Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

::: KehiDupan iNi :::


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

Seringkali kita dengar ataupun kita sendiri mengucapkannya, "Kalaula........" Kita sering mengungkapkan perkataan tersebut, jika difikirkan memang banyak yang kita ingin ubah. Saya selalu bertanya kepada diri sendiri dan rakan-rakan, "Rasa-rasanya, sejak bilakah kita ingin undurkan masa dan ubah keputusan, kelakuan n segalanya yang kita sesalkan hingga sekarang" Mesti banyak yang ingin kita ubahkan, tetapi itu semua mustahil untuk dilakukan.

Pernah ada seorang insan ini berkata kepada saya, semasa kamu masih belajar dan merupakan seorang pelajar, 'enjoy' dan gunakan peluang yang ada sebaik mungkin kerana kamu akan merindui saat-saat bersama rakan-rakan dan ketika tiada perkara yang perlu difikirkan sangat. Tetapi apabila difikirkan semula, ketika saya menjalani latihan amali, memang saya merindui keadaan bersama rakan-rakan. Oleh itu sementara ada masa dan masih bergelar sebagai pelajar, 'enjoy' la sepuas-puas nya tapi pastikan kita tahu apa yang betul dan apa yang salah dalam setiap apa yang kita lakukan.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...