Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Saturday, December 11, 2010

::Dapur Ku?:

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya hendak berkongsi sedikit hari saya yang mungkin berkaitan sedikit dengan dapur. Kenapa hendak bercerita mengenai dapur pula ye, mungkin kerana sudah beberapa hari semenjak cuti semester saya sudah menjadi chef baru kat rumah ini agaknya. Jangan sangka pula, saya menggunakan perkataan 'chef', ada yang ingat saya pakar masak. Hendak dikatakan pakar, belum sampai ke tahapnya tetapi kalau memasak untuk mengisi perut yang lapar memang macam pesta la dapur ibu saya kerjakan. Hehehe. =)


Jika dibandingkan masakan ibu dengan masakan sendiri, bagai langit dengan bumi, masakan ibu juga yang paling sedap. Walaupun sebenarnya ibu hanya menggoreng telur. Opps, jangan cakap pasal makanan, nanti ada pula perut yang berbunyi kelaparan. 

Rasanya, pasti setiap orang pernah mendengar kalau masak didapur jangan menyanyi nanti dapat lelaki tua. Lepas tu mula la kalau anak dara yang menyanyi teringat pesanan tu terus tutup mulut. Tetapi masih adakah anak dara yang mengingati pesanan itu, entah-entah bila dinasihat jawapan mereka ' Ala, kalau dapat lelaki  tua tetapi banyak duit, ok gak'. Hurm, kalau jawapan sebegitu, bagaimana ya?

Jika difikirkan kembali, kenapa laranga itu di berikan kepada kita, sudah semestinya orang tua tidak mahu kita leka ketika masak dan merosakkan masakan yang ingin dimasakkan. Sebenarnya, penat menyediakan makanan untuk ahli keluarga memang berbaloi lebih-lebih lagi apabila melihat mereka makan dengan seronok dan lebih-lebih lagi bertambah-tambah pinggan. Agaknya itulah perasaan iu setiap kali melihat lauk masakannya habis dimakan ahli keluarga. 

Silap-silap selepas ni saya asyik nak masak pula, ye la, dah seronok tengok keluarga seronok makan masakan sendiri. Mungkin lepas ini patut cuba menu masakan baru lak. Menu apa pula ye?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...