Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 15, 2011

:: MaSa SaMa / PeraSaan BerBeza::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Selalu orang kata, 'MASA itu EMAS', tetapi hari ini saya rasa sebaliknya. Mungkin ini puncanya;

·         Kaki lenguh
   ·         Hanya menjadi pemerhati yang setia
  ·         Kebosanan sebab tidak boleh bercakap



Mesti ada yang musykil, apa sebenarnya yang saya lakukan sehingga merasakan berharap masa berjalan pantas. Sebenarnya, hari  ini merupakan hari pertama saya menjaga peperiksaan di sebuah universiti. Sempat lagi saya membuat kerja sementara kan, walhal kerja kuliah banyak yang menanti. Tugas sebagai pengawas peperiksaan ini pun hanya saya lakukan untuk dua minggu sahaja.


Lagipun, saya hanya menjalankan tugas apabila ia tidak bertindih dengan jadual kuliah. Tugas ini sebenarnya tidaklah terlalu berat pada pandangan saya pada mulanya tetapi ia memerlukan kesabaran yang amat tinggi.


Ya, memang memerlukan kesabaran yang tinggi apabila dan merasakan masa bergerak sangat lambat. Saya merasakan perasaan yang berbeza berbanding mereka yang sedang menjawab soalan peperiksaan. Untuk saya, saya inginkan masa bergerak dengan pantas tetapi kepada mereka, pasti inginkan masa lebih dan berharap masa bergerak lambat untuk menjawab soalan peperiksaan.

Dua perasaan yang berbeza tetapi masa tetap bergerak dengan iramanya yang tetap dan tidak akan berubah. Walau apa pun, saya sedar, demi menjalankan amanah dan tugas yang diberikan 'kesabaran amat diperlukan'. Tiba-tiba terasa macam ayat 'Cuti-cuti cinta' la pulak. 

Baiklah, sampai di sini sahaja, mungkin selepas ini saya akan terbiasa dengan tugas baru ini dan menjadi orang yang lebih penyabar. =)

'Sabar itu separuh daripada iman' 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...