Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

::AkhirNya::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Akhirnya, selesai juga dua tanggungjawab yang perlu saya langsaikan pada hari ini.
 PERTAMA ; Assignment saya berjaya diselesaikan setelah jam menunjukkan 6 pagi. 
KEDUA; Hari ini secara rasmi saya telah melepaskan jawatan saya sebagai setiausaha persatuan.

Walaupun keadaan saya pada ketika ini sangat-sangat kepenatan dengan tidur yang kurang dan ditambah pula dengan begitu banyak makanan berkafein yang saya telah ambil sejak semalam untuk memastikan mata ini sentiasa terjaga. Tetapi, sedikit demi sedikit beban itu mula hilang dari bahu ini. 

Memang terasa ingin pergi ke suatu tempat yang agak santai dan terasa ingin tidur di tepi pantai, hanya membaringkan diri disamping mengosongkan minda serta lari daripada timbunan kerja.

Oh incik Tesis, kenapalah masih banyak yang perlu dilakukan. Kenapa terasa walaupun sudah banyak yang dikerjakan tetapi masih banyak juga yang perlu dilakukan. Ketika ini, katil sudah memanggil-manggil tetapi fikiran menghalangnya kerana masih banyak urusan yang perlu dilakukan sebelum malam menjelang pada hari ini. 

Semoga badan ini masih mampu bertahan. Chaiyok...Chaiyok...jangan malas wahai manusia... =)

::MeraJuk::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Dalam suatu perhubungan, pasti tidak akan lari daripada pertengkaran yang kadangkala akan mewujudkan situasi dimana salah seorang merajuk dengan pasangannya. Kadangkala ia berlaku tanpa pertengkaran tetapi wujud apabila ada yang terlanjur kata-kata. 

Apabila pasangan kita merajuk, apakah cara yang paling baik untuk memujuknya, adakah dengan membiarkan pasangan kita begitu sahaja akan merubah keadaan kekasih kita yang sedang merajuk. 

MAAF ... Kata-kata kemaafan mungkin membuatkan keadaan yang tegang kendur sedikit dan walaupun mungkin rajuk yang hadir tidak hilang serta merta tetapi mungkin meredakan sedikit ketegangan antara anda. 

MASA...Jika pertengkaran membawa kepada rajuk pasangan anda, mungkin masa merupakan ubat yang baik. Berilah masa kepada pasangan anda itu tetapi yang pasti janganlah membiarkan pasangan anda berada dalam keadaan merajuk yang lama. Takut masa yang diberik akan mengakibatkan pergaduhan yang lebih besar jika di abaikan. 

MENGABAIKAN...Jangan mengabaikan pasangan anda. Walau sebesar mana pun pergaduhan itu berlaku, jangan sesekali mengabaikannya jika anda mencintai pasangan anda. Selain itu, jika anda adalah orang yang sedang merajuk, janganlah mengabaikan pasangan anda sehingga pasangan anda berputus asa dan tawar hati untuk memujuk anda. Pertimbangkanlah, jika masalah yang wujud tidaklah sebesar mana, janganlah menjadikannya sebesar dan setinggi gunung everest. 

KETAWA... Kata orang, ketawa itu ubat segala duka dan senyum itu wabak yang merebakkan kegembiraan dalam diri. Jika pasangan anda sedang dilanda wabak merajuk, cubalah sebarkan wabak senyuman pula dengan menyelitkan cerita lawak ataupun sesuatu yang gembira supaya menceriakan sedikit keadaan. Mungkin pada mulanya pasangan anda tidak terpengaruh dengan cerita tersebut tetapi pasti lama-lama dia akan terjebak juga. Tetapi, pastikanlah lawak yang anda ingin kongsi itu tidak menjerumus kepada masalah yang lain pula.

HADIAH...Bagi sesetengah individu, mungkin hadiah merupakan cara yang terbaik untuk memujuk pasangan anda. Tetapi mungkin juga ada yang tidak termakan dengan sogokan hadiah yang diberikan. Semuanya bergantung kepada individu tersebut. 

KEJUTAN... Siapa yang tidak suka akan kejutan. Saya suka akan kejutan. Jika pasangan anda sedang merajuk, mungkin anda boleh memikirkan untuk memberikan kejutan.

Saya bukanlah seorang yang bijak bestari dalam perhubungan tetapi mungkin ada antara tips ini yang boleh membantu sesiapa yang membacanya. Semuanya terpulang kepada individu tersebut dan personaliti seseorang itu. Rasanya antara lelaki dan wanita siapakah yang kuat merajuk. Siapakah antara lelaki dan wanita yang paling mudah kendur rajuknya. 

Thursday, February 24, 2011

::Untukmu My LuvLy Luv::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Tadi semasa membuat assignment sambil mendengar radio, 'Lagu Akim - Janji', asyik berkumandang di radio. Pada saya, saya suka akan lirik lagu ini, sekali dengar saya terus jatuh cinta dengan lagu ini.

Tetapi ketika mendengar lagu ini, saya teringatkan My LuvLy Luv. Tengok tu, tengah buat assignment pun sempat lagi melayan perasaan.

Sebenarnya ketika mendengar lagu ini saya teringat yang suatu ketika dahulu saya pernah membuat silap terhadap My LuvLy Luv. Mungkin masih ada jodoh antara kami dan kami bertemu semula dan memulakan kisah cinta yang baru

Walaupun kadang-kadang dalam perhubungan ada lidah yang tergigit, dan ada hati yang terasa, namun saya harap hubungan ini akan berkekalan selamanya, jika diizinkan tuhan saya mahu sampai ke syurga.



My LuvLy Luv, saya cinta dan sayang padamu =)

:: Blog Putih::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Nampak gambar kat atas, itu maknanya, saya sertai lagi segmen kat Blog Pilihan Malaysia. Kali ini saya sertai pun sebab tiba-tiba tangan terasa rajin hendak menaip walhal assignment tak siap-siap. Segmen kali ini di buat berdasarkan warna blog anda. 

Mula-mula baca, saya terfikir-fikir dan tengok blog lama-lama, nak masuk colourful atau warna putih. Akhirnya saya nekad nak sertai  untuk 'Blog Putih' kerana banyak warne putih. =)

Kenapa saya pilih warna putih ye sebagai warna blog saya. Saya pilih warna putih sebab saya nak orang yang membaca blog ini rasa tenang dan selesa sahaja untuk membaca. Harap-harap anda pun rasa begitu bile membacanya. \Warna putih ini kan nampak suci dan bersih. Selain itu, saya ingin warna ini buat pembaca rasa yang saya jujur dan ikhlas ketika menulis setiap entri yang saya 'post'. 

Kalau masih ada yang ingin menyertai segmen ini bolehlah ke sini. Selain putih ada juga warna lain. Baiklah, kawan bertuah yang saya ingin tag ialah:
 

Tempoh untuk anda join segmen ni akan ditutup pada:


Jam 8 Pagi 26 Febuari 2011


Jangan lepaskan peluang ini!!

Monday, February 21, 2011

::KejuTan RinDu::

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Hari ini saya terasa ingin menyanyi dan mendengar lagu Baik-Baik Sayang sahaja. Kenapa ya? Apa-apa pun, layan lirik lagu ini dulu. 

Baik Baik Sayang - Wali

Aku tak ingin kau menangis bersedih
Sudahi air mata darimu
Yang aku ingin arti hadir diriku
Kan menghapus dukamu sayang

Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengarkan aku

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku
Baik baik sayang ada aku untukmu
Hanya satu pintaku disiang dan malammu
Baik baik sayang karna aku untukmu

Semua keinginan akan aku lakukan
Sekuat semampuku sayang
Karna bagiku kau kehormatanku
Dengarkan dengakan aku


Sunday, February 20, 2011

:: KeliRu? RisiKo? ::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Semakin meningkat usia semakin banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan dan kadangkala memerlukan kita membuat keputusan. Bukan mudah untuk membuat pilihan.

Kadangkala, semakin kita fikirkan pilihan yang ingin dibuat, semakin buntu untuk membuat keputusan. Selalunya kita akan semakin buntu apabila ia melibatkan masa depan yang kita sendiri tidak pasti apa yang akan berlaku di masa hadapan.

:: The FaceBlog ::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Sudah lama juga saya tidak berjalan-jalan menziarahi blog rakan-rakan. Ketika saya sedang berjalan-jalan, tiba terbaca entri seorang rakan yang bercerita mengenai THE FACEBLOG ini. 

Comel sungguh warna blog tersebut, warna merah jambu tu. Kepada sesiapa yang belum join lagi, boleh la ke sini. Tak susah pun kalau nak join, hanya perlu mengikut arahan yang diminta. 

Jom, ramai-ramai, kita tambah kenalan. =)

::OpeRasi SuliT::

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Selamat berhujung minggu, pasti pada hari ini ramai yang sudah merancang hendak melakukan atau pergi menghabiskan masa membeli belah mahupun beriadah sama ada bersama keluarga, kekasih, dan kawan. Tidak lupa juga yang mungkin hanya menghabiskan masa dirumah dan lebih selesa bersantai sahaja. 

Hari ini entri saya berkenaan dengan tugas saya sebagai pengawas peperiksaan lagi. ini merupakan kesinambungan kepada entri sebelum ini. Kali ini saya ingin bercerita mengenai suatu operasi. 

Tuesday, February 15, 2011

:: MaSa SaMa / PeraSaan BerBeza::


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Selalu orang kata, 'MASA itu EMAS', tetapi hari ini saya rasa sebaliknya. Mungkin ini puncanya;

·         Kaki lenguh
   ·         Hanya menjadi pemerhati yang setia
  ·         Kebosanan sebab tidak boleh bercakap

Sunday, February 13, 2011

::Sebelum KO gigit AKU::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Lama juga saya tidak tulis entri baru. Ye la memandangkan tuntutan assignment dan tesis yang meronta-ronta untuk di siapkan. Sampaikan My LuVLy LuV tanya  'kenapa dah lama tak update entri baru, bosanla, update ar entri baru' Oleh itu, hari ini setelah mendapat ilham, tambahla satu lagi entri di blog saya ini untuk sesiapa yang sudi membacanya.

Kali ini saya ingin bercerita mengenai gigitan. Kenapa la pulak dah lama tak update blog tetiba ingin bercerita mengenai gigitan lak kan. Tapi ini bukan mengenai gigitan manja, gigitan marah mahupun gigitan saja-saja. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...