Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 6, 2011

::AwarD::


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entri kali ini saya ingin menjawab sedikit soalan setelah menerima award yang di tag oleh Syakirah

Apa nama kamu punya blog?:
Amariss Gurl’z

::Lucky Draw; Sukasuki2::


Assalamualaikum & Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tadi mase jalan-jalan di blog kawan-kawan ternampaklah Lucky Draw yang dibuat Sukasuki2. Kalau sesiapa yang ingin mencuba nasib bolehlah ke link ini

Tarikh tutupnya sehingga 11/01/11, sesiapa yang ingin menyertai masih ada masa. Jom..jom..

::penCuri HatiKu::


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Entri kali ini saya hanya ingin berbicara tentang pencuri hati saya ini iaitu My Luvly Luv. Kenapa saya ingin berbicara mengenai My LuvLy Luv kerana dia sangat rajin mengelap motor kesayangan saya ini. Sebenarnya saya yang meminta pertolongannya. Tetapi bak kata orang kerana cinta bukan hanya mengelap motor, tetapi satu motor sayang basuhkan..hehehe

Tuesday, January 4, 2011

::TeruS BerJuang::



Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Setelah hampir sebulan menternak badan yang semakin lama semakin kembang di rumah, nampaknya saya perlu kembali menjalankan tugas sebagai seorang pelajar lagi. 

Saya perlu meneruskan perjuangan sebagai pelajar semester akhir, yang mungkin agak santai jika dilihat pada jadual waktu tetapi memerlukan usaha lebih demi menyempurnakan 'tesis'. 

 Sempena bahang tahun baru dan azam baru yang masih terasa, rajin-rajinkan lah diri anda, kerana semuanya terletak kepada diri sendiri. Masa sentiasa bergerak dan ia tidak akan pernah berhenti untuk menunggu kita, oleh itu jangan membuang masa. =) 

Monday, January 3, 2011

:: 2011::


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Walaupun agak terlewat, namun saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011. Pada permulaan tahun ini, mulakan lah tahun anda dengan azam yang baru yang lebih segar untuk memotivasikan diri.

Mungkin ada azam dari tahun lepas yang dibawa tahun 2011.Tidak kisah lah dengan semua itu, yang penting ialah diri sendiri kerana semuanya terletak di bahu anda. 

Oleh itu, mulakan tahun ini dengan lebih bermotivasi, semoga apa yang diimpikan tercapai. Senyum-senyum selalu. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...