Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 2, 2011

::CoBaaN / DuGaaN keHidupaN::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puase. Selesai sudah sehari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa. Bagaimana agaknya hari-hari anda? Diharap semuanya berjalan seperti biasa.

Pengalamana berpuasa pada hari pertama buat saya sekeluarga pada hari ini nampaknya agak berbeza pada kali ini. Sejak jumaat yang lepas, seluruh kawasan Port Dickson terputus bekalan air. Hal ini berlaku akibat hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh di empangan. 

Kejadian tanah runtuh ini menjadi punca 3 saluran paip air pecah serta mengambil masa untuk operasi pembaikpulih dijalankan. Selama 3 hari keluarga saya bergantung dan berjimat dalam penggunaan air yang terhad.

Nasib baik keluarga saya menetap dikawasan saudara yang berdekatan dan hal ini banyak membantu ketika berhadapan dengan dugaan seperti ini. Saat simpanan air hampir kering, akhirnya bantuaan air tiba. Habis semua tong, baldi dan periuk yang kosong kami hamparkan dihadapan rumah untuk menjadi tempat tadahan air.

Setiap titis air yang ditadah akan dimanfaatkan secukupnya. Pengalaman air yang terhad di rumah sangat berbeza keadaan jika dibanding dengan di asrama. Ketika di asrama, kita hanya memikirkan tentang diri kita sahaja.

Tetapi dirumah, kita juga perlu memikirkan ahli keluarga yang lain disamping perlu memasak. Saya harap kami masih dapat bertahan dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Ini kerana kami mungkin perlu bertahan untuk 2 hari lagi dengan bekalan air yang terhad.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...