Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 19, 2011

:Langkawi! Here i Come…:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Jika entri sebelum ini 'Bercuti' saya ada menceritakan perancangan untuk bercuti. Entri kali ini saya akan berkongsi keterujaan saya untuk bercuti. Langkawi! Here i Come… tak sabar rasenya ingin bercuti, seperti sudah lama pula tidak bercuti. Ini kali pertama saya ingin bercuti setelah berkerja dan mempunyai gaji sendiri untuk bersuka ria.

Tarikh percutian…..tet….tidak boleh diberitahu. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Mana la tau jika perompak semakin maju dan membaca entri saya serta tahula pula saya tidak ada dirumah, pasti licin rumah saya dikerjakan. Nauzubillah, minta-minta dijauhkan.

Tetapi seharusnya, maklumat ketiadaan anda dirumah perlu dirahsiakan serta tidak dikongsikan secara umum di Facebook, Twitter mahupun sebarang laman sosial yang individu lain boleh mengetahui bahawa rumah anda dalam tempoh tertentu tiada penghuni.  Ialah bukan apa, kadangkala ada juga bukan rakan yang anda telah ‘approve’kan menjadi rakan  dilaman sosial anda. Oleh itu, lebih baik berjaga-jaga sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Berbalik semula kepada keterujaan saya yang ingin bercuti bersama keluarga, Ohhh. Tidak sabarnye. Terasa ingin membeli belah macam-macam. Terasa ingin membuat senarai  serta bajet tetapi agak-agak boleh ikut ke? Silap-silap bila dah sampai limit bajet yang ditetapkan minta pula dari ayah. Hehehe….

Ada orang yang bertanya, “kenapa tidak pergi Langkawi naik kapal terbang, bukannya mahal pun, sekejap sampai pula tu”. Oleh kerana sekejap sampai la saya tidak suka. Memang perjalanan agak jauh tetapi keseronokkan amat berbeza. Jika memandu sendiri, pada saya boleh mengeratkan lagi tali silaturrahim antara kami sekeluarga dengan berbual serta bergurau senda sepanjang tempoh perjalanan.

Tambahan pula boleh berhenti dimana-mana lokasi yang ingin kita singgah sepanjang perjalanan. Keterujaan itu berbeza sekali berbanding menaiki kapal terbang. Bercuti itu kan merehatkan serta tiada waktu yang perlu dikejar mahupun janji waktu yang perlu dipenuhi. Walau apa pun, ia hanya sebuah pendapat, mungkin ada yang tidak setuju dan lebih suka cepat sampai ke destinasi tanpa perlu penat lelah akan perjalanan destinasi yang jauh.

Baiklah, sampai disini sahaja, doakan saya selamat sampai dan selamat pulang sepanjang tempoh percutian saya nanti ya. Saya hendak sambung berangan bercuti ke Pulau Langkawi dulu. =)

Sunday, December 18, 2011

:GaJi @PerseKitaraN:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Setelah tamat pengajian, alam pekerjaan pula pasti akan mengambil tempatnya. Ketika itulah seribu satu cabaran mula menghimpit kehidupan kita. Bermulalah persoalan seperti; di mana kita hendak mencari kerja? Perlu merantau atau bekerja di kampung halaman? Apa pekerjaan yang ingin kita mohon? Berapa gaji yang ingin kita inginkan?  dan lain-lain lagi. Seribu satu persoalan yang akan bermain di minda.

Tetapi dua perkara yang nyata yang sering kita perdebatkan dalam mencari pekerjaan ataupun ingin menukar pekerjaan ialah jumlah gaji yang akan diterima dan persekitaran tempat kerja. Ada orang lebih mementingkan persekitaran tempat kerja berbanding gaji yang akan diperoleh.

KENAPA? Kenapa persekitaran tempat kerja lebih penting untuk sesetengah orang. pada saya, ia ibarat motivasi. Jika kita sukakan persekitaran tempat kerja kita, pasti setiap hari saat kita ingin melangkah ke tempat kerja, kita melangkah dengan ceria serta semangat yang baru.

PERSEKITARAN yang bagaimana saya maksudkan. Ada orang menganggap persekitaran tempat kerja seperti mempunyai rakan sekerja yang seronok. Jika rakan sekerja pun satu kepala dengan kita pasti hendak melakukan sesuatu kerja berjalan dengan lancar. Ada pula insan yang suka diberi pengiktirafan atas hasil kerja bagus yang telah dilakukan. Selain itu, kawasan kerja yang tidak perlu menempuh kesesakan jalan raya juga antara salah satu faktornya.

Opss…terlupa lagi satu ‘point’, bagaimana dengan persekitaran kerja yang dipenuhi TEKANAN akibat kerja yang banyak berbanding dengan kerja yang bersenang-lenang. Bak kata Nabil LU PIKIR LA SENDIRI’, tepuk dada dan tanyalah apa yang anda inginkan sebenarnya.

Bagaimana pula kepada individu yang tidak mengambil kira dengan persekitaran tempat kerja tetapi hanya jumlah gaji yang akan diterima menjadi ukuran. Pada saya individu yang begini mungkin seorang yang fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja serta boleh mengawal tekanan-tekanan yang akan dilalui.

Cuba anda fikir, jika kita hanya ingin persekitaran tempat yang menyenangkan hati tetapi gaji yang hanya cukup makan pasti akan mengalami tekanan juga. Bandingkan pula dengan gaji yang lebih dari yang kita terima sekarang tetapi persekitaran kurang memuaskan. Pada saya ia bergantung kepada individu. Berubahlah jika perlu dan kadangkala perubahan itu pasti mengejutkan serta membuatkan anda mengetahui tahap kemampuan anda.

Berubahlah kearah yang lebih baik, semoga hari esok lebih baik dari hari sebelum-sebelumnya. 

Saturday, December 17, 2011

:LagU iTu yang MemBerI KeyakiNan:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…
Lagu… siapa yang tidak tahu akan lagu dan menyanyi. Seingat saya, sejak kecil lagu saya telah diperdengarkan dengan lagu-lagu seperti Twinkle-Twinkle Little Star, London Bridge, dan macam-macam lagi. Kadangkala, kita juga turut diminta menyanyi sama, dengan gaya-gaya tangan dan badan lagi. Jika diingat semula, pasti lucu. Nasib baik tak ada video yang merakamkan semuanya. Cukuplah sekadar ingatan disuatu sudut kenangan itu
Namun ada satu lagu yang betul-betul menggamit memori serta memberi inspirasi dalam hidup saya, iaitu lagu ‘Be What You Wanna Be’. Lagu ini diperdengarkan oleh seorang teman kepada saya ketika saya mengikuti Pra Pekerjaan selama sebulan di universiti setelah tamat belajar. Kali pertama saya mendengar dan menghayati liriknya, ia bagaikan memberi keyakinan dan inspirasi kepada saya.
Sehinggalah akhirnya lagu ini saya dan rakan sekelas menggunakannya untuk digunakan sebagai lagu persembahan akhir program tersebut. Setiap kali saya merasakan putus asa dan hilang keyakinan, lagu inilah mengingatkan diri saya, supaya jangan putus asa dan terus memasang impian. Lagu ini membawa saya kepada ingatan sebuah perhubungan yang terbina dengan sekelip mata dan menyimpan seribu satu kenangan dan perasaan atas dasar memperbaiki dan membina keyakinan diri. 
Disini saya kongsikan lagu dan liriknya, semoga dapat memberi inspirasi sebagaimana yang saya dan rakan-rakan seperjuangan pernah merasakannya

‘Be What You Wanna Be’

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be
Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be

I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream
We live for
You never know what life could bring
Coz nothing last forever
Just hold on to the team
You play for

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam
Of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling
That’s not real life

I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be

Last year I used to dream about this day
Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
Coz I've got all the love, coz I've got all love for you

Doctor, actor, lawyer or a singer
Why not president, be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man, fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be[X3]


Mulakan lah hari dengan senyuman dan tempuhilah hari anda dengan ketenangan serta pemikiran yang positif… =)

Thursday, December 15, 2011

:no title:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Kosong….mungkin kerana lepas hujan, dengan keadaan bilik yang sejuk, jari-jari pun mula membeku untuk menaip seperti tiada idea yang ingin dilontarkan oleh fikiran ini.Cuma hati sahaja yang mengatakan rindu. Ya, rindu pada dia seorang.

Kekasihku, aku rindu padamu.... <3

Saturday, December 10, 2011

:Bercuti??:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

“Aku nak bercuti la, Jom kita pergi cuti”. Itulah permintaan seorang teman baikku. Caranya seperti inginkan sebuah percutian yang menenangkan. Mungkin dia sudah tertekan dengan persekitarannya barangkali yang menyebabkan dia perlukan sebuah percutian.

Percutian memang jawapan yang diperlukan jika kita bertanya kepada diri sendiri apakah caranya yang boleh buat kita lari dari tekanan.  Pada saya, sekurang-kurangnya dalam setahun kita perlu bercuti walau hanya untuk sekali dan tempoh percutian tersebut, tidak perlulah terlalu panjang. 

Kenapa kita perlu bercuti?

                    I.            Menghilangkan tekanan kerja @ belajar setelah berhempas pulas mengerah tenaga dan fikiran
                  II.            Lari sekejap dari kehidupan realiti
                III.            Sebagai ganjaran kepada diri sendiri.
                IV.            Mengeratkan lagi perhubungan bersama teman mahupun keluarga.

Sebab untuk bercuti sudah tertera, tetapi, apakah perkara yang perlu diambil kira sebelum kita bercuti?

1.       KEWANGAN! Itu yang paling penting. Jika tiada bajet serta kewangan yang sepatutnya, bimbang pulang dari bercuti, semakin tertekan pula hidup kerana sudah habis digunakan bercuti. Oleh itu, Bajet amat penting dan berbelanjalah mengikut bajet yang anda mampu dan yang telah ditetapkan.

2.       LOKASI! Dimana agaknya lokasi pilihan anda. Semuanya terpulang kepada apa yang anda inginkan. Samada ditepi pantai, di dalam hutan, di kawasan taman tema, dalam negara mahupun diluar negara. Pastikan juga tempat penginapan untuk anda bermalam. Namun segalanya mengikut cita rasa dan bajet yang telah anda peruntukan. 

3.       PENGANGKUTAN! Selain lokasi dan kewangan, pengangkutan juga amat diambil kira. Ini semua bergantung kepada lokasi percutian dan bajet. Jika anda bercuti di luar negara, maka penerbangan la kemudahan pengangkutan yang nyata anda perlukan.

4.       TARIKH! Ya, sejak cuti sekolah akhir tahun ini, semua berlumba-lumba ingin bercuti dan kepada yang bekerja pula, inilah masanya menghabiskan cuti tahunan yang tinggal. Pada saya, bercuti yang paling seronok ialah ketika bukan cuti sekolah, tidak ramai orang dan tidak perlu bersesak dengan orang ramai. Tetapi memandangkan masih ada lagi adik saya yang bersekolah, terpaksa jugalah bercuti ketika cuti sekolah. Apa yang penting, pilihlah tarikh yang sesuai mengikut jadual anda.

5.       PERSEDIAAN! Setelah semuanya dirancang dan dikira mengikut kemampuan, masanya tiba juga saat untuk bercuti. Bawalah barang-barang keperluan secukupnya. Janganlah membawa barang yang tidak peting dan hanya memberatkan bagasi anda sahaja. Jangan dilupakan ubat-ubatan, mana tau disaat kecemasan dan anda memerlukannya. Beringat sebelum kena. 

Alasan untuk bercuti sudah ada, rancangan sudah terbina, apalagi yang ditunggu, laksanakan sahaja impian bercuti anda. Lupakan segala masalah dan tenangkan minda anda. Ingin tahu dimana lokasi bercuti saya dan keluarga, di dalam entri yang lain akan saya kongsikan.

Ceria-ceria selalu =)

p/s: to my bff, nanti kita bercuti ye, kita enjoy sama-sama. =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...