Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 15, 2010

I - cITy...


Assalamualaikum & Salam semua...
Semoga hari ini merupakan hari yang penuh kegembiraan dan kebahagiaan buat semua...

I-City...suatu kawasan yang baru ingin membangun semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat sekarang. Pada hujung minggu lepas,saya buat pertama kalinya telah pergi ke I-City bersama My LUvlY BeaR...hehehe...Saat pertama kali tiba di sana, mata bagaikan terpaku dengan keindahan cahaya lampu yang terpasang indah disana. I-City memang sangat-sangat cantik. Ramai juga yang datang ke sana, macam-macam aktiviti yang diadakan antaranya tarian tradisional dari pelbagai kaum dan pertandingan kereta kawal jauh.

Jika ada masa memang sangat teringin nak pergi lagi ke situ. Kawasan tu boleh dikatakan luas juga dan yang menariknya ada skrin untuk tengok bola. Mungkin sempena demam World Cup ni pihak I-City wat tayangan agaknya. Selain itu juga terdapat pelbagai gerai di sana yang menjual pakaian, barang mainan, makanan dan macam-macam lagi la.

Tak dilupakan juga ada juga perhiasan lampu yang diadakan dalam
rumah kedai tau, siap ada penghawa dingin lagi. Selepas penat dan panas berjalan bolehla masuk sekejap untuk sejukkan badan. Cuma pada saya kekurangan kawasan tersebut mungkin tempat duduk atau kawasan rehat. Mungkin masih banyak yang ingin dilakukan pihak tersebut untuk menaik taraf keadaan kawasan itu.

Oleh itu, jika ada masa bolehla pergi ke sana, tidak kira sama ada bersama rakan, keluarga mahupun kekasih hati.


Dalam salah sebuah rumah kedai yang bertemakan Tahun Baru Cina

Replika haiwan turut berada di situ



Semua yang datang tidak melepaskan peluang untuk bergambar


Pemandangan hiasan lampu yang berbentuk pokok-pokok



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...