Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, December 8, 2011

:DiaLaH SegalaNya:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Sejak kecil kita sering di mendengar dan membaca buku mengenai kisah dongeng puteri, si cantik dan cinta yang membawa kebahagiaan. Tanpa kita sedari, cerita-cerita sebegini banyak mempengaruhi kehidupan kita dan membuat kita memasang impian untuk mencari cinta sejati.

Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan? Siapa yang tidak ingin mencari cinta sejati? Kadangkala kita seringkali mencari seseorang yang sempurna sehinggakan kita buta akan cinta yang dihadapan kita. Ciri-ciri yang bagaimana kita inginkan supaya seseorang itu layak dipanggi cinta sejati kita. Adakah perlu pada fizikalnya, kewangannya mahupun sifatnya.

Saya sendiri pernah membaca bahawa kita perlu tetapkan ciri-ciri insan yang bagaimana kita inginkan tetapi bolehkah diikut seratus peratus. Jodoh dan pertemuan ditangan tuhan, tiada siapa yang tahu perjalanan hidup ini. Kita boleh mencari cinta mengikut ciri-ciri yang kita inginkan, tetapi jangan lah buta dengan tetapan yang kita buat hingga pinggirkan apa yang ada, ibarat mencari rumput yang cantik dipadang yang luas.

Pada saya, untuk mencari cinta sejati, tanyalah hati sendiri. Ini kerana insan itulah yang akan berkongsi segalanya dengan kita. Cinta hati kita itu ibarat kekasih yang mencintai , abang yang melindungi, adik yang ingin bermanja, ibu bapa tempat bergantung, rakan tempat luahan rasa dan segala-galanya buat kita.

Mungkin akan ada pada satu saat, kamu merasakan bahawa yang bersama kamu itu adalah cinta sejati kamu.Tetapi segalanya hancur apabila ia terkandas di tengah jalan tanpa kamu sempat berjalan bersama ke penamatnya. Janganlah dikesalkan, jangan menyalahkan takdir mahupun diri sendiri. Anggaplah ia suatu mimpi kehidupan yang banyak memberi pengajaran kepada kamu. Apabila sampai masanya dan kamu berjumpa dengan insan yang merupakan jodoh kamu pasti kamu tidak menyesal dan akan memberikan yang terbaik untuk perhubungan yang baru itu. 

Sunday, December 4, 2011

:KuCing itu TeManku:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…



Baiklah, hari ini saya tidak mahu mukadimah yang panjang berjela, bak kata ‘orang potih’, kita ‘straight to the point’. Jika sebelum ini saya ada entri , SuaTu PerMulaan Tanggung JaWab, kali ini saya ingin berkongsi sedikit bagaimana ini merubah kehidupan saya. Semenjak memelihara kucing, saya mulakan hari dengan membersihkan diri dan menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada-Nya dahulu. Setelah itu barulah anak-anak kucing yang diberi nama Jerry dan Jenny di beri perhatian pula. Selalunya pada waktu pagi, saya hanya sempat untuk meletakkan makanan mereka dibekas makanan sahaja serta hanya sempat bermain untuk seketika.

Ibulah yang akan mengambil alih memberikan susu kucing kepada Jerry dan Jenny. Inipun kerana mereka masih kecil dan ibu suka bermanja dengan mereka ketika memberikan susu. Jika dilihat cara ibu memberi kucing susu sudah seperti seorang emak memberikan anaknya susu. Kadang-kadang terasa lucu pun ada juga bila dilihat. Kemudian, pada waktu makan tengahari , saya akan pulang kerumah untuk makan memandangkan ibu merupakan surirumah tangga sepenuh masa dan lokasi tempat saya bekerja memang dekat dengan rumah. Ketika inilah saya akan bermanja dengan Double J saya iaitu Jerry dan Jenny.  Setelah bermanja barulah melantak sepuas-puasnya masakan ibu, tetapi tidak boleh makan banyak-banyak tau, nanti mengantuk di pejabat pula.

Setelah makan dan solat, kembali semula ke pejabat dan bermula tugas-tugas yang perlu disiapkan =( . Tik Tok Tik Tok, dah pukul lima pun, apa lagi rumahku syurgaku lah destinasiku. Kucing-Kucing pasti sudah menanti. Kadangkala saya rasakan Double J saya ini bagaikan mengerti perasaan saya. Setiap kali pulang dari kerja, pasti mereka akan menenung saya dengan mata yang bulat dan hanya melihat sehinggalah saya masuk ke dalama rumah dan hilang disebalik pintu bilik.

Apabila saya keluar dari bilik barulah Double J saya akan mengeow seperti memanggil saya untuk dibelai. Mereka bagaikan mengerti perasaan penat yang dialami tuannya dan membiarkan saya berehat dulu dan tahu yang saya pasti akan melayan mereka apabila saya keluar semula. Selalunya pada waktu petang, saya akan membersihkan bekas najis dan menambah pasir yang baru. Ini untuk mengelakkan bau yang kurang enak dan menjaga keselesaan Double J saya.

Bekas makanan dan minuman pula perlulah dibersihkan setiap hari dan di isi pada waktu makan yang ditetapkan. Selalunya saya akan mengisi makanan kucing sebanyak dua kali iaitu pada waktu pagi dan waktu petang. Sebulan sekali pula saya akan membasuh kesemua bekas dan sangkar Double J saya agar kebersihan tempat tinggal Double J saya terjaga. Double J pula saya akan mandikan dua kali dalam sebulan. Tetapi doktor haiwan kata, kucing jangan dimandikan ketika musim hujan kerana bimbang terkena demam.

Inilah rutin yang sering saya lakukan agar terasa setiap masa ada perkara yang saya lakukan. Mungkin ada sesetengah orang yang berkata membela haiwan seperti kucing dan agak leceh. Mungkin betul tetapi jika dilakukan dengan sabar, ikhlas dan kasih sayang, pasti segalanya terasa mudah. Kepada saya, sebenarnya ibu yang banyak membantu saya menjaga Double J saya. Selain itu, tanpa nasihat dan ilmu menjaga kucing yang My Luvly Luv kongsikan dengan saya, pasti kelam kabut juga.

Oklah, sampai sini sahaja, saya ini budak baru nak belajar menjaga kucing, jika ada silap dan salah sila tunjukkan.  =) 

Saturday, December 3, 2011

:Ole-Ole Hat yai:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Pejam celik pejam celik, dah hampir di penghujung tahun 2011 pun. Bulan disember boleh dikatakan syurga untuk pelajar sekolah kerana cuti sekolah, tidak dilupakan juga syurga untuk dapur dirumah kerana cuti sekolah selalunya orang berlumba-lumba hendak melangsungkan majlis perkahwinan. Oleh itu, bile smpai hujung minggu, orang gantung periuk sebab terlalu banyak tuntutan jemputan kahwin yang perlu dihadiri.

Tetapi, yang paling seronok, cuti sekolah adalah masa untuk melancong. Yahoo!!, Opss, lupa pula yang saya bukan pelajar lagi. Sekarang dah kerja, mana leh cuti jew, nanti bos suruh cuti sampai bila-bila dan jangan datang kerja terus baru tau. Menangis tidak berlagu nanti, haru je.

Tak kisah la tak dapat cuti lame dan tak melancong pun, yang penting saya baru dapat ole-ole dari luar negara. Jauh tu, kat negara jiran sane, negara Thailand la. Sebenarnya, kawan baik saya baru balik dari sana minggu lepas dan dengan baik hatinya membelikan saya Ole-Ole Thailand. Ingat juga die dekat saya kan. =)

Terima kasih sahabatku….sayang kamu…=)

Friday, December 2, 2011

:SuaTu PerMulaan Tanggung JaWab:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera….
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua…

Sejak kecil kita telah dilatih dan sering diingatkan oleh ibu bapa supaya menjadi insan yang berguna dan bertanggungjawab dalam setiap perkara yang dilakukan. Manusia tidak akan berhenti daripada belajar, bukan dalam bidang pendidikan tetapi dalam kehidupan. Ini kerana banyak perkara dalam kehidupan ini dipelajari apabila kita menjalaninya  berseorangan mahupun berteman.

Setalah tamat pengajian di peringkat ijazah, saya melangkah ke alam pekerjaan dan belajar menjadi dewasa dengan mencari rezeki. Benarlah kata orang tua yang lebih lama makan garam kehidupan bahawa alam pekerjaan bukanlah seindah yang kita jangkakan. Ya, memang indah ketika mendapat gaji tetapi kehidupan yang  kita jalani tidaklah seindah warna-warna potret yang kita lakarkan di alam mimpi.

Kehidupan saya seperti kosong setelah  bekerja. Bermula dengan bangun, pergi kerja, kemudian pulang dan ketika malam menjengah, katil destinasi terakhir untuk hari tersebut. Bersukaria dan melepak bersama kawan setiap hari bukanlah jiwa saya, sekali sekala mungkin boleh. Untuk menghilangkan kebosanan, saya memasang impian untuk membela kucing dan akhirnya impian itu terlaksana dengan keizinan ibu.

Memang seronok membela kucing lebih-lebih lagi jika dibela ketika kecil. Entri Sayangku Jenny dan Jerry telah saya ceritakan sedikit mengenai kucing-kucing saya ini. Namun saya terleka seketika, memelihara anak kucing bukanlah seperti membeli anak patung, comel dipandang dan dipeluk  yang kemudiannya dibiarkan disuatu sudut jika tidak diperlukan. Anak kucing ini bernyawa, bernafas seperti manusia yang inginkan keperluan asas untuk dipenuhi seperti makan, kasih sayang dan tempat tinggal. My Luvly Luv lah yang banyak membantu saya serta mengingatkan akan tanggungjawab yang saya perlu galas di saat saya mula membawa anak kucing untuk dipelihara.

Tanggungjawab yang bukan sedikit perlu saya galas kerana menjaga anak kucing yang mungkin boleh diibaratkan seperti menjaga manusia. Haiwan ini hanya kekurangan akal fikiran sebagai kayu ukur yang membezakan antara satu sama lain. Namun, saya tidak mengeluh kerana tanggungjawab ini menjadikan hari saya lebih ceria dengan melayan kerenah kucing dan menjadi orang yang lebih berdisplin. Jadual harian pula tidaklah terasa sepi dan kosong.

Jika ingin tahu bagaimana anak kucing ini merubah jadual harian saya serta membawa kebahagiaan kepada saya dalam menjalani kehidupan seharian, akan saya kongsi di entri yang lain. Kepada sesiapa yang berminat untuk memelihara kucing, mungkin perlu difikirkan sebaiknya akan tanggungjawab yang perlu digalas nanti.

Baiklah, sampai disini sahaja, semoga anda tetap ceria dan kebahagiaan sentiasa menyelimuti hari-hari anda. =)

Sunday, November 20, 2011

:: Sayangku Jenny & Jerry ::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sudah agak lama blog saya ini menyepi. Semenjak habis belajar dan melangkah ke alam pekerjaan, nampaknya tangan ini semakin malas ingin menekan papan kekunci untuk mencurahkan rasa. Tetapi entah kenapa hari ini tangan ini terasa begitu ringan untuk menaip semula. 

Jika entri sebelum ini saya berkongsi dengan kehilangan kucing, kini saya muncul kembali dengan kucing juga. Sejak bila meminati kucing pun saya tidak tahu, sedangkan jika dahulu saya amat gelikan kucing dan takut dicakar. Sekarang, semua itu bagaikan hilang entah dibawa kemana. 

Semenjak bekerja di kampung halaman, saya mula membela dua ekor kucing yang diberi nama Jerry dan Jenny. Nama macam manusia kan. Itu semua nama pilihan ibu. Saya membela si comel ini sejak kucing-kucin ini masih berumur sebulan setengah. 

Pada mulanya saya berminat membela kucing kerana bosan tetapi lama kelamaan seperti sudah jatuh sayang pula kepada si Jenny dan Jerry ini. Setiap kali pulang makan tengahari dan balik dari kerja, kucing merupakan perkara pertama yang saya cari. Terasa bagaikan hilang segala kepenatan setelah sehari bekerja melihat keletah mereka. 

Jika pada awalnya mereka agak takut akan kami, tapi setelah agak lama, mereka mula bermain-main dan seperti mengetahui bahawa kami merupakan tuan mereka dan kadangkala ingin bergurau. Benarlah kata orang, haiwan ini walaupun tiada akal tetapi berperasaan dan boleh menjadi teman rapat manusia. 

 jenny tengah menyusu, masa nie baru lagi nak menyesuaikan dengan susu kucing. 

Comel je si Jerry cium Jenny...sweetnye... =)


Baiklah,sampai disini sahaja, nanti saya akan berkongsi pula pengalaman pertama membawa kucing ini untuk disuntik Vaksin setelah 2 bulan... =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...