Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...
Selamat berhujung minggu, pasti pada hari ini ramai yang sudah merancang hendak melakukan atau pergi menghabiskan masa membeli belah mahupun beriadah sama ada bersama keluarga, kekasih, dan kawan. Tidak lupa juga yang mungkin hanya menghabiskan masa dirumah dan lebih selesa bersantai sahaja.
Hari ini entri saya berkenaan dengan tugas saya sebagai pengawas peperiksaan lagi. ini merupakan kesinambungan kepada entri sebelum ini. Kali ini saya ingin bercerita mengenai suatu operasi.
Sekarang saya sudah menjadi ejen penyiasat. Ya, ejen penyiasat yang menyiasat dan mencegah operasi meniru berlaku. Perkara ini sebenarnya sudah berlaku dua hari berturut-turut. Ia berlaku di lokasi, keadaan dan kelompok individu yang berbeza.
Begini ceritanya; OPERASI 1. Kes ini berlaku pada 18/2/11 iaitu hari jumaat, antara pukul 9-11pagi. Setelah lebih kurang 1 jam masa berlalu tiba-tiba saya melihat seorang gelagat pelajar yang mencurigakan dengan mengangkat kertas jawapannya dengan agak tinggi.
Saya hanya memerhati dari jauh, kemudian tidak lama kemudian, seorang rakan datang kepada saya. Katanya, dari tadi dia melihat 4 orang pelajar tersebut yang mencurigakan dan sepert meniru sesama mereka. Saya pun pergi ke barisan kelompok tersebut tetapi dari arah belakang dan berdiri di tengah-tengah antara mereka.
Sebenarnya saya tidakla sampai ingin melaporkan perkara tersebut ke pihak ketua, tetapi sebolehnya hanya ingin mencegah daripada perkara tersebut terus berlaku. Setelah lama berdiri antara mereka, saya pergi ke hadapan mereka dan berdiri menghadap pula. Saya sebolehnya ingin mereka faham bahawa saya sudah tahu kegiatan mereka dan ingin ia dihentikan.
OPERASI 2. Kes ini pula berlaku pada 19/2/11. Penyiasatan bermula apabila seorang pensyarah meminta saya membuat pemeriksaan di tandas blok kawasan tersebut kerana mengesyaki tersembunyi nota di tandas tersebut. Kemudian, saya pun meminta seorang petugas lain yang membuat pemeriksaan
Ya, memang ada nota yang dijumpai di situ tetapi rakan saya ini membuat keputusan untuk tidak memberitahu pensyarah ini kerana tidak ingin memanjangkan hal ini. Ketika inilah saya terfikir; kalau beritahu, nanti kecoh dan kesian pula dengan pelajar tersebut tetapi kalau tidak diberitahu, dikatakan bersubahat pula.
Pening-pening, tetapi akhirnya kami hanya membiarkan perkara tersebut seperti angin lalu. Agak-agaknya, jika anda berada di tempat saya, apakah yang anda akan lakukan.

No comments:
Post a Comment