Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...
Akhirnya, selesai juga dua tanggungjawab yang perlu saya langsaikan pada hari ini.
PERTAMA ; Assignment saya berjaya diselesaikan setelah jam menunjukkan 6 pagi.
KEDUA; Hari ini secara rasmi saya telah melepaskan jawatan saya sebagai setiausaha persatuan.
Walaupun keadaan saya pada ketika ini sangat-sangat kepenatan dengan tidur yang kurang dan ditambah pula dengan begitu banyak makanan berkafein yang saya telah ambil sejak semalam untuk memastikan mata ini sentiasa terjaga. Tetapi, sedikit demi sedikit beban itu mula hilang dari bahu ini.
Memang terasa ingin pergi ke suatu tempat yang agak santai dan terasa ingin tidur di tepi pantai, hanya membaringkan diri disamping mengosongkan minda serta lari daripada timbunan kerja.
Oh incik Tesis, kenapalah masih banyak yang perlu dilakukan. Kenapa terasa walaupun sudah banyak yang dikerjakan tetapi masih banyak juga yang perlu dilakukan. Ketika ini, katil sudah memanggil-manggil tetapi fikiran menghalangnya kerana masih banyak urusan yang perlu dilakukan sebelum malam menjelang pada hari ini.
Semoga badan ini masih mampu bertahan. Chaiyok...Chaiyok...jangan malas wahai manusia... =)
No comments:
Post a Comment