Cinta Kami

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 11, 2011

::JanGanlah Kau Mati::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Rupanya inilah perasaan itu, perasaan sedih untuk suatu kematian. Mungkin nyawanya tidak begitu bernilai seperti nyawa seorang manusia. Walaupun detik bersama hanya 2 ke 3 minggu, namun kesannya tetap terasa.

Labi, itulah nama kucing keluarga saya. Sebenarnya ada 2 ekor dan seekor lagi diberi nama Labu. Nak tahu bagaimana nama tersebut wujud, sebenarnya seekor berwarna kelabu, sangat comel. Oleh kerana berwarna kelabu, saya singkatkan menjadi Labu dan seekor lagi dipanggil Labi. 

Perasaan sedih yang saya katakan sebelum ini adalah atas kematian Labi semalam. Pertama kali saya melihat dan merasa sendiri badan kucing yang keras. Saya tidak pernah menjaga kucing dan saya akui agak takut kerana geli dengan kucing sebelum ini. 

Kucing ini dibela pun kerana ibu kucing ini mati dan anak-anaknya terbiar. Oleh kerana saya dan adik hanya duduk dirumah sahaja, sebab itulah ibu membenarkan kami menjaga kucing ini. 

Setiap hari Labu dan Labi dibela dan diberi makanan agar tidak lapar. Dari seekor kucing yang enggan menerima makanan yang kami sediakan sehinggalah berlari-lari untuk mendapatkan makanan ketika kelaparan.

Rutin harian bertukar semenjak kehadiran Labu dan Labi. Jika dahulu bangun tidur masih melingkar didalam bilik, kini ingatan saya terus kearah kucing dan melihat keadaan Labu dan Labi. Labu agak lincah daripada Labi. Badan yang dahulunya kurus semakin gemuk dan bulunya kembang dengan cantik sekali.

Namun, umur Labi tidak panjang. Entah mana silapnya, Labi mula jatuh sakit pada isnin petang dan mati rabu pagi ketika saya pergi ke sangkarnya untuk memberikan makanan. Sayu hati saya melihat badan yang terbujur kaku. 

Kini, Labu pula seperti ingin mengikut saudaranya. Sejak pagi tadi, Labu keluar dari sangkar dengan langkah yang layu dan tidak bersemangat. Bunyi 'meow'nya tidak sekuat dahulu dan makanan yang diberi bagaikan tidak makan. 

Sedih hati ini apabila melihat dan menyentuh badannya yang agak panas. Tidak saya sangka, rupanya hati ini sudah jatuh sayang pada haiwan yang sekecil itu. Sedih apabila memikirkan yang Labu mungkin akan meninggalkan kami dan tiada lagi aksinya yang mencuit hati itu.

Walau apa pun, saya akan berikan yang terbaik kepada Labu selagi Labu masih ada. Namun ketika menulis entri ini, saya terfikir sejenak. Bagaimanalah perasaan seorang ibu yang sanggup membuang anaknya setelah dikandung selama 9bulan. Bukanlah niat saya untuk menyamakan nyawa seorang bayi dan seekor kucing. Tetapi, saya yang hanya menjaga kucing selama 2 minggu sudah berasa sedih kerana sebuah kematian walaupun hanya seekor anak kucing. Renung-renungkanlah.


::Oh Selsema...Oh Aiskrim::

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Saya harap rakan-rakan sekalian berada dalam keadaan sihat. Bulan puasa ini, banyak-banyakkan lah minum air suam, kalau tidak mahu jatuh sakit. 

Sebenarnya sejak balik dari temuduga di Shah Alam pada isnin lepas, keadaan kesihatan saya kurang memuaskan dan mula demam panas. Kini setelah dua hari berlalu, keadaan kesihatan kembali pulih sedikit demi sedikit.

Tetapi penyakit selsema ini bukan senang hilang, masih ade 'sok' 'sek' 'sok' 'sek' nye lagi. Apa yang peliknya, masa tengah sakit inilah macam-macam perasaan teringin ada. 

Teringin makan aiskrim la, cendol la, abc la dan yang pentingnya semua benda yang nak ditelan mesti makanan yang sejuk. Kalau ikutkan hati memang sudah lama ditelan semua itu.

Namun, memikirkan yang saya mempunyai temuduga pada isnin depan, terpaksala menahan diri. Kalau boleh hendak menghadirkan diri dengan keadaan kesihatan yang 100%.  Malu la nanti kalau temuduga dilakukan dengan keadaan suara yang sengau dan hidung berhingus. 

Silap-silap hendak diterima bekerja terus ditolak sebab beri penampilan yang tak elok. Oklah. nak makan ubat dan berehat selepas itu. Takut My Luvly Luv bising pula kalau ubat tidak dimakan. 

#Jangan lupa banyak-banyak minum air suam... =)

Wednesday, August 10, 2011

::JanGan BerpUtus Asa::

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.....
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua....

Hari ini merupakan hari ke-10 kita berpuasa. Macam mana dengan hari-hari anda, masih bertahan kah menunaikan ibadah ini. Semoga anda masih mempunyai kekuatan dan bersabar dalam menjalani ibadah puasa ini.

Disamping jangan berputus asa dalam menjalani ibadah puasa, saya juga perlu jangan berputus asa dalam mencari pekerjaan. My Luvly Luv dan keluarga lah yang sentiasa memberi sokongan supaya tidak berputus asa. Kerja memang banyak tetapi mungkin kerana lokasi banyak membataskan pekerjaan pilihan saya. 

Ada ketikanya, saya ditawarkan pekerjaan tetapi jadual waktu kerja adalah shif dan ini menyebabkan saya terpaksa menolak peluang yang diberi. Bukan saya memilih, tetapi memikirkan akan keselamatan diri dan pasti orang yang menyayangi saya akan sentiasa kerisauan jika saya menerimanya. 

Saat saya hampir berputus asa, tawaran temuduga muncul semula. Walaupun hanya sebuah temuduga tetapi saya tahu, ini merupakan peluang saya untuk membina kerjaya dan pasti tidak akan disia-siakan. Belum pun perasaan gembira itu hilang.

Muncul lagi peluang ditemuduga, mungkin ada lah rezeki saya untuk salah satu temuduga ini. Sebelum berjuang, saya persiapkan diri ini dengan segala ilmu yang saya ada untuk bekalan berperang nanti.

Alhamdullillah, temuduga yang pertama telah berjalan dengan lancar..Hanya perlu menunggu panggilan jika itu rezeki saya. Kini, hanya menunggu hari untuk temuduga seterusnya. Semoga perjalanan temuduga ini berjalan dengan lancar juga.

Apa yang penting, 'Jangan Berputus Asa' Chaiyok.....Chaiyok.....

Tuesday, August 2, 2011

::CoBaaN / DuGaaN keHidupaN::


Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Semoga hari ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kegembiraan buat semua...

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan menunaikan ibadah puase. Selesai sudah sehari kita sebagai umat islam menjalani ibadah puasa. Bagaimana agaknya hari-hari anda? Diharap semuanya berjalan seperti biasa.

Pengalamana berpuasa pada hari pertama buat saya sekeluarga pada hari ini nampaknya agak berbeza pada kali ini. Sejak jumaat yang lepas, seluruh kawasan Port Dickson terputus bekalan air. Hal ini berlaku akibat hujan lebat yang menyebabkan tanah runtuh di empangan. 

Kejadian tanah runtuh ini menjadi punca 3 saluran paip air pecah serta mengambil masa untuk operasi pembaikpulih dijalankan. Selama 3 hari keluarga saya bergantung dan berjimat dalam penggunaan air yang terhad.

Nasib baik keluarga saya menetap dikawasan saudara yang berdekatan dan hal ini banyak membantu ketika berhadapan dengan dugaan seperti ini. Saat simpanan air hampir kering, akhirnya bantuaan air tiba. Habis semua tong, baldi dan periuk yang kosong kami hamparkan dihadapan rumah untuk menjadi tempat tadahan air.

Setiap titis air yang ditadah akan dimanfaatkan secukupnya. Pengalaman air yang terhad di rumah sangat berbeza keadaan jika dibanding dengan di asrama. Ketika di asrama, kita hanya memikirkan tentang diri kita sahaja.

Tetapi dirumah, kita juga perlu memikirkan ahli keluarga yang lain disamping perlu memasak. Saya harap kami masih dapat bertahan dan sabar dalam menghadapi dugaan ini. Ini kerana kami mungkin perlu bertahan untuk 2 hari lagi dengan bekalan air yang terhad.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...