Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 21, 2013

#Start: Persediaan Bertunang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan diberkati oleh-NYA.

Setiap hari dan setiap kali niat untuk mengemaskini laman blog hadir, jari pula malas hendak menaip. Hari ini saya gagahkan juga untuk menaip, kalau tidak memang blog saya ini akan sepi balik la jawabnya. 

Hari ini nak update sikit pasal persediaan bertunang la. Tiba-tiba perasaan teruja tu datang bile selak-selak kalendar dan majlis dalam dua bulan je lagi. My love dah pesan awal-awal, kalau boleh barang semua jangan buat last minute, nanti kelam kabut. Walaupun hanya majlis bertunang tapi kami kalau boleh tak nak la kelam kabut bile majlis tu nanti.


Hari tu dah buat checklist dengan  my love, jadi sekarang hanya operasi survey, tempah dan beli barang-barang hantaran je. Perkara pertama yang saya buat adalah mencari juru make up. Sebenarnye mula-mula ibu tak berapa setuju nak bazirkan duit untuk mak andam, alasan ibu, saya pun pandai make up dan kalau mak andam tu make up tak ok macam mana? Kan dah bazirkan duit. Ok. Saya dah teragak-agak kat situ, tapi bila survey-survey dan bincang-bincang. Ibu pun ok. Masalah pertama yang terpaksa dihadapi adalah susah untuk mencari mak andam yang available. Sebabnya tarikh tu dah start cuti sekolah. Mula-mula dah putus asa, tapi cari punye cari, ada la juga mak andam yang available dan die make up pon ok. Kalau nak tau hasil contengan mak andam yang saya pilih ni, tunggu update saya selepas majlis ye.

Ok, selesai satu perkara. Untuk misi mencari jurugambar, My Love adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencari. Sebab My Love banyak kenalan photographer, saya minta dia tanya dengan kawan-kawan je dulu. Bab photographer pun dah settle.

Insyaallah minggu ini kalau tak ada aral melintang, saya dan ibu akan mula operasi mencari kain untuk baju tunang dan  kain hantaran. Untuk baju tunang, saya hanya keluarkan kos baju je, ibu tercinta sebagai tukang jahit akan menjahitnya untuk saya. Selain baju dijahit ibu tercinta, ada juga barang-barang makanan yang saya ingin membuatnya sendiri. Yela, perkara yang kita boleh jimat baik dijimatkan dan jangan membazir.

Cuma satu perkara sahaja yang saya masih teragak-agak, samada nak ada doorgift atau tak dan apa pulak barang yang ingin diberi. Hurmm, saya perlu survey-survey lebih lagi untuk dapat idea dan berbincang dengan ibu.

Oklah, banyak pula saya membebel. Lain kali saya update lagi ye.

Gambar dari en.google.
Senyum-senyum selalu dan sentiasalah bersangka baik sesama kite ye!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...