Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua..
Kata-kata pujangga Shakespeare di dalam persembahan pentas berjudul ' As You Like It'. Katanya "All the world's a stage. All the men and women merely players. They have their exits and entrances." Maksudnya, " Dunia ini pentas sandiwara. Kesemua lelaki dan perempuan adalah para pelakonnya. Masing-masing mempunyai waktu masuk dan keluarnya"
Setiap individu mempunyai personaliti yang tersendiri, mereka juga mempunyai peranan masing-masing, tidak kira sama ada di rumah, pejabat, sekolah mahupun ketika bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Betul lah kata-kata Shakespeare, bahawa dunia ini merupakan pentas sandiwara.
Jika mengatakan dunia ini pentas sandiwara, bagaimana kita meletakkan kepercayaan kita kepada seseorang. Kadangkala kita berada dalam dilema sama ada ingin mempercayai seseorang itu atau tidak. Ini sering berlaku apabila kita baru berkenalan dan mengikat tali persahabatan. Seorang insan yang digelar sahabat bukan mudah untuk dicari. Teman ketika senang, mudah untuk dicari, tetapi Sahabat ketika susah, sukar untuk ditemui. Haigailah sahabat anda, dan janganlah musnahkan kepercayaan yang diberi atas nama persahabatan. Namun bagaimana pula jika kita kaitkan kepercayaan dalam sesuatu hubungan percintaan.
Bukan mudah untuk memberikan kepercayaan kepada seseorang, lebih-lebih lagi dengan insan yang berlawanan jantina dengan kita, yang kita akan berkongsi rahsia, suka, duka dan segalanya. Oleh itu, jika kita di beri kepercayaan, jagalah ia dengan baik kerana sekali kepercayaan itu tergores sukar untuk ia pulih kembali. Jika kita tidak ingin kepercayaan kita itu disia-siakan, janganlah mensia-siakan kepercayaan orang lain terhadap kita.
Bagaimana pula dengan kepercayaan kita kepada Tuhan yang satu. Kita perlu yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah s.w.t. Begitu banyak nikmat yang di berikan kepada kita. Kita patut bersyukur atas segala yang di berikan. Allah s.w.t begitu baik dan pemurah kepada hambanya, begitu banyak peluang yang diberikan kepada kita agar bertaubat dan menyesali segala kesilapan. Saya harap, saya dan kalian semua masih mempunyai ruang untuk bertaubat sebelum segalanya terlewat.
"Mengapa Perlu Mencari Marah Allah Taala, Semata-mata Mencari Bahagia Manusia Yang Tiada Jaminan"

" Ya Allah, Kami ingin belajar untuk mentaati perintah-Mu. Kami belajar untuk menjadi hamba-Mu yang soleh dan solehah. Kami seringkali jatuh dan bangun, jatuh dan bangun lagi, dan lagi. Semoga kami terus dipimpin oleh-Mu, duhai Allah" amin...
No comments:
Post a Comment