Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 9, 2010

JanGAn Kedekut iLmu...


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua..

"Saya ada satu EPAL,anda ada satu EPAL. Kita tukar EPAL, anda ada satu dan saya tetap ada satu. Jika anda ada satu ILMU dan saya ada satu ILMU, kemudian kita tukar ILMU tersebut, anda ada dua ILMU dan saya ada dua ILMU. "

Jika dahulu, ilmu tidak dianggap penting lebih-lebih lagi buat wanita. Saya sering mendengar ungkapan ini 'Ala, perempuan kalau belajar tinggi-tinggi pun akhirnya ke dapur juga". Walhal ilmu itu sangat penting dan bukan sekadar jalan mudah untuk mencari kerja. Seorang suri rumah juga perlukan ilmu untuk mendidik anak-anaknya. Anak-anak kecil inilah nanti yang akan menggantikan serta mencorakkan negara kita suatu hari nanti. Cabaran mereka lebih hebat, kerana pendidikan awal ketika dirumah lebih penting dalam membentuk pesonaliti individu itu. Lebih-lebih lagi pada zaman moden ini, mereka perlu mempunyai ilmu dan banyakkan bacaan sebagai pengetahuan tambahan.

Ilmu itu tidak boleh dikira dan ilmu yang dimiliki oleh setiap insan berbeza antara satu sama lain. Dengan adanya ilmu, masyarakat akan menghormati kita. Tetapi perlukah ada sikap kedekut dalam diri individu itu. Sikap kedekut yang saya maksudkan bukan dari segi kewangannya, kedekut yang saya maksudkan ialah kedekut ilmu.

Kita pasti pernah berjumpa dengan rakan yang kedekut untuk berkongsi maklumat. Memang saya akui, kita semestinya perlu menanam sifat ingin bersaing antara rakan sekelas yang lain, tetapi janganla sampai kedekut untuk berkongsi ilmu. Jika kita saling berkongsi ilmu, pasti kita akan mendapat ilmu yang lebih lagi. Selain itu, jika ilmu itu dikongsikan, Insyaallah pahala yang kita dapat akan berterusan.

"Tuntutlah ILMU hingga ke liang lahad"



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...