Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 18, 2013

Lari 5 pusingan, makan 2 pinggan!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan buat semua.

Monday blues... Tiba je hari isnin, perasaan malas nak pergi kerja tu memang ada. Mana tak malas, dah seronok bersenang lenang kat rumah dan duduk goyang kaki je smbil menambah berat badan..hehe.. Opps, pasal menambah berat badan ni isu y sensitif ye...boleh jadi gaduh bertahun-tahun. Eh ye ke, drama je lebih ni.. =)

Tapi sebenarnye sejak beberapa minggu lepas, saya sudah memulakan operasi bersenam bersama my love. Kununnya, nak menjalani hidup yang sihat, padahal berat badan dah makin bertambah dan baru sedar nak bersenam. Walau apa pun alasan, yang penting saya bersenam, OK! 

 
Nak dijadikan cerita, hari sabtu saya bersenam seperti biasa dengan my love, hari ahad pun sama tapi semangat kurang la sikit. Sebab ape? Sebab my love sakit kaki dan tak larat nak bersenam dan saya terpaksa bersenam seorang diri. Bila bersenam seorang diri, mula la tenaga kurang, lari sikit lepas tu jalan sambung jalan dan lari sikit. Walaupun my love duduk tepi tu dan teman tapi tetap tak sama.

Selepas itu, disebabkan my love, tak bersenam, diajaknya saya untuk makan pula lepas itu. Nak tau makan ape...makan kedai fast food lak. Oh My!!!! Hancur la diet saya, lemak bersukan belum terbakar, saya dah tambah lagi dengan makanan lain pula.

Rosak, rosak diet pun makan tetap makan kan! Kami makan die kedai Mient's burger kalau tak silap.(tak ingat name kedai walaupun tu kedai kawan kami) Makanan yang disediakan pun agak sedap la ditambah dengan masa menunggu yang singkat. Harga pun berpatutan dengan makanan yang di order. Bak kata my love, harga murah dan kenyang sampai malam. Memang lepas ini kedai ini jadi tempat kami makan la. Kalau sesiapa yang ingin merasanya, bolehla datang ke port dickson, kedai tersebut di foodcourt belakang the store, kire berhadapan dengan perpustakaan port dickson.

Banyak pula saya membebel, padahal mula-mula tadi tengah monday blues.. Baiklah, jumpe lagi dan mulakan hari dengan senyuman dan bismillahirahmannirahim.

Makanan yang diorder my love, kenyang sampai malam.


Dah makan separuh baru teringat nak ambil gambar.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...