Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 13, 2010

:Lambat La::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya teringin berkongsi sedikit pengalaman sewaktu saya dan sahabat saya makan di suatu kedai. Saya pasti bukan saya sahaja yang pernah mengalaminya tetapi anda juga pasti pernah mengalami. Apa yang saya merepek mengenai perkataan 'mengalami' ini. Sebenarnya saya ingin mengatakan tentang servis atau layanan yang lambat oleh sesetengah kedai makan. Bayangkan ketika kami sampai di kedai tersebut lebih kurang pukul 9.30 malam, mula-mula sampai kami terus ditanya oleh pelayan tentang menu yang ingin di order. Kemudian tidak sampai 5 minit, air pun sampai. Saya sudah berkata-kata dalam hati 'Bagus juga, cepat juga servis kedai ini'. 

Tetapi yang saya tidak sangka rupanya
kami terpaksa menunggu hampir 40 minit sebelum makanan kami sampai. Jika di ikutkan hati memang terasa hendak batalkan sahaja pesanan yang dibuat oleh kerana sudah lama tidak makan mee bandung di situ. Sabar menunggu jugalah saya di situ. Memang saya akui, mee bandung di situ adalah yang terbaik dan ada UMPHH kata orang. Kalau nak ikutkan servis kedai itu memang cepat sebelum ini. Tetapi entah la, tidak saya tahu kenapa lambat sangat pada malam itu. 
Saya ingat lagi, pernah saya bersama keluarga ingin makan di satu kedai dan itu merupak yang pertama dan terakhir kami pergi ke kedai tersebut. Ini kerana walau sudah membuat pesanan dan menunggi lama nemun kehadiran walau segelas air tidak kunjung tiba. akhirnya tanpa menunggu lama, kami hanya meninggalkan tempat itu begitu sahaja.

Kadang kala saya terfikir juga, apakah yang menyebabkan kedai-kedai ini kadangkala memberikan servis yang begitu lambat. Saya tidak ingin membandingkan kedai-kedai makan ini dengan restoran segera tetapi seharusnya kedai-kedai ini harus tahu cara-cara ingin menangani masalah ini agar memberikan servis yang baik serta pelanggan tidak lari. Jika makanan sedap tetapi servis lambat, memang selepas ini berfikir banyak kali dulu la kalau nak makan di situ.

Walau apa pun, ceria-ceriakan diri anda. Dan jangan lupa Undi no 352 dan adik saya no 85 untuk Blog Baru Pilihan Malaysia 2010 di sini

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...