Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...
Hari ini terasa nak bercerita tentang pasar malam lak. Kenapa eik, mungkin kerana kalau dalam seminggu tak pergi pasar malam tak sah, mesti pergi. Lagipun semalam baru pergi pasar malam dengan Cik A dan Cik H. Kalau nak ikutkan, dulu saya tidak la berapa gemar untuk pergi ke pasar malam, kerana keadaannya yang agak sesak dengan orang ramai. Entah kenapa sekarang saya boleh berkompromi dengan keadaan tersebut.
Sebenarnya, orang sekeliling kita akan mempengaruhi kita serba sedikit tanpa kita sedari. Saya sendiri perasan jika saya berjalan dengan rakan-rakan di pasar malam pasti kami akan membuat pusingan dahulu dan membeli makanan di tempat yang kami selalu beli. Ia bagaikan satu rutin mingguan, bagaikan susah untuk bertukar selera dan mencuba di gerai yang lain apabila berkaitan dengan menu untuk membeli makanan.
Mungkin kerana takut membeli makanan yang kurang enak rasanya membuatkan kami kekal dengan makanan yang sekali kami rasa sedap dan kekal dengan menu tersebut. Tetapi semua itu bergantung kepada individu itu sendiri. Ada juga yang berani untuk merasa menu yang baru dan sanggup mengambil risiko untuk mencuba.
Selain kepelbagaian menu di pasar malam, saya juga ingin menyentuh sikap segelintir manusia di pasar malam. Sudah lama saya perhatikan, kenapa mesti ada ibu yang sanggup membawa anak yang masih kecil atau boleh dipanggil bayi untuk meminta sedekah. Kenapa harus anak kecil itu dipergunakan, tidak kasihankah mereka apabila mempergunakan mereka. Huh, berapakah wang yang mereka perolehi setiap hari, tak sanggup untuk saya fikirkan. Pihak manakah yang sanggup memperlakukan mereka sebegini?
Saya teringat beberapa hari yang lepas semasa berjalan di pasar malam, ada seorang peminta sedekah yang kudung kakinya, kemudian seorang peniaga gerai bertanya kepadanya 'Macam mana awak datang sini?', pengemis tersebut hanya tersenyum dan tidak menjawab pertanyaan orang tersebut walaupun diajukan soalan tersebut berkali-kali. Bayangkan seorang yang kudung kaki dan bergerak menggunakan tangan, tanpa bantuan orang lain pasti bukan mudah untuk mereka pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Pada andaian saya pasti ada insan yang bertanggungjawab membawa serta mempergunakan mereka untuk kesenangan diri sendiri.
Adakah tiada peluang buat pengemis-pengemis ini untuk membina suatu kehidupan tanpa perlu bergantung hidup atas ihsan orang lain. Adakah ini takdir mereka atau mereka yang mencorakkan perjalanan hidup mereka untuk menjadi sedemikian. Semoga perjalanan kita dipermudahkan serta segala impian dan cita-cita kita akan tercapai.

No comments:
Post a Comment