Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 22, 2013

MenCari yang Halal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua.

Saya yakin pasti ada yang pernah mendengar 'Kita ini hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Saya teringat pepatah ini apabila sedang merangka entri kali ini nak bercakap berkenaan ape. Setiap hari saya yakin kita pasti akan tertanya-tanya, apa yang ingin kita makan, ingin masak sendiri atau beli di luar.

Sekarang terlalu banyak warung, restoran, dan hotel yang tumbuh dan menyediakan pelbagai makanan dan terletak kepada diri kita apa yang ingin dimakan.  Tapi, pastikah kita tempat yang kita makan itu adalah halal. Cuba fikir-fikirkan semula.

Bolehkah kita terapkan setiap kali sebelum kita melangkah ke mana-mana kawasan tempat makan, kita periksa dahulu tempat itu halal. Adakah dengan hanya menyatakan bahawa kedai tersebut non-pork sudah mencukupi? Adakah dengan alasan, kedai tersebut tidak mendapat sijil halal kerana menghidangkan arak? Pastikah bahawa tiada arak yang dicampur dalam masakan kita? Bukankah makanan yang haram wajib ditinggalkan dan makanan yang syubhah, harus dijauhi.

Ingatlah, bahawa setiap yang dimakan akan menjadi darah daging kita. Oleh itu, fikir-fikirkanlah adakah berbaloi untuk makan makanan yang sedap tetapi diragukan halal atau tidak. Makanan yang halal itu lebih banyak lagi dan lebih sedap daripada yang dilarang itu.

Fikir-fikirkanlah, Mohon ampun kalau ada yang terasa. Hanya coretan sebagai peringatan untuk diri ini dan sesiapa yang membacanya sahaja. 

Logo halal yang betul, dari portal halal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...