Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Sunday, August 29, 2010

++ PerTama Kali ++

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Hari ini merupakan hari yang ke-18 kita sebagai umat islam berpuasa di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Sepanjang bulan puasa ini, waktu berbuka puasa merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh semua dan jika boleh bermacam-macam juadah berbuka puasa yang ingin disediakan. Semalam, 28 Ogos, saya berpeluang untuk berbuka puasa bersama My LuvLy Luv dan kelab keretanya. Ini pertama kali buat saya menyertai aktiviti berbuka puasa sebegini.

Memang meriah, ramai yang hadir dan komitmen yang diberikan juga amat menggalakkan, itulah yang dapat saya gambarkan secara keseluruhan apa yang berlaku semalam. Aktiviti ini juga melibatkan ahli kelab dari negeri lain juga. Apabila saya mengetahui bahawa kelab ini melibatkan ahli dari negeri lain seperti Johor, Melaka, dan Selangor, saya bangga terhadap mereka, kerana mereka sanggup datang dari jauh memberi komitmen semata-mata untuk mengeratkan silaturrahim yang telah terjalin antara mereka.

Betullah kata My LuvLy Luv, mereka bagaikan sebuah keluarga yang ditemukan kerana minat terhadap jenis kereta yang serupa. Saya sendiri turut berpeluang untuk merasai perasaan itu serta berkenalan dan mendapat rakan baru semasa mengikuti aktiviti ini. Memang seronok dapat berkenalan dengan mereka. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti lain yang diadakan dan yang paling tidak disangka ialah saya dan My LuVLy Luv mendapat hadiah untuk 'Couple' semalam. Memang tidak kami sangka, mungkin rezeki kami pada hari itu agaknya.

Saya tahu dengan adanya aktiviti sebegini dilakukan ia dapat meluaskan lagi pergaulan kita antara satu sama lain. Saya berterima kasih kepada My LuvLy Luv kerana memberi peluang kepada saya untuk turut merasa pengalaman yang amat berharga ini. Disini saya turut sertakan sedikit kenangan saya bersama rakan-rakan dan My LuvLy Luv.

My LuvLy Luv bersama-sama rakan-rakannya.


Saya bersama rakan-rakan baru saya.


Saya bersama rakan-rakan yang lain.


Bergambar sebentar selepas berbuka puasa.


Saya bersama My LuvLy Luv semasa mendapat hadiah 'Couple'.

Wednesday, August 25, 2010

# Untuk Cik K #

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua. Hari ini 25 Ogos merupakan Hari Ulang Tahun Sahabat saya, Cik K. Oleh itu saya buat khas untuknya.


Sahabat, semoga dirimu sentiasa gembira dan jauh daripada kesedihan. Terima Kasih kerana menjadi sahabat saya. Sayang kamu wahai sahabatku.

Tuesday, August 24, 2010

KasuT Oh Kasut...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua.

Hari ini merupakan hari ke-15 kita sebagai umat islam berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak ini. Mesti ada antara kita yang sudah mula berkira-kira untuk membeli belah dimana dan apa yang ingin di beli sempena Syawal yang akan tiba tidak lama lagi. Kalau boleh, hendak baju baru, kasut baru, dan kalau boleh semuan
ya lah yang baru. Rasanya kalau tidak berkesempatan untuk membeli suatu yang baru untuk dipakai ketika Syawal, dirasakan tidak lengkap.

Tapi rasa-rasanya jika bukan kerana ingin menyambut apa-apa perayaan pun kita masih akan membeli-belah. Pantang nampak barang yang cantik dan murah sikit pasti terasa nak membuka dompet untuk membelinya. Antara barang yang paling kerap di beli oleh saya ialah kasut. Agaknya kalau dikumpulkan dan dikira bilangan kasut, entah berapa banyak agaknya. My LuvLy Luv selalu kata, 'Asyik beli kasut je, entah berapa banyak la kasut awak kat rumah agaknya'. Saya hanya tersengih je.

Memang saya sendiri akui, perempuan memang tida
k boleh berenggang dengan kasut. Kawan-kawan saya dan termasuk saya juga kalau boleh stok kasut mesti tidak kurang daripada tiga...hehe. Kalau boleh baju merah mesti ada kasut merah, mesti ada warna-warna yang tertentu. Itu belum lagi termasuk jenis kasut, kalau boleh mesti ada kasut tumit tinggi, sandal, kasut tutup penuh, dan macam-macam lagi la.

Kasut sudah menjadi sesuatu keperluan yang perlu dipakai sebelum melangkah keluar dari rumah. Tetapi agaknya, masih ada atau tidak orang yang tidak memakai kasut apabila keluar daripada rumah ya? Adakah mereka seperti ini...

Agaknya, jika kita berjalan di bandar mahupun shopping kompleks tanpa kasut pasti kita akan kelihatan seperti orang zaman batu kan. Baju dah elok cantik-cantik tetapi berkaki ayam pula. Walaubagaimanapun, yang penting ialah memilih kasut yang sesuai dengan tubuh badan dan kehendak, supaya tidak mengakibatkan kesan negatif kepada diri sendiri.


* Selamat bershopping, tetapi jangan sampai berlebih-lebihan dan membazir pula.

Monday, August 23, 2010

Aku Wanita BiaSa...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini terasa nak layan lagu Kris Dayanti - Aku Wanita Biasa. Saya pun wanita biasa, yang tidak lari daripada membuat kesilapan. Saya tahu kadang kala mulut ini begitu laju menuturkan kata-kata yang tanpa kita sedar telah menyakiti hati insan yang kita sayangi. Saya menyayangi nya, tetapi kadangkala saya membuat kesilapan dan menyakiti hatinya sama ada kita sedar mahupun tidak. Maafkan saya jika pernah menyakitimu...



Lirik Aku Wanita Biasa - Krisdayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..


# Saya Sayang awak, My LuvLy Luv...

Sunday, August 22, 2010

::: BubUr LamBuk Oh BuBur LamBuk :::


Assalamualaikum & Salam semua...

Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua disamping memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dalam bulan yang penuh mulia ini.

Hari ini dapat juga untuk saya merasa bubur lambuk hasil masaka
n pelajar kolej kediaman saya ini. Bubur lambuk merupakan makanan yang popular ketika di Bulan Ramadhan yang mulia ini. Hampir setiap masjid selalunya akan memasak bubur lambuk dan disedekahkan kepada sesiapa sahaja. Tidak sabar rasanya ingin merasa bubur lambuk yang saya baru terima semasa dalam perjalanan ke blok asrama tadi. Agaknya apabila bulan puasa ini, semua makanan kita rasakan sedap dan terasa mahu makan, lebih-lebih lagi ketika membeli juadah berbuka puasa.

Baiklah saya tidak mahu berceloteh panjang. Selamat Berbuka Puasa, Jangan lupa doa...





++ RamaDhan : KenaNGan Kad RayA & SeTeM ++




Assalamualaikum & Salam semua...

Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua disamping memperbanyakkan amal ibadah kepada-Nya dalam bulan yang penuh mulia ini...

Hari ini merupakan hari ke-12 kepada seluruh umat islam menjalani ibadah puasa dan hampir setengah bulan Ramadhan kita berpuasa. Saya rindukan kemeriahan ketika saya masih di alam kanak-kanak menyambut bulan puasa dan syawal yang akan tiba. Teringat bagaimana susahnya ibu perlu mengejut kami adik beradik untuk bangun sahur dan keadaan kami masing-masing yang termenung apabila mencari 'mood' untuk makan sahur. Bila diingatkan lagi memang lucu. Memang tidak dapat dilupakan.

Satu lagi perkara yang saya rindukan ialah kiriman kad raya yang pada masa dulu begitu meriah dan dinanti-nantikan. Dahulu, apabila tibanya bulan Ramadhan dan bermulanya puasa, kami adik-beradik akan mula untuk membeli kad-kad raya untuk dihantar. Selalunya, selepas sahaja bersahur, kami akan menulis ucapan dan alamat untuk dihantar kepada orang yang ingin kami berikan.

Ketika inilah ibu menjadi tempat pertanyaan kami ayat yang sesuai untuk ditulis dalam kad tersebut manakala ayah sering menjadi tetamu pejabat pos kerana perlu membeli setem dan menghantar kad-kad raya kami untuk di pos. Seronok sungguh ketika itu, tetapi ada lagi perkara yang menyeronokkan kami, iaitu menunggu balasan kad-kad raya kami. Saya ingat lagi semasa menulis kad-kad raya ini kami pasti tidak akan lupa menulis *Jangan lupa balas * dan kesannya, setiap hari kami akan menunggu posmen datang menghantar surat. Posmen ketika itu bagaikan orang yang penting pada kami dan kami akan bersaing untuk cuba menjadi yang pertama mengambil sebarang surat yang dihantar. Lucu kan, tetapi itulah yang pernah terjadi. :-p

Akhirnya apabila tibanya akhir Ramadhan, kami adik beradik akan mengira jumlah kad raya yang kami terima dan siapa yang paling banyak menerimanya yang kunun-kununnya orang tersebutlah yang paling diminati. Kemudian, kami akan menghias rumah dengan kad-kad raya yang kami terima di dinding-dinding rumah kami. Lucu, apabila diingat kembali, tetapi ia akan jadi memori terindah buat antara kami adik beradik.

Tetapi, itu semua dulu, sekarang terdapat pelbagai kemudahan lain yang lebih cepat dan yang paling penting tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak. Sekarang, kita lebih selesa menghantar ucapan hari raya dengan hanya penghantaran melalui E-mail, SMS, dan Facebook. Ia lebih cepat dan mudah, namun ia sukar untuk disimpan sebagai kenangan. Kecanggihan dunia sekaranglah, kadangkala mengubah persepsi dan kemeriahan sambutan perayaan pada masa sekarang. Selain itu, mungkin kerana kos yang perlu kita laburkan untuk membeli kad dan setem juga menjadi puncanya.

Walaubagaimanapun caranya kita menghantar ucapan-ucapan ini, saya pasti tujuannya hanya satu iaitu berkongsi rasa dan mengeratkan hubungan silaturrahim disamping menunjukkan bahawa mereka juga diingati oleh kita. Walaupun jauh namun masih dekat di hati. Saya menyayangi ibu, ayah dan adik-adikku... Saya merindui mereka...

Friday, August 20, 2010

::: MenGApa iNi TerjaDi :::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Selamat berpuasa buat semua, hari ini genap 10 hari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa. Puasa ini bukan setakat mengajar kita untuk menahan lapar dan dahaga tetapi turut menuntut kita daripada melakukan perbuatan yang tidak elok dengan menjaga pandangan, hati, kata-kata dan perbuatan. Tetapi alangkah baik jika kita dapat mempraktikkan perkara tersebut terus walaupun Bulan Ramadhan yang mulia ini telah berlalu. Saya bukanlah bertujuan untuk mengajar tetapi sebagai peringatan kepada diri sendiri juga.

Sebenarnya, pada tulisan saya kali ini saya ingin menyentuh sedikit mengenai isu yang seperti tiada penamatnya. Isu pembuangan bayi, yang bagaikan tiada belas kasihan dari manusia yang melahirkannya. Saya tidak boleh untuk memanggil mereka yang membuang anak mereka sebagai ibu. Panggilan ibu itu sangat mulia dan tidak patut diberikan kepada mereka yang tidak berhak. Apakah perasaan mereka agaknya apabila anak yang dikandung dibuang begitu sahaja selepas mereka mengandungkan mereka selama 9bulan. Tidak sedihkah mereka ?

Kita selalu melihat di dada-dada akhbar bagaimana bayi dibuang dengan begitu kejam seperti tiada perikemanusiaan. Bukankah bayi itu masih suci dan berhak untuk melihat dunia. Bukankah bayi yang baru dilahirkan amat comel sekali. Mungkin bayi itu tidak perlu melihat dunia untuk mengetahui siapakah keturunan dan asal usulnya nanti.

Jika mereka tidak mahukan anak, kenapa melakukan perbuatan tersebut. Ada insan lain yang sudah bertahun-tahun berkahwin dan menunggu dengan sabar namun belum lagi dikurniakan cahaya mata. Tetapi mereka yang tidak mahukan anak mendapat anak hasil daripada perbuatan yang tidak elok. Air mata ini kadangkala menitis apabila melihat dan membaca bagaimana anak-anak yang tidak bersalah ini diperlakukan sebegitu rupa.

Walaupun kerajaan sudah mengatakan untuk menjatuhkan hukuman mati kepada siapa yang membuang bayi, tetapi kenapa masih banyak kes seperti ini terjadi. Dimanakah akhirnya? Kenapa kita hanya mengikut nafsu untuk kepuasan dunia yang sementara tetapi tidak cuba mengumpul pahala untuk tiket di akhirat sana. Saya harap mereka akan insaf dan diberikan hidayah oleh-Nya. Sementara pintu Taubat masih terbuka.

Ini juga untuk peringatan diri saya, kerana saya tahu saya bukanlah sesempurna mana. Saya hanya manusia biasa yang membuat kesilapan dan yang tidak lari dengan keinginan yang bermacam. Dunia sekarang sangat mencabar, persekitaran kita merupakan dugaan yang terpaksa kita tempuhi. Jika kita kuat, kekallah kita dijalan yang benar dan diredhai-NYA.

Wednesday, August 11, 2010

... aIr mATa iBu ...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Saya menyayangi ibu saya dan saya pasti kamu juga menyayangi ibu kamu. Ibu merupakan seorang insan yang telah melahirkan kita dan tanpa jemu melayan kerenah kita sejak kita masih kecil hingga setelah meningkat dewasa. Ibu begitu sabar dan setia dengan kita, lebih-lebih lagi apabila kita dalam kesusahan.

Ibu saya merupakan sahabat sejati saya, setiap perkara akan dikongsi bersama dan ia yang menjadikan hubungan kami semakin akrab. Saya mempunyai 3 orang lagi adik dibawah saya. Saya merupakan anak sulung. Ramadhan pada tahun ini merupakan Ramadhan pertama buat ibu dan ayah hanya berdua bersahur dan berbuka puasa.

Semalam, sebelum solat tarawikh, ibu ada menelefon saya untuk berbual kosong, namun saya tidak menyangka ibu tiba-tiba menangis setelah berbual beberapa minit. Saya jadi panik, tanpa mengetahui sebab ibu menangis apabila sedang berbual. Setelah ditanya ibu pun jawab 'Rumah tak de orang'

Ketika itu barulah saya sedar bahawa ibu kesunyian apabila ketiadaan kami adik beradik di rumah. Oleh itu saya dan adik-adik yang lain merancang untuk balik pada hujung minggu. Walaupun kami tidak dapat menemani ibu setiap hari tetapi saya akan memastikan ibu akan gembira pada setiap hujung minggu dengan kepulangan kami. Saya tidak mahu ibu bersedih dan tidak sanggup untuk melihat air mata ibu mengalir untuk kami.

Semoga Ramadhan pada kali ini akan memberi seribu satu hikmah kepada kami semua.

Aeman- Buatmu Ibu

Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu

Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu

Tuesday, August 10, 2010

SelaMat MenYamBut Bulan Ramadhan ....

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Akhirnya bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak tiba jua. Di bulan inilah kita sebagai umat-Nya akan cuba berusaha menambah amal ibadah dan semoga kemuliaan bulan ini akan menjadikan kita insan yang lebih baik dari sebelumnya.

Esok merupakan hari pertama seluruh umat islam akan berpuasa pada siang hari. Oleh itu, saya ingin meminta maaf, jika ada menyinggung atau membuat kesilapan kepada sesiapa sama ada saya sedari mahupun tidak. Jika dalam penulisan saya di dalam blog ini menimbulkan kemarahan mahupun mengguris hati, harap dimaafkan.

'Selamat menyambut Bulan Ramadhan'

::: Fadhilat Tarawih :::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini bermula sudah sembahyang sunat tarawih untuk malam pertama, ini bermakna pada esok hari kita sama-sama akan menunaikan puasa pada siang hari. Di sini saya ingin berkongsi sedikit fadhilat solat tarawih;

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar

~ The LasT AirBender ~

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Apa agaknya filem yang terkini yang anda baru sahaja tonton. Saya rasa sekarang begitu banyak filem yang sedang rancak dipertontonkan di panggung wayang. Saya baru sahaja selesai menonton filem 'The Last Airbender' bersama My LuvLy Luv pada ahad lepas. Teringin sangat My LuvLy Luv untuk menonton filem tersebut. Katanya memang die minat sangat dan mengikuti cerita tersebut sebelum di jadikan filem lagi.

Oleh itu, kami pergi la menonton filem tersebut dalam bentuk 3D. Kalau dilihat pada masa sekarang, memang kebanyakkan filem terbitan luar negara, semuanya menjad 3D. Apabila menonton filem tersebut dalam 3D, cerita tersebut mengambil masa selama 120minit berbanding dalam format biasa yang hanya mengambil masa selama 103minit.

Setelah menonton filem 'The Last Airbender' tersebut, apa yang dapat saya simpulkan ialah kami kecewa. Kecewa kerana apa yang kami harapkan tidak kesampaian. Boleh dikatakan hampir tiada langsung aksi 3D yang dipertontonkan kepada kami. Malah yang lebih mengecewakan ialah terdapat beberapa bahagian dalam filem tersebut yang agak gelap dan tidak jelas. Saya ingat lagi pertanyaan daripada My LuvLy luv, 'Ada nampak kesan 3D tak? Tak de kan?. Itulah pertanyaan yang ditanya kepada saya setelah selesai filem tersebut.

Setelah menontonnya hanya 3 bintang sahaja yang dapat saya berikan. Mungkin jika saya menonton filem tersebut dalam format biasa, mungkin saya dapat berikan lebih bintang untuk filem tersebut. Pada pendapat saya, filem tersebut agak lambat pada permulaannya, namun masih ada aksi yang menarik di pertengahan cerita.

Kepada sesiapa yang meminati cerita tersebut, cubalah menontonnya, mungkin anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan saya.

Thursday, August 5, 2010

:::HappY BirtHday My LoVe:::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

6 Ogos, merupakan tarikh yang istimewa buat My LuvLy Luv, ia merupakan tarikh kelahiran si dia. Tahun ini genap umur My LuvLy Luv 23 tahun. Oleh itu, hari ini khas untuk My Luvly Luv sahaja.


Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to My LuvLy Luv
Happy Birthday to You

Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Saya juga doakan semoga My LuVly Luv sentiasa gembira dan segala impian akan terlaksana. 'Saya Sayang Awak'

WaHai SaHAbatku....

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini, saya sangat merindui sahabatku, sahabat yang sentiasa ada kala diri ini sedang gembira dan susah. Sahabat yang tidak menjadi hakim dan menghakimi diri ini kala saya membuat kesilapan. Bagi saya memang mudah mendapat kawan tetapi bukan mudah untuk mendapat seorang sahabat.

Sahabat saya ini sentiasa berada di sisi walau jauh mana pun saya pergi, walau lama mana pun saya menghilang. Saya sangat menyayanginya, dialah yang banyak memberi sokongan dan nasihat di kala diri ini dalam kebuntuan dengan ujian yang diberi.

Tempoh perkenalan antara kami juga bukanlah terbina dalam masa yang singkat, bukan terbina atas dasar perniagaan yang boleh dijual beli. Bagi saya ianya sangat bernilai, sehingga tidak ternilai harganya jika dijalankan urusniaga.

Walaupun saya berjumpa dengan seramai mana pun kawan, saya masih tetap akan mencarinya sebagai sahabat sejati saya. Saya sangat menyayanginya dan akan sentiasa menghargainya walau apa pun berlaku.

Terima Kasih sahabatku untuk segalanya.

Kawan : U.N.I.C
Kawan bertahun kita bersama
Bagai semalam baru bersua
Kawan dihadapan oh! Indahnya
Kita bersama berkelana

Namun kita jauh di dunia sendiri

Bekalan sendiri(semangat sendiri) Impian sendiri
Meski pun jauh namun kita tetap bersama
Dek ruang yang memisahkan kita

Kawan hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah

Kawan hidup ini umpama awan yang tidak selalu putih
Ingatlah bintang-bintang di langit Takkan terus berkelipan
Ingatlah pelangi yang indah Pasti akan hilang

Kawan jangan biarkan dirimu

Seperti rama-rama
Cantik namun akhirnya menjadi perhiasan di dinding
Kawan jangan biarkan dirimu
Umpama lipan dan kala
Berbisa namun akhirnya menjadi perhiasan di meja tulis

Oh! Kawan jadilah seperti si matahari

Membakar diri demi insan sejagat
Oh! Kawan jadilah seperti bulan purnama
Menerangi malam yang gelap gelita
Menunjukkan jalan demi ummat semesta

Menunjukkan jalan demi ummat semesta ( 2X )

::: PasAr MalaM :::

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini terasa nak bercerita tentang pasar malam lak. Kenapa eik, mungkin kerana kalau dalam seminggu tak pergi pasar malam tak sah, mesti pergi. Lagipun semalam baru pergi pasar malam dengan Cik A dan Cik H. Kalau nak ikutkan, dulu saya tidak la berapa gemar untuk pergi ke pasar malam, kerana keadaannya yang agak sesak dengan orang ramai. Entah kenapa sekarang saya boleh berkompromi dengan keadaan tersebut.

Sebenarnya, orang sekeliling kita akan mempengaruhi kita serba sedikit tanpa kita sedari. Saya sendiri perasan jika saya berjalan dengan rakan-rakan di pasar malam pasti kami akan membuat pusingan dahulu dan membeli makanan di tempat yang kami selalu beli. Ia bagaikan satu rutin mingguan, bagaikan susah untuk bertukar selera dan mencuba di gerai yang lain apabila berkaitan dengan menu untuk membeli makanan.

Mungkin kerana takut membeli makanan yang kurang enak rasanya membuatkan kami kekal dengan makanan yang sekali kami rasa sedap dan kekal dengan menu tersebut. Tetapi semua itu bergantung kepada individu itu sendiri. Ada juga yang berani untuk merasa menu yang baru dan sanggup mengambil risiko untuk mencuba.

Selain kepelbagaian menu di pasar malam, saya juga ingin menyentuh sikap segelintir manusia di pasar malam. Sudah lama saya perhatikan, kenapa mesti ada ibu yang sanggup membawa anak yang masih kecil atau boleh dipanggil bayi untuk meminta sedekah. Kenapa harus anak kecil itu dipergunakan, tidak kasihankah mereka apabila mempergunakan mereka. Huh, berapakah wang yang mereka perolehi setiap hari, tak sanggup untuk saya fikirkan. Pihak manakah yang sanggup memperlakukan mereka sebegini?

Saya teringat beberapa hari yang lepas semasa berjalan di pasar malam, ada seorang peminta sedekah yang kudung kakinya, kemudian seorang peniaga gerai bertanya kepadanya 'Macam mana awak datang sini?', pengemis tersebut hanya tersenyum dan tidak menjawab pertanyaan orang tersebut walaupun diajukan soalan tersebut berkali-kali. Bayangkan seorang yang kudung kaki dan bergerak menggunakan tangan, tanpa bantuan orang lain pasti bukan mudah untuk mereka pergi dari satu destinasi ke satu destinasi. Pada andaian saya pasti ada insan yang bertanggungjawab membawa serta mempergunakan mereka untuk kesenangan diri sendiri.

Adakah tiada peluang buat pengemis-pengemis ini untuk membina suatu kehidupan tanpa perlu bergantung hidup atas ihsan orang lain. Adakah ini takdir mereka atau mereka yang mencorakkan perjalanan hidup mereka untuk menjadi sedemikian. Semoga perjalanan kita dipermudahkan serta segala impian dan cita-cita kita akan tercapai.


Tuesday, August 3, 2010

Hijau Daun - (Suara Ku Berharap)



Khas untuk My LuvLy LuV...

Radja - Terus Terang

SanGGupKah Kita...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Hari ini kelas saya agak penuh, namun, masih sempat bagi saya untuk menonton filem sambil sarapan pada pagi tadi. Semasa saya menonton filem 'Selamat Pagi Cinta' ada serangkap ayat yang menarik minat saya untuk berkongsi dalam blog saya ini.

Cinta Yang Mahal Itu Tidak Perlu Dilafazkan.
Cinta Yang Agung Itu Adalah Satu Pengorbanan,
Tidak Ramai Orang Yang Sanggup Berkorban Kepada Orang Yang Dicintai

Agaknya bolehkah kita mencintai seseorang itu dengan seikhlas hati dan sanggup membuat pengorbanan. Jika kita diberi pilihan, pilihan yang mana harus kita buat dan lakukan. Saya sering mendengar ungkapan ini, 'Pilihlah insan yang mencintai kita kerana ianya lebih baik daripada kita mencintai insan yang tidak mencintai kita'.

Bolehkah kita lakukan apabila kita berada di tempat tersebut? Adakah kita bersedia untuk membuat perubahan dan pengorbanan jika tiba waktunya nanti? Fikir-fikirkan lah....

Monday, August 2, 2010

AntarA BukU dan FileM...

Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Saya yakin mesti ramai yang sudah menonton sambungan filem Twilight ini. Saya baru sahaja menonton filem ini bersama My LuVly Luv Semalam. Tetapi sebelum menonton filem ini saya baru sahaja selesai menghabiskan buku tersebut. Jalan cerita filem ini agak ringkas dan ia tidak memerlukan kita untuk berfikir, tetapi apa yang pasti kita perlu menonton filen yang pertama dan kedua sebelum menontonnya. Jika tidak kita akan terpinga-pinga dengan kehadiran beberapa watak dari filem sebelumnya. Ketika menonton filem Twilight;Eclipse ini banyak kisah silam watak-watak keluarga Cullen yang dibongkarkan walaupun diceritakan secara ringkas.

Ppada mulanya saya agak teruja dengan jalan cerita buku tersebut ketika membacanya dan tidak sabar ingin menontonnya, tetapi apabila menonton di pawagam, saya agak kecewa dengan perjalanan cerita tersebut. Ia tidak seperti apa yang saya baca dan bayangkan semasa membaca buku tersebut, sangat berlainan dengan apa yang diterjemahkan oleh pengarah tersebut.

Saya tahu mungkin kerana tempoh masa tayangan yang membataskan pengarah untuk menceritakan segalanya yang terkandung di buku asal. Mungkin kepada mereka yang belum pernah membaca buku tersebut dan tidak mengetahui jalan ceritanya, tidaklah begitu kecewa dengan apa yang ditayangkan.

Walaubagaimanapun saya masih akan meneruskan misi untuk membaca sambungan novelnya yang terakhir iaitu 'Breaking Dawn'. Saya tahu hero dan heroin pasti akan bersama, tetapi saya tidak sabar untuk mengetahui apa lagi kejutan yang akan diberikan oleh penulis kepada pembacanya. Oleh itu kepada sesiapa yang belum berkesempatan membacanya silalah pergi ke panggung wayang untuk menontonnya.

Baiklah, saya nak sambung membaca 'Breaking Dawn', nanti jika sudah selesai akan saya kongsi perjalanan cerita buku tersebut...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...