Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...
Tinggal dua hari sahaja lagi untuk kita menjengah ke tahun baru. Setelah selama 365 hari kita menjalani hari-hari pada tahun 2010 ini. Setiap kali munculnya tahun baru, setiap orang pasti akan mula memasang azam baru.
Tetapi,
sudahkah azam pada tahun 2010 ini terlaksana. Jika belum terlaksana, adakah kita telah berusaha untuk melaksanakan azam itu sehingga berjaya. Mungkin ada antara azam kita itu memerlukan masa untuk kita berjaya mengotakan azam kita itu. Azam tahun baru selalunya dibina untuk memberi motivasi dan dorongan kepada diri sendiri supaya berusaha untuk lebih maju dan berjaya dalam kehidupan. Jika setiap tahun baru hanya memasang azam tetapi tiada usaha untuk melaksanakan serupalah tiada motivasi dalam diri sendiri.
Semoga tahun baru yang akan muncul ini akan membawa seribu satu pembaharuan kepada diri kita, agar menjadi insan yang berjaya dan berguna. Jika ada azam yang tidak terlaksanakan, jangan cepat berputus asa, berusaha dan terus berusaha agar ianya terlaksana.
No comments:
Post a Comment