Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, December 17, 2010

::Tarik Pusat::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya ingin menulis mengenai pusat boleh tak? Ada ke orang yang akan melarang saya menulis mengenai pusat. Saya yakin anda pasti tahu apa itu pusat dan di mana kedudukannya. Ye la, pusat itu lah yang dengan bantuan tali pusat menjadi tempat penyambung antara ibu dan kita semasa kecil lagi. Dari situlah kita menerima makanan yang diperlukan ketika masih dalam kandungannya.

Sebenarnya saya mempunyai pengalaman yang cukup menarik mengenai pusat.Ceritanya begini,
petang semalam ketika berbuka puasa bersama ibu, adik saya yang bongsu pun turut serta menikmati makanan yang disediakan. Entah macam mana tiba-tiba terbuka cerita mengenai pusat. Ini perbualan kami;

Ibu : kalau pusat dalam maknanya dapat orang jauh dan kalau pusat tersembul atau lubang tak dalam maknanya dapat jodoh dekat.

Kemudian adik terus tengok pusat dia,

ibu : ha, adik dapat orang jauh la tu, pasal pusat dalam.
Adik: ye kew...(muka dah pelik), abis kalau orang dekat, macam mana nak tarik pusat terkeluar biar dekat.
Ibu & saya: Hahahaha...mana boleh tarik pusat keluar...

Memang tersedak juga la saya mendengar kata-kata adik yang nak tarik pusat keluar kalau dapat orang dekat. Lepas tu saya pun terangkan la, itu semua perumpamaan. Jodoh kita semuanya sudah ditetapkan oleh tuhan. Semuanya bergantung sama ada cepat atau lambat kita berjumpa dengan jodoh kita itu. 

Kita mungkin akan berjumpa dengan orang yang salah dulu sebelum berjumpa dengan orang yang betul, kita juga mungkin bersedih dahulu barulah berbahagia di kemudian hari. Semuanya sudah ditetapkan oleh nya, namun kitalah yang akan mencorakkan kehidupan ini. 

'Sentiasa gembira dan berfikiran positif ' 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...