Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

::JanGanlah Kau Mati::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Rupanya inilah perasaan itu, perasaan sedih untuk suatu kematian. Mungkin nyawanya tidak begitu bernilai seperti nyawa seorang manusia. Walaupun detik bersama hanya 2 ke 3 minggu, namun kesannya tetap terasa.

Labi, itulah nama kucing keluarga saya. Sebenarnya ada 2 ekor dan seekor lagi diberi nama Labu. Nak tahu bagaimana nama tersebut wujud, sebenarnya seekor berwarna kelabu, sangat comel. Oleh kerana berwarna kelabu, saya singkatkan menjadi Labu dan seekor lagi dipanggil Labi. 

Perasaan sedih yang saya katakan sebelum ini adalah atas kematian Labi semalam. Pertama kali saya melihat dan merasa sendiri badan kucing yang keras. Saya tidak pernah menjaga kucing dan saya akui agak takut kerana geli dengan kucing sebelum ini. 

Kucing ini dibela pun kerana ibu kucing ini mati dan anak-anaknya terbiar. Oleh kerana saya dan adik hanya duduk dirumah sahaja, sebab itulah ibu membenarkan kami menjaga kucing ini. 

Setiap hari Labu dan Labi dibela dan diberi makanan agar tidak lapar. Dari seekor kucing yang enggan menerima makanan yang kami sediakan sehinggalah berlari-lari untuk mendapatkan makanan ketika kelaparan.

Rutin harian bertukar semenjak kehadiran Labu dan Labi. Jika dahulu bangun tidur masih melingkar didalam bilik, kini ingatan saya terus kearah kucing dan melihat keadaan Labu dan Labi. Labu agak lincah daripada Labi. Badan yang dahulunya kurus semakin gemuk dan bulunya kembang dengan cantik sekali.

Namun, umur Labi tidak panjang. Entah mana silapnya, Labi mula jatuh sakit pada isnin petang dan mati rabu pagi ketika saya pergi ke sangkarnya untuk memberikan makanan. Sayu hati saya melihat badan yang terbujur kaku. 

Kini, Labu pula seperti ingin mengikut saudaranya. Sejak pagi tadi, Labu keluar dari sangkar dengan langkah yang layu dan tidak bersemangat. Bunyi 'meow'nya tidak sekuat dahulu dan makanan yang diberi bagaikan tidak makan. 

Sedih hati ini apabila melihat dan menyentuh badannya yang agak panas. Tidak saya sangka, rupanya hati ini sudah jatuh sayang pada haiwan yang sekecil itu. Sedih apabila memikirkan yang Labu mungkin akan meninggalkan kami dan tiada lagi aksinya yang mencuit hati itu.

Walau apa pun, saya akan berikan yang terbaik kepada Labu selagi Labu masih ada. Namun ketika menulis entri ini, saya terfikir sejenak. Bagaimanalah perasaan seorang ibu yang sanggup membuang anaknya setelah dikandung selama 9bulan. Bukanlah niat saya untuk menyamakan nyawa seorang bayi dan seekor kucing. Tetapi, saya yang hanya menjaga kucing selama 2 minggu sudah berasa sedih kerana sebuah kematian walaupun hanya seekor anak kucing. Renung-renungkanlah.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...