihat sepasang mata yang membuatkan anda tidak senang duduk.

Setiap perkenalan pasti mempunyai kisahnya yang tersendiri. Saya mempunyai kisah saya sendiri dengan My LuvLy Luv. Biarlah ia menjadi rahsia peribadi tetapi yang pasti, saya mengakui kebenaran kata-kata ini :
' Jangan Terlalu Menyayangi Seseorang,
Mungkin Kelak Kita Akan Membencinya,
Jangan Terlalu Membenci Seseorang,
Mungkin Kelak kita akan menyayanginya.'
Sejak itu, saya lebih berhati-hati dalam menilai seseorang serta tidak mudah menghakimi seseorang. Kerana belum tentu setiap apa yang kita pandang itu memberitahu perkara yang sebenar. Pandangan mata itu kadangkala boleh memberitahu kebenaran dan boleh juga mempermainkan kita.



#Kerna mata itu, aku jatuh cinta padamu

Thursday, November 4, 2010

:::aDa keseDaran:::

Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua

Sampah.. Ya, sampah. Apa definisi sampah ? Sampah adalah suatu bahan yang terbuang atau dibuang dari sumber hasil aktivitas manusia maupun proses alam yang belum memiliki nilai ekonomis. Adakah anda punya kesedaran untuk tidak membuang sampah merata-rata. Mungkin anda boleh mencontohi rakan kita ini,

Kenapa saya bercerita mengenai sampah, ini kerana semakin lama sampah semakin mengambil ruang di muka bumi ini. Saya bimbang suatu hari nanti kita terpaksa bersaing dengan sampah untuk mencari tanah sebagai lokasi kediaman.

Sudah pelbagai program seperti kempen kitar semula yang dijalankan, tetapi sudahkah masyarakat Malaysia sedar akan kepentingannya. Sendiri mau ingat ya!

SyokNye Tido...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini saya nak kongsi gambar c comey ini dulu. Kucing sepupu saya ini, pagi-pagi dah melawat rumah saya dan sambung tido pula bila tiada siapa yang nak layan. Comey kan ?

Gemok sangat...


Nak mengeliat agaknya...


Kenapa eik kaki depan macam tu...

Tuesday, November 2, 2010

Tak Nak...!!!

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

TAK NAK!!! Perkataan ini sudah sering kita dengar dan lihat samada dicorong radio, televisyen mahu iklan. Bukan sehari mahupun baru setahun kempen itu dijalankan. Sejak Februari 2009 lagi kempen ini telah dilancarkan tetapi hasilnya? Saya sedih dan marah melihatkan mereka yang tidak menyayangi diri sendiri. Bukan tiada orang disekeliling saya yang merokok. Sudah berbuih mulut ini berkata-kata. Mereka bukannya kanak-kanak yang tidak faham, yang perlukan penerangan lebih terperinci.

Di kotak-kotak rokok dan iklan di televisyen juga sudah cukup untuk menunjukkan kesan rokok kepada mereka serta orang sekeliling. Jika tiada rasa sayang pada diri sendiri, sayangilah orang sekeliling anda. Saya seringkali melihat bagaimana seorang ayah yang MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI dengan merokok ketika anak yang masih kecil di dukungannya. Tidak sedarkah mereka bahawa anak mereka itu masih kecil dan baru sahaja ingin mengenal dunia. Kenapa cemari mereka dengan udara yang tidak sihat.

Tabiat merokok boleh membunuh 1 billion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 billion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

  • Setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
  • Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
  • Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
  • 60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
  • Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
  • Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
  • Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
  • 30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
  • 90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.

Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:

Fakta sepintas lalu

  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
  • Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
  • Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
  • Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Tidak cukupkah lagi dengan bahaya dan kesan yang akan diterima untuk dijadikan motivasi kepada para perokok ini berhenti merokok serta memulakan hidup yang lebih sehat. Cuba tanya kepada diri sendiri. Sedapkah rasa rokok itu sehingga tidak dapat meninggalkan ketagihan rokok itu? Jika dikira dan dihitung, apakah yang dapat dibeli dengan duit pembelian rokok tersebut setiap tahun?

Fikir-fikirlah, jika tidak menyayangi nyawa anda, sayangilah insan sekeliling anda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...